Kampung Kuala Kuli

Kampung Kuala Kuli merupakan sebuah kampung yang terletak di Kuala Ketil, dalam Kedah, iaitu sebuah negeri di Malaysia.

Kampung Kuala Kuli
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Kuala Kuli
Mohor rasmi Kampung Kuala Kuli
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriKedah
Daerah Kuala Ketil
KampungKampung Kuala Kuli
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
09100
Kod kawasan+604
Lokasi Kampung Kuala Kuli di Peta Google

Nama kampung ini berasal ladang kelapa sawit yang dimiliki oleh syarikat British iaitu Golden Hook.Nama kampung ini berdasarkan aktiviti pembersihan pekakasan dapur iaitu membasuh kuali dan periuk yang dilakukan oleh masyarakat Cina yang bekerja di syarikat golden hook tersebut.Dengan itu masyarakat Melayu yang masuk dan membuat petempatan di situ menamakan kawasan itu dengan Kg. Kuala Kuli.

Pada asalnya hanya terdapat 4 buah rumah dengan 23 orang penduduk yang menetap di sini. Mereka berasal dari Bukit Selambau,Kuala Muda dan Sidam Kiri.Ketua kampung yang pertama dilantik ialah Ali Amim.

Kampung Kuala Kuli,Kuala Ketil terletak di mukim Tawar ,Daerah Baling di bawah jajahan negeri Kedah Darul Aman.Kampung ini berada di kawasan Dewan Ahli Undangan Negeri Kuala Ketil dan Parlimen Baling.Kampung ini dikelilingi oleh ladang swasta,iaitu di selatan ,timur dan utara ialah ladang kepunyaan Sime Darby dan Ladang Genting(Bukit Sembilan).terdapat satu batang sungai iaitu Sungai Sedim.Sungai Sedim menjadi sempadan yang memisahkan daerah Baling dan Kulim.

Pekan terdekat ialah Merbau Pulas ,jaraknya 1 km dan Pekan Kuala Ketil yang dianggarkan jaraknya 8 km. Pekan Baling merupakan pusat pengurusan/pentadbiran bagi kampung ini dan terletak lebih kurang 50 km. Pada umumnya ,dari segi geografi bentuk muka bumi kampung ini beralun dan semakin tinggi ke bahagian bukit yang ditanam kelapa sawit .kampung ini juga dikelilingi oleh pokok kelapa sawit dari segi kepunyaan tanah 45% adalah kepunyaan syarikat Sime Darby ,2% kepunyaan syarikat Cina,1% kepunyaan syarikat India(penternakan ayam daging) dan 53% kepunyaan penduduk kampung.

Secara tidak langsung masyarakat di kampung ini mengamalkan semangat perpauan dan kerjasama iaitu bergoyong - royong kerja - kerja kemasyarakatan seperti membersih kawasan rumah penduduk, surau, jalan tar mini, balai raya dan gelanggang permainan.mereka juga bermuafakat menguruskan majlis kenduri, jenazah, majlis keagamaan, dan sebagainya.


Kemudahan asas sunting

Pendidikan sunting

Tempat beribadat sunting

Poskod sunting

Poskod yang digunakan di Kampung Kuala Kuli, Kuala Ketil, Kedah ialah 09100.[1]


Rujukan sunting

Pautan luar sunting