Buka menu utama

Pengerusi Ketua Turus Bersama atau Chairman of the Joint Chiefs of Staff (CJCS), mengikut undang-undang AS, ialah pegawai tertinggi dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat dan penasihat utama ketenteraan kepada Presiden Amerika Syarikat, Majlis Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Tanah Air, dan Setiausaha Pertahanan. Jawatan Pengerusi Ketua Turus Bersama lebih tinggi daripada posisi tentera yang lain, namun beliau tidak memiliki kuasa pemerintahan beroperasi keatas Angkatan Tentera; bagaimanapun, Pengerusi akan membantu Presiden dan Setiausaha Pertahanan dalam melaksanakan fungsi-fungsi pemerintahan mereka.

Pengerusi Ketua Turus Bersama
CJCS
Joint Chiefs of Staff seal.svg
Cop Mohor Ketua Turus Bersama
Flag of the Chairman of the US Joint Chiefs of Staff.svg
Bendera Pengerusi Ketua Turus Bersama
General Mark A. Milley.jpg
Penyandang
Jeneral Mark A. Milley, USA

sejak 1 Oktober 2019
Jabatan Pertahanan
AnggotaKetua Turus Bersama
Lapor kepadaPresiden Amerika Syarikat
Setiausaha Pertahanan
PejabatThe Pentagon, Daerah Arlington, Virginia, AS
PelantikPresiden Amerika Syarikat
atas nasihat dan persetujuan Senat
Tempoh2 tahun
Boleh diperbaharui
Constituting instrument10 U.S.C. § 153
PrekursorKetua Turus kepada Panglima Tertinggi Angkatan Tentera
Pembentukan19 Ogos 1949
Pemegang pertamaJeneral Tentera Darat Omar Bradley
Laman webOfficial Website

Pengerusi mengadakan mesyuarat dan menyelaras kerja-kerja Ketua Turus Bersama (JCS), iaitu sebuah badan penasihat didalam Jabatan Pertahanan yang mengandungi Pengerusi, Timbalan Pengerusi Ketua Turus Bersama, Ketua Turus Tentera Darat, Ketua Operasi Tentera Laut, Ketua Turus Tentera Udara, Komandan Kor Marin, dan Ketua Biro Pengawal Kebangsaan. Staf Bersama berada dibawah arahan eksklusif Pengerusi. Jawatan Pengerusi Ketua Turus Bersama adalah setaraf dengan Ketua Turus Pertahanan British, Inspektor Jeneral Bundeswehr Jerman, Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan Ketua Pertahanan yang lain.

SejarahSunting

Laksamana Armada William D. Leahy, USN, berkhidmat sebagai Ketua Turus kepada Panglima Tertinggi Angkatan Tentera (Presiden Amerika Syarikat) dari 20 Julai 1942 hingga 21 Mac 1949. Beliau mempengerusikan mesyuarat yang dipanggil sebagai Ketua Turus Bersama, dan jawatan Leahy merupakan permulaan kepada jawatan Pengerusi Ketua Turus Bersama.

Lihat jugaSunting