Ketua Turus Tentera Darat Amerika Syarikat
Ketua Turus Tentera Darat atau Chief of Staff of the Army (CSA) ialah sejenis jawatan berkanun (10 U.S.C. § 3033) yang disandang oleh jeneral empat bintang dalam Tentera Darat Amerika Syarikat, dan merupakan pegawai beruniform paling kanan yang ditugaskan dalam Jabatan Tentera Darat, dan juga penasihat utama ketenteraan serta timbalan kepada Setiausaha Tentera Darat. Di dalam kapasiti yang berasingan, beliau adalah anggota Ketua Turus Bersama (10 U.S.C. § 151), dan juga penasihat ketenteraan kepada Majlis Keselamatan Negara, Setiausaha Pertahanan, dan Presiden. Ketua Turus merupakan pegawai tertinggi yang aktif dalam Tentera Darat AS melainkan Pengerusi dan/atau Timbalan Pengerusi Ketua Turus Bersama juga merupakan pegawai Tentera Darat.
Ketua Turus Tentera Darat Amerika Syarikat
CSA | |
---|---|
![]() Bendera Ketua Turus Tentera Darat | |
Jabatan Tentera Darat Staf Tentera Darat | |
Ahli kepada | Ketua Turus Bersama |
Lapor kepada | Setiausaha Pertahanan Setiausaha Tentera Darat |
Pusat | The Pentagon, Daerah Arlington, Virginia, AS |
Pelantik | Presiden atas nasihat dan persetujuan Senat |
Tempoh jawatan | 4 tahun Boleh diperbaharui |
Surat cara pembentukan | 10 U.S.C. § 3033 |
Pelopor | Panglima Tentera Darat |
Pembentukan | 15 Ogos 1903 |
Pemegang pertama | Lt.Jen Samuel B. M. Young |
Laman sesawang | Official Website |
Ketua Turus Tentera Darat ialah sejenis jawatan pentadbiran yang berpengkalan di Pentagon, dan walaupun Ketua Turus tidak mempunyai kuasa perintah beroperasi ke atas angkatan Tentera Darat yang sebenarnya (iaitu di bawah bidang kuasa Panglima-Panglima Medan yang melapor terus kepada Setiausaha Pertahanan), Ketua Turus boleh melaksanakan pengawasan unit tentera dan organisasi sebagai wakil dari Setiausaha Tentera Darat.
Ketua Turus Tentera Darat terkini ialah Jeneral James C. McConville dan jawatan ini setaraf dengan Panglima Tentera Darat Malaysia dan Ketua Turus Am British.