Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Pasir Ris-Punggol

Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Pasir Ris–Punggol adalah sebuah Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan di sebelah Timur Laut Singapura yang dikuasai oleh lima orang Anggota Parlimen (AP). Kawasan ini mengandungi bahagian-bahagian di Pasir Ris dan sebahagian kawasan lain di Punggol.

Pasir Ris-Punggol
  • Cina:白沙–榜鹅集选区/Báishā–Bǎng é Jí Xuǎnqū
    Inggeris:Pasir Ris-Punggol Group Representation Constituency
    Tamil:பாசிர் ரிஸ் பொங்கோல் குழுப் பிரதிநிதித்துவத் தொகுதி/Pācir Ris-Poṅkōl Kuḻup Piratinitittuvat Tokuti
Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan
bagi Parlimen Singapura
WilayahTimur Laut Singapura
Pengundi166,587
Kawasan undi semasa
Dibentuk2001; 23 tahun yang lalu (2001)
Bilangan wakil5
PartiParti Tindakan Rakyat
Wakil
Majlis BandaranPasir Ris-Punggol
Ditubuhkan dariGRC Pasir Ris dan GRC Cheng San

Sejarah sunting

Kawasan undi ini dibentuk demi persiapan pilihan raya umum Singapura 2001 sebagai kawasan dengan lima AP dan sentiasa dikuasai oleh Parti Tindakan Rakyat. Dengan pertambahan jumlah penduduk di Bandar Baru Punggol dan Bandar Baru Sengkang, kerusi untuk kawasan ini bertambah menjadi enam AP untuk pilihan raya umum Singapura 2006. Di tahun 2011, Punggol Timur diukir keluar menjadi sebuah Kawasan Undi Perseorangan Punggol Timur sementara Bahagian Punggol Barat akhirnya terbentuk. Di tahun 2015, sebahagian tempat di Buangkok dan Hougang, yang masuk Bahagian Punggol Selatan, dibelah ke dalam GRC AMK sedangkan Punggol Utara dibentuk lagi untuk pembangunan bahagian baru bernama Pantai Punggol. Kerusi dari tahun 2006 sehingga 2015 tetap berjumlah enam AP sedangkan jumlah kerusi untuk pilihan raya umum Singapura 2020 dikurangi.

Pertandingan pertama terjadi pada 2006 manakala Perikatan Demokratik Singapura menantang Parti Tindakan Rakyat. Pada tahun 2011, parti penguasa mengumumkan bahwa ianya akan mencalonkan Teo Chee Hean, Teo Ser Luck, Penny Low Meng Lin, dan pendatang baharu seperti Janil Arusha Puthucheary, Gan Thiam Poh dan Zainal bin Sapari.[1] Di tahun 2015, Penny Low bersara dari politik dan digantikan oleh Ng Chee Meng dan Sun Xueling.[2]

Pada pilihan raya umum Singapura 2020, kerusi untuk kawasan undi ini berkurang menjadi lima orang sebab Bahagian Punggol Barat diukir keluar untuk Kawasan Undi Perseorangan Punggol Barat dan Sengkang Tengah diukir keluar untuk Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Sengkang. Sebahagian kawasan di Tampines yang masuk Bahagian Pasir Ris dimasukkan ke dalam Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Tampines.[3][4]

Anggota-Anggota Parlimen sunting

Pilihan raya Bahagian Penyandang Parti
1997 PAP
Pembentukan
2001
  • Pasir Ris Timur
  • Pasir Ris Barat
  • Punggol Utara
  • Punggol Selatan
  • Punggol Tengah
PAP
2006
  • Pasir Ris Timur
  • Pasir Ris Barat
  • Punggol Utara
  • Punggol Selatan
  • Punggol Tengah
  • Punggol Timur
PAP
2011
  • Pasir Ris Timur
  • Pasir Ris Barat
  • Punggol Utara
  • Punggol Selatan
  • Punggol Tengah
  • Punggol Barat
PAP
2015
  • Pasir Ris Timur
  • Pasir Ris Barat
  • Punggol Utara
  • Sengkang Tengah
  • Punggol Barat
  • Pantai Punggol
PAP
2020
  • Pasir Ris Timur
  • Pasir Ris Tengah
  • Pasir Ris Barat
  • Punggol Utara
  • Pantai Punggol
PAP

