Jenis kata
Jenis atau gender dalam konteks bidang linguistik bermaksud bentuk spesifik dari sistem membahagikan kata nama membentuk aturan sejalan dengan aspek bahasa lainnya, seperti kata sifat, kata sandang, kata ganti atau kata kerja.

Sistem tersebut dipakai dalam sekitar seperempat bahasa di dunia termasuk bahasa-bahasa Semitik (termasuk bahasa Arab dan bahasa Ibrani) dan bahasa-bahasa Romawi (termasuk bahasa Perancis, bahasa Sepanyol dan bahasa Itali).
ContohSunting
Bahasa ArabSunting
Sesepatah kata nama diberikan "jenis kalimat"-nya (Arab: جِنْس الكَلِمَة, rumi: jins al-kalimah ) kepada jenis "muzakkar" (مُذَکَّرْ mudzakkar daripada ذَکَّرَ dzakkara "menjadikan maskulin [lelaki]"[1]) atau "muanas" (مُؤَنَّث mu'annath daripada أَنَّثَ annatha "dijadikan perempuan"[2]). Kata yang jenis muanas mempunyai hujung ta marbutah (ة ; sebutan [t] terubah kepada [h] selepas sebut mati) kecuali kata nama khas tertentu seperti nama orang (contohnya: أسامة `Usāmah) atau gelaran (contoh: خليفة khalīfah).
Bahasa ItaliSunting
Kata nama "lelaki" (maschile) yang mufrad berhujung -o manakala bentuk jamaknya berhujung -i:
ragazzo "anak lelaki", ragazzi "anak-anak lelaki"
Kata nama "perempuan" (femminile) yang mufrad berhujung -a manakala bentuk jamaknya berhujung -e:
ragazza "anak perempuan", ragazze "anak-anak perempuan"
RujukanSunting
- ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 150. ISBN 967-65-7321-3.
- ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005), m/s. 16
Rencana linguistik ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |