Kampung Sungai Rual

Kampung/Pos Sungai Rual ialah sebuah kawasan petempatan Orang Asli Jahai di jajahan Jeli, Kelantan, Malaysia. Kampung ini memiliki sebuah sekolah rendah, Sekolah Kebangsaan Penderas. Nama kampung ini adalah bersempena dengan Sungai Rual yang mengalir di kampung ini, dan mengalir ke Sungai Pergau.

Kampung Sungai Rual
Petempatan Orang Asli
Kampung Sungai Rual is located in Bumi
Kampung Sungai Rual
Kampung Sungai Rual (Bumi)
Koordinat: 5°39′07″N 101°47′35″E / 5.652°N 101.793°E / 5.652; 101.793
Negara Malaysia
NegeriKelantan
JajahanJeli

Kampung ini ditubuhkan pada 1972 dalam program petempatan semula oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.[1] Pada 2017, sebuah bahasa Asli baharu disahkan dijumpai di kampung ini oleh para pengkaji linguistik dari Sweden, dan dinamakan sebagai bahasa Jedek.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Abd Rashid, Idris. "The Jahai Negritos at Sungai Rual resettlement, Kelantan: A brief study on the social organisation of a tribal community in Malaysia with special emphasis on their institutions of marriage / Abd Rashid Idris". Universiti Malaya (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Mei 2021.
  2. ^ Yager, Joanne and Niclas Burenhult (2017). "Jedek: A newly discovered Aslian variety of Malaysia" (PDF). Linguistic Typology (dalam bahasa Inggeris). m/s. 493-545. doi:10.1515/lingty-2017-0012. Dicapai pada 8 Februari 2018.