Calon-calon dan keputusan sunting

Pilihan raya pada 2020-an sunting

PRU 2020: GRC Pasir Ris–Punggol[5][6]
Parti Calon Undian % ±%
Parti Tindakan Rakyat 100,932 64.16% 8.73
Perikatan Demokratik Singapura
  • Desmond Lim Bak Chuan
  • Abu bin Mohamed
  • Harminder Pal Singh a/l Gurcharan Singh
  • Kelvin Ong Soon Huat
  • Kuswadi bin Atnawi
37,237 23.67% 3.44
Suara Rakyat Singapura
  • Simon Lim Kay Cheow
  • Prabu Ramachandran
  • Mohamed Nassir bin Ismail
  • Gilbert Goh Keow Wah
  • Agatha Diana Vigneswari a/p V. Ramachandran
19,147 12.17% N/A
Majoriti 63,695 40.49% 5.29
Jumlah undian sah 157,316 97.89% 0.89
Undian rosak 3,392 2.11% 0.89
Peratusan mengundi 160,708 96.49% 2.02
Pengundi terdaftar 166,556
PAP kekal Peralihan 8.73

Pilihan raya pada 2010-an sunting

PRU 2015: GRC Pasir Ris–Punggol[7][8]
Parti Calon Undian % ±%
Parti Tindakan Rakyat 125,166 72.89% 8.10
Perikatan Demokratik Singapura
  • Desmond Lim Bak Chuan
  • Harminder Pal Singh a/l Gurcharan Singh
  • Abu bin Mohammed
  • Arthero Lim Tung Hee
  • Ong Teik Seng
  • Wong Way Weng
46,550 27.11% 8.10
Majoriti 78,616 45.78% 16.19
Jumlah undian sah 171,716 97% 0.15
Undian rosak 5,314 3% 0.15
Peratusan mengundi 177,030 94.47% 0.01
Pengundi terdaftar 187,396
PAP kekal Peralihan 8.10
PRU 2011: GRC Pasir Ris–Punggol[9][10]
Parti Calon Undian % ±%
Parti Tindakan Rakyat 100,493 64.79% 3.91
Perikatan Demokratik Singapura
  • Harminder Pal Singh a/l Gurcharan Singh
  • Sidney Soon Seng Kay
  • Mohammad Shafni bin Ahmad
  • Tan Keng Hong
  • Jeffrey Lim Peng Yong
  • Patrick Lee Song Juan
54,601 35.21% 3.91
Majoriti 45,892 29.59% 7.82
Jumlah undian sah 155,094 97.15% 0.35
Undian rosak 4,545 2.85% 0.35
Peratusan mengundi 159,639 94.48% 0.33
Pengundi terdaftar 168,971
PAP kekal Peralihan 3.91

Pilihan raya pada 2000-an sunting

PRU 2006: GRC Pasir Ris–Punggol[11][12]
Parti Calon Undian % ±%
Parti Tindakan Rakyat 113,322 68.70% N/A
Perikatan Demokratik Singapura
  • Desmond Lim Bak Chuan
  • Ishak bin Haroun
  • Lineker Lee Hock Huat
  • Mohamad Hamim bin Aliyas
  • Elvin Ong Beng Soon
  • Yen Kim Khooi
51,618 31.30% N/A
Majoriti 61,704 37.41% N/A
Jumlah undian sah 164,940 97.50% N/A
Undian rosak 4,232 2.50% N/A
Peratusan mengundi 169,172 94.80% N/A
Pengundi terdaftar 178,443
PAP kekal Peralihan N/A
PRU 2001: GRC Pasir Ris–Punggol[13][14]
Parti Calon Undian % ±%
Parti Tindakan Rakyat Tak Tertanding
Pengundi terdaftar 134,151
Parti Tindakan Rakyat menang (kerusi baru)

Rujukan sunting

  1. ^ Ramesh, S (19 April 2011). "GE: PAP announces election line-up". Channel NewsAsia. Dicapai pada 21 April 2011.
  2. ^ Chew, Hui Min (22 August 2015). "PAP introduces 2 new faces in Pasir Ris–Punggol team: Ex-defence chief Ng Chee Meng, Sun Xueling". The Straits Times. Dicapai pada 19 February 2020.
  3. ^ Sim, Royston (13 March 2020). "Singapore GE: New electoral boundaries announced; 14 SMCs, 17 GRCs in next election". The Straits Times. Dicapai pada 13 March 2020.
  4. ^ "More electoral divisions, no 6-member GRCs in coming election: EBRC report". CNA (dalam bahasa Inggeris). 13 March 2020. Dicapai pada 13 March 2020.
  5. ^ (Inggeris) [1]
  6. ^ (Inggeris) [2]
  7. ^ (Inggeris) [3]
  8. ^ (Inggeris) [4]
  9. ^ (Inggeris) [5]
  10. ^ (Inggeris) [6]
  11. ^ (Inggeris) [7]
  12. ^ (Inggeris) [8]
  13. ^ (Inggeris) [9]
  14. ^ (Inggeris) [10]