William D. Leahy
Laksamana Armada William Daniel Leahy (6 Mei 1875-20 Julai 1959) adalah seorang pegawai tentera laut Amerika yang berkhidmat sebagai pegawai tentera Amerika Syarikat yang paling kanan dan bertugas aktif dalam Perang Dunia II. Beliau memegang pelbagai jawatan dan berada di tengah-tengah pembuat keputusan utama tentera Amerika Syarikat dalam Perang Dunia II.
Selaku Ketua Operasi Tentera Laut dari tahun 1937 hingga 1939, beliau merupakan pegawai kanan dalam Tentera Laut, menyelia persiapan untuk berperang. Selepas bersara dari Tentera Laut, beliau dilantik pada tahun 1939 oleh rakan karibnya iaitu Presiden Franklin D. Roosevelt sebagai Gabenor Puerto Rico. Dalam peranan yang paling kontroversi, beliau berkhidmat sebagai Duta Amerika Syarikat ke Perancis 1940-42, tetapi mempunyai kejayaan yang sedikit dalam mengekalkan kerajaan Vichy bebas dari kawalan Jerman.
Leahy dipanggil semula untuk bertugas secara aktif sebagai Ketua Turus peribadi kepada Presiden Franklin D. Roosevelt pada tahun 1942 dan telah berkhidmat dalam jawatan itu di sepanjang Perang Dunia II. Beliau mempengerusikan Ketua-Ketua Turus dan merupakan pembuat keputusan utama semasa perang. Beliau meneruskan perkhidmatannya di bawah Presiden Harry S. Truman sehingga bersara pada tahun 1949. Dari tahun 1942 hingga persaraannya pada tahun 1949, beliau merupakan anggota berpangkat tertinggi dalam tentera AS, melapor hanya kepada Presiden. Beliau merupakan de facto Pengerusi Ketua-Ketua Turus Bersama pertama Amerika Syarikat (bukan gelaran rasmi beliau) dan beliau juga mempengerusikan delegasi Amerika ke Gabungan Ketua Turus, apabila staf Amerika dan British bekerjasama.
Sebagai Laksamana Armada, Leahy adalah pegawai tentera laut Amerika Syarikat yang pertama memegang pangkat lima bintang dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat. Kapal kruiser USS Leahy (DLG-16) telah diberi penghormatan sempena namanya.
Ketua Turus kepada Panglima TertinggiSunting
Selepas Amerika Syarikat memasuki Perang Dunia II, Presiden Roosevelt memutuskan yang beliau memerlukan seorang pegawai kanan tentera sebagai penasihat peribadi dan penghubung antara ketiga-tiga ketua cabang perkhidmatannya, Laksamana Ernest King daripada Tentera Laut, Jeneral George Marshall daripada Tentera Darat dan Jeneral Henry H. Arnold daripada Angkatan Udara Tentera Darat. Ketua-ketua cabang perkhidmatan menentang langkah ini sehinggalah Marshall mencadangkan bahawa hanya Leahy akan diterima bagi jawatan ini. Pada 6 Julai 1942, Leahy telah dilantik sebagai Ketua Turus kepada Panglima Tertinggi Tentera Darat dan Tentera Laut AS, iaitu Presiden Amerika Syarikat.
Leahy menghabiskan masa D-Day, 6 Jun 1944, di kampung halamannya di Hampton, Iowa. Publisiti baik "perjalanan sentimental" ini merupakan sebahagian daripada usaha-usaha tipu daya di sekitar pencerobohan Bersekutu di Eropah. Idea ini adalah untuk melalaikan sebarang ejen Jerman di Washington, DC, atau di tempat lain di Amerika Syarikat agar mempercayai bahawa operasi ini tidak akan berlaku