Kepci Music Fest 2023

Kepci Music Fest 2013 yang berlangsung pada tiga tarikh dan lokasi berbeza antara lain menampilkan penyanyi nama besar seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Datuk Amy Search, Ella, Misha Omar, Bunkface dengan kemunculan penghibur-penghibur generasi baru tempatan antaranya Dolla, Bunga Isme, COEX, Masdo, MK (K-Clique), Yonnyboii dan ramai lagi.

Kepci Music Fest 2023
Lancar 17 Julai 2023 [1]
Tarikh Konsert 26 Ogos 2023 (Shah Alam), 6 Oktober 2023 (Kota Kinabalu), 21 Oktober 2023 (Johor Bahru)
Genre Pelbagai
Juruacara Radin (Shah Alam)
Pengarah Muzik
Penyelaras Produksi
Unit Promosi
Rakaman Live Extra TV3 Malaysia
Jurutera Rakaman Live
Juru Adun
Penganjur QSR Brands / KFC Malaysia
Label Recording Industry Malaysia (RIM)

Tiga lokasi dipilih bagi penganjuran ini antaranya Stadium Melawati Shah Alam pada 26 Ogos, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun, Kota Kinabalu Sabah (6 Oktober) dan Stadium Larkin, Johor Bahru (21 Oktober).

Festival yang julung kali ini juga dimeriahkan dengan permainan dan persembahan kebudayaan yang menarik dan menyeronokkan.

Penonton yang ingin menyaksikan persembahan istimewa sempena festival itu perlu membeli Set Kombo Festival Muzik KEPCI di mana-mana restoran, laman web atau aplikasi KFC dan lampirkan resit pembelian ke laman sesawang www.kepcimusicfest.com. Jualan tiket bagi lokasi Shah Alam telah habis terjual sekitar dua minggu sebelum konsert.

Barisan Artis sunting

Stadium Malawati , Shah Alam (26 Ogos 2023) sunting

Lebih 8,500 penonton membanjiri Stadium Malawati, Shah Alam bersempena sambutan ulang tahun ke-50 KFC. Konsert yang berlangsung hampir tiga jam itu menampilkan barisan penyanyi baharu dan legenda tempatan seperti Datuk Amy Search, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ella, Misha Omar, Bunkface dan ramai lagi. Pengerusi QSR Brands, Tan Sri Jamaluddin Ibrahim berkata, penganjuran konsert ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan mereka. [2]

Turut hadir memeriahkan festival tersebut adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Artis Persembahan Slot
DJ Colonel Karnival (Pre-show)
Caliph Buskers
White Percussion Unit
Budak Nakal Hujung Simpang
Chronicalz
Gard Wuzgut
Coex
  • Selamat Jalan Romeo
Konsert Utama
Insomniacks
  • Igauan Malam
  • Sempurna
  • Pulang
Bunga Isme
  • Intan Payung
  • Buai
  • Belai
Yonnyboii
  • Baby
  • Sengkek
  • Salahku
  • Sakit
Sekumpulan Orang Gila
MK K-Clique
  • Ha Tepok
  • Malam Pagi
  • Mimpi
Misha Omar
  • Pulangkan
  • Sampai Bila
  • Bunga-bunga Cinta
Siti Nurhaliza
  • Magis
  • Bukan Cinta Biasa
  • Menjaga Cintamu (Acapella)
  • Romansa Kita
Amy Search
  • Isabella
  • Kerja Gila
  • Rozana

Stadium Kadazan Dusun Cultural Association , Penampang (6 Oktober) sunting

Stadium Larkin, Johor Bahru (21 Oktober) sunting

Rujukan sunting