Kayangan (filem)
Filem Kayangan merupakan sebuah filem Malaysia dikeluarkan di Malaysia pada 2007. Ia merupakan terbitan sulong Raden Pictures Sdn Bhd, dan diarahkan oleh Y. M. Raja Ahmad Alauddin.[1] Tayangan pertama filem ini dijadualkan pada 9 Ogos 2007.
Kayangan | |
---|---|
![]() | |
Pengarah | Y. M. Raja Ahmad Alauddin |
Penerbit | Raden Pictures Sdn Bhd |
Penulis | Y. M. Tunku Dato' Seri Mimi Wahida Wahman Wan Hasliza Noor Bazura |
Dibintangi oleh | Teuku Zacky Azwar Nur Fazura Sharifuddin Dynas Mokhtar Eja Opie Zami Dee Louisa Chong Jalil Hamid |
Negara | ![]() |
Bahasa | Bahasa Melayu |
SinopsisSunting
Filem Kayangan mengisahkan pertemuan seorang gadis desa dan seorang putera raja, “Kayangan” bermula. Tengku Amir menerajui dunia korporat di kotaraya Kuala Lumpur (dibintangi oleh Teuku Zacky Azwar bintang sensasi Indonesia), manakala Maseira, seorang graduan yang terperangkap dengan idealismenya sendiri (dibintangi oleh bintang popular Nur Fazura Sharifuddin).
Dari kejadian yang tidak disangka, Maseira didedahkan kepada dunia metropolitan yang serba mencabar, apabila menerima tawaran bekerja di syarikat keluarga Tengku Amir. Perubahan persekitaran yang begitu mendadak menyaksikan Maseira cuba menyesuaikan diri tanpa mengkompromikan pendiriannya. Walaupun bibit-bibit cinta mula menular, tetapi Tengku Amir dan Maseira terpaksa memendamkan perasaan… Tetapi, kerana apa?
PelakonSunting
Pelakon UtamaSunting
- Tengku Amir - Teuku Zacky Azwar
- Maseira - Nur Fazura Sharifuddin
Pelakon PembantuSunting
- Tajul - Opie Zami
- Erina - Dynas Mokhtar
- Suraya - Eja
- Rizal Khuzaimie - Dee
- Molly - Louisa Chong
- Pak Mat - Jalil Hamid
- Tengku Alyssa - Julia Ziegler
- Tengku Aleya - Ziela Jalil
- Tengku Iskandar - Mustapha Kamal
Runut bunyiSunting
Album runut bunyi Kayangan (Kayangan Original Soundtrack) memuatkan 11 buah lagu
OST Kayangan | |
---|---|
Runut bunyi | |
Dikeluarkan pada | 2007 |
Genre | Runut bunyi |
Syarikat | Raden Pictures Sdn Bhd |
Track listing: | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Penyanyi | Masa | ||||||
1. | "Kayangan (Rock Version)" | Ajai duet bersama Tunku Mimi | |||||||
2. | "Cara Yang Berbeza" | Siti Sarah | |||||||
3. | "Gembira Hidup Ini" | Farah Diana | |||||||
4. | "Menanti Pasti" | Siti Nurhaliza | |||||||
5. | "Perlukah" | Zahid feat. Shazzy | |||||||
6. | "Redupan Kayangan" | Ajai | |||||||
7. | "Sabarlah" | S.A.B. (Sad Angry Babies) | |||||||
8. | "Ungkapan Terindah" | Ning Baizura | |||||||
9. | "Kuasa Cintamu" | Syed Azmir | |||||||
10. | "Terakhir" | S.A.B. (Sad Angry Babies) | |||||||
11. | "Kayangan (Strings version)" | Ajai duet bersama Tunku Mimi |