Dalam ilmu fizik, hukum keabadian tenaga mengatakan bahawa jumlah tenaga dalam suatu sistem tertutup adalah malar sepanjang masa dan oleh itu, diabadikan.[1] Oleh itu, tenaga tidak dapat diciptakan mahupun dimusnahkan, tetapi hanya boleh ditukar bentuk dari suatu bentuk ke bentuk yang lain. Hukum ini dikatakan dalam hukum pertama termodinamik yang biasanya dirujuk dengan formula:[2]

Dalam formula tersebut, , perubahan tenaga dalam dalam sistem tertutup adalah sama dengan , jumlah haba yang disalurkan ke dalam sistem ditolak dengan , jumlah kerja yang dilaksanakan sistem terhadap persekitaran.

Contoh yang boleh dikemukakan ialah pertukaran tenaga kimia ke tenaga kinetik apabila sebatang dinamit diletupkan. Sekiranya kesemua tenaga yang dilepaskan semasa letupan dikira, iaitu tenaga kinetik dan keupayaan serpihan serta tenaga haba dan bunyi letupan, jumlah yang akan diperoleh adalah sama dengan tenaga kimia yang digunakan dalam pembakaran dinamit.

Salah satu kesan hukum keabadian tenaga ialah kewujudan mesin gerakan sentiasa adalah mustahil untuk dicipta, memandangkan tiada sistem yang boleh memberi jumlah tenaga yang tidak terbatas tanpa bekalan tenaga luar.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Richard Feynman (1970). The Feynman Lectures on Physics Vol I. Addison Wesley. ISBN 978-0 -201-02115-8.
  2. ^ Mandl, F. (1988) [1971]. Statistical Physics (2nd ed.). Chichester·New York·Brisbane·Toronto·Singapore: John Wiley & sons. ISBN 978-0471915331.
  3. ^ Planck, M. (1923/1927). Treatise on Thermodynamics, third English edition translated by A. Ogg from the seventh German edition, Longmans, Green & Co., London, m/s 40.