Kau, Aku, Kita ialah novel 2012 oleh penulis novel Malaysia, Orkid Edyliyne. Novel ini diterbitkan pada tahun 2012 oleh Fajar Pakeer. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2015.[1]

Kau, Aku, Kita
Umum
PengarangOrkid Edyliyne
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta, konflik, keluarga
Penerbitan
PenerbitFajar Pakeer
Tarikh penerbitan
2012
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman375
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789673651054

Sinopsis sunting

"Kau silaplah, bro... jangan nak perasan. Iman Firdaus tu, aku, bukan kau. ke kau pun nama Iman firdaus juga?"

Itulah permulaan dua Iman Firdaus seorang lelaki, seorang perempuan. Dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? tapi itulah yang jadi. Iman firdaus aka Iman Aus, pelakon yang terkenal dan ada nama, tapi tak pula dikenali atau digilai Iman Firdaus aka Iman. Sebabnya mudah-rumah dia tak ada tv untuk dia kenal Iman Aus.

Tapi, Iman Aus si pelakon kegilaan ramai itu tiba-tiba buat idea gila dengan mengajak iman kahwin. Kahwin! Dah Iman terkejut, tambah terkejut pula Iman apabila Aus sanggup `berkahwin' sama dengan lima adik lelakinya: Iman adrian, Iman fazril, Iman Haris, Iman razif dan Iman Asri.

Lalu, bermulalah kisah dua Iman Firdaus, satu suami, satu isteri, hidup sebumbung dan bersama sebagai pasangan dalam dunia lakonan nyata. sebab, Aus hendakkan isteri kerana daddy aus nak dia kahwin manakala Iman berkahwin dengan Aus sebab Aus janji akan senangkan hidup adik-adiknya. Jadi, perkahwinan yang bermula dengan agenda yang sebab begini, akankah kekal untuk selamanya? Tambah bila ada syarat begini:

"Kalau aku dah jatuh cinta dengan kau, aku takkan ceraikan kau. macam tu juga sebaliknya. Aku takkan lepaskan kau, kalau kau dah jatuh cinta dengan aku. tapi kau janganlah melebih nak goda aku pula."

Jadi, dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? Dua Iman Firdaus ini, agaknya bolehkah kekal bersama?

Keluaran dan legasi sunting

Kau Aku Kita dikeluarkan pada 2012 oleh Fajar Pakeer. Pada tahun 2015, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Lestary bermula 28 Oktober di TV3, dibintangi oleh Saharul Ridzwan dan Janna Nick.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Kau, Aku, Kita by Orkid Edyliyne Goodreads. Dicapai pada 25 Februari 2020.
  2. ^ Georgie Joseph (19 Mac 2016). Kau Aku Kita...terbaik Diarkibkan 2020-02-26 di Wayback Machine Harian Metro. Dicapai pada 3 Februari 2017.