Inspektor Jeneral Bundeswehr
Inspektor Jeneral Tentera Persekutuan (Jerman: Generalinspekteur der Bundeswehr, GenInspBw ), secara rasminya diterjemah sebagai Ketua Pertahanan, merupakan jawatan tertinggi tentera yang disandang oleh seorang pegawai bertauliah dalam Bundeswehr, iaitu angkatan tentera terkini negara Jerman.
Inspektor Jeneral Bundeswehr | |
---|---|
Generalinspekteur der Bundeswehr | |
Kementerian Pertahanan Persekutuan | |
Status | Aktif |
Singkatan | GenInspBw |
Lapor kepada | Menteri Pertahanan Persekutuan |
Bidang kuasa | Jerman |
Pelopor | Oberkommando der Wehrmacht |
Dibentuk | 1 Jun 1957 |
Pemegang pertama | Jeneral Adolf Heusinger |
Timbalan/naib | Timbalan Inspektor Jeneral Bundeswehr |
Tapak web | https://www.bmvg.de/en/organisation/the-chief-of-defence |
sunting · sunting di Wikidata |
Kesemua Inspektor Jeneral memegang pangkat Jeneral atau Laksamana (4 bintang), dan mereka mengepalai Führungsstab der Streitkräfte, iaitu Staf Pertahanan Jerman didalam Kementerian Pertahanan Persekutuan, dan adalah penasihat terus tentera kepada Menteri Pertahanan Persekutuan yang merupakan penyandang kuasa pemerintahan tertinggi (Jerman: Inhaber der Befehls- und Kommandogewalt ).
Pegawai bawahan Inspektor Jeneral ialah para panglima perkhidmatan Bundeswehr, iaitu Inspektor Tentera Darat, Inspektor Tentera Udara, Inspektor Tentera Laut, dan para panglima Pasukan Bantuan Bersama dan Pasukan Perubatan Bersama.
Jawatan dan terjemahan
suntingManakala terjemahan rasmi jawatan ini termasuklah Ketua Turus Angkatan Tentera Persekutuan dan variasi-variasi istilah yang lain, istilah Jerman "Generalinspekteur" – "Inspektor Jeneral" – secara spesifiknya telah diwujudkan bagi mengelakkan istilah "Generalstabschef" ("Ketua Turus Am") yang dianggap kompromi sejarah. Apabila Bundeswehr telah ditubuhkan pada tahun 1955, banyak istilah tradisi tentera dianggap tidak sesuai selepas kelakuan Wehrmacht Jerman dalam Perang Dunia II. Dengan itu, Bundeswehr Jerman tidak ada "Staf Am", tetapi mempunyai "Staf Eksekutif" ("Führungsstab des Heeres"). Jawatan Inspektor Jeneral Bundeswehr adalah setaraf dengan Pengerusi Ketua Turus Bersama Amerika, Ketua Turus Pertahanan British, Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan Ketua Pertahanan yang lain.
Lihat juga
sunting- Ketua Turus Pertahanan (Perancis) - Rakan sejawatan Perancis
- Ketua Turus Am (Rusia) - Rakan sejawatan Rusia
Pautan luar
sunting- List of Chiefs of Staff, Bundeswehr with personal data and photo (Official website of the Bundeswehr)