Ketua Turus Pertahanan (Perancis)

Ketua Turus Angkatan Tentera (Bahasa Perancis: (C)hef d'(É)tat-(M)ajor des (A)rmées, akronim: C.E.M.A.) adalah ketua markas turus am Angkatan Tentera Republik Perancis dan merupakan pegawai kanan utama tentera yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Angkatan Tentera Perancis, memastikan pengendalian semua operasi ketenteraan (dibawah simpanan aturan tertentu dengan pencegahan nuklear).

Ketua Turus Angkatan Tentera
Chef d'État-Major des Armées
Emblème de l'État-Major des armées (EMA).svg
Lambang
Marque CEMA.svg
Panji-panji Ketua Turus
François Lecointre (27116104389) (cropped).jpg
Penyandang
Général d'armée
François Lecointre
sejak 20 Julai 2017[1]
Kementerian Pertahanan
GelaranMonsieur le Chef d'État-Major des Armées
JenisKetua staf ketenteraan
SingkatanCEMA
AnggotaJawatankuasa Ketua Turus
Lapor kepadaMenteri Pertahanan
PejabatHexagone Balard, Paris, Perancis
PencadangMenteri Pertahanan
PelantikPresiden
dengan tandatangan balas Perdana Menteri
TempohTiada tempoh tetap
Constituting instrumentDekri 1982-38[2]
Dekri 2005-520[3]
Dekri 2009-869[4]
Dekri 2013-816[5]
Pembentukan28 April 1948[6]
Pemegang pertamaCharles Léchères
TimbalanMejar Jeneral Angkatan Tentera
Laman webwww.defense.gouv.fr

Jawatan ini sekarang disandang oleh Général d'armée François Lecointre.

FungsiSunting

Ketua Turus Angkatan Tentera mempunyai dua peranan:

  • membantu Menteri Pertahanan dalam persiapan dan penyusunan angkatan tentera.
  • dibawah kuasa Presiden dan Kerajaan, menyelenggara keseluruhan pemerintahan operasi tentera dan mencadangkan langkah-langkah ketenteraan untuk menerima pakai (strategi umum).

Beliau bertanggungjawab bagi :

  • menjalankan operasi : rancangan serangan, pergerakan umum pasukan-pasukan tentera, pengagihan operasi rasmi antara para panglima medan (beliau mempunyai kuasa penuh keatas mereka)
  • latihan : beliau meneliti kebolehan askar mereka untuk sebarang misi dan mempunyai hak tetap pemeriksaan keatas mereka ;
  • persiapan untuk masa hadapan : rancangan dan program bagi kapasiti tentera. Beliau menyelia penyatuan keupayaan angkatan tentera dan terlibat dalam persiapan dan pelaksanaan bajet pertahanan ;
  • penyusunan antara cawangan : beliau menyelia penyusunan pasukan tentera.
  • hubungan ketenteraan dengan angkatan tentera negara lain : beliau mengarah misi-misi ketenteraan diluar negara, mengurus penglibatan tentera Perancis dalam misi antarabangsa dan eksesais, mengikuti perundingan antarabangsa dan mewakili Perancis didalam jawatankuasa tentera bagi organisasi-organisasi antarabangsa.

AutoritiSunting

Ketua Turus Angkatan Tentera mempunyai autoriti ke atas:

Keempat-empat Ketua ini merupakan Jawatankuasa Ketua Turus, dipengerusikan olen Menteri. CEMA di bantu oleh Mejar Jeneral Angkatan Tentera (Bahasa Perancis: Major Général des Armées), seorang pegawai kanan Angkatan Tentera Perancis, yang akan menggantikannya jika diperlukan.

Disamping itu, secara langsung dibawah autoriti CEMA adalah :

Lihat jugaSunting

SumberSunting

  1. ^ Government of the French Republic (19 July 2017). "Décret du 19 juillet 2017 portant affectation et élévation d'un officier général". Dicapai pada 18 August 2019.
  2. ^ Government of the French Republic (8 February 1982). "Décret n°82-138 du 8 février 1982 fixant les attributions des chefs d'état-major". Dicapai pada 18 August 2019.
  3. ^ Government of the French Republic (21 May 2005). "Décret n° 2005-520 du 21 mai 2005 fixant les attributions des chefs d'état-major". Dicapai pada 18 August 2019.
  4. ^ Government of the French Republic (15 July 2009). "Décret n° 2009-869 du 15 juillet 2009 relatif aux attributions du ministre de la défense, du chef d'état-major des armées et des chefs d'état-major de l'armée de terre, de la marine et de l'armée de l'air". Dicapai pada 18 August 2019.
  5. ^ Government of the French Republic (12 September 2013). "Décret n° 2013-816 du 12 septembre 2013 relatif aux attributions du ministre de la défense et du chef d'état-major des armées". Dicapai pada 18 August 2019.
  6. ^ Government of the French Republic (28 April 1948). "Décret du 28 avril 1948 portant regroupement des états-major généraux de la guerre, de la marine et de l'air et création de l'état-major général des forces armées". gallica.bnf.fr. Dicapai pada 18 August 2019.