Kerana Terpaksa Aku Relakan (novel)

Kerana Terpaksa Aku Relakan ialah novel 2012 oleh penulis novel Malaysia, Umie Nadzimah terbitan Kaki Novel.[1] Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2014.[2]

Kerana Terpaksa Aku Relakan
Umum
PengarangUmie Nadzimah
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta, konflik, keluarga
Penerbitan
PenerbitKarya Seni
Tarikh penerbitan
Julai 2012
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman772

Sinopsis sunting

Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina musnah dengan sekelip mata. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis yang paling malang, sebatang kara dan tidak punya apa-apa.

Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat, Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat tempat teristimewa dalam hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri. Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah Halina gadis kampung yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga segar berbau harum.

“Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap. Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?”- Tajul Razin. Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang terpaksa…

“Errr… Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-lamanya boleh, kan?” – Indah Halina. “Kenapa sebut adik perempuan aje? Tak ada impian jadi isteri Abang Zen ke? Abang selalu berangan-angan suatu hari nanti Indah akan jadi suri hidup. Tak sama ke angan kita?” – Tajul Razin.

Keluaran dan legasi sunting

Kerana Terpaksa Aku Relakan dikeluarkan pada 2012 oleh Karya Seni. Pada tahun 2014, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Akasia bermula 21 Mei 2014 di TV3, dibintangi oleh Amar Baharin dan Izreen Azminda.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Umie Nadzimah (2012). Kerana Terpaksa Aku Relakan. Karya Seni.
  2. ^ Kerana Terpaksa Aku Relakan oleh Umie Nadzimah Goodreads. Dicapai pada 8 Februari 2018.
  3. ^ Drama Bersiri Kerana Terpaksa Aku Relakan Sensasi Selebriti. 19 Mei 2014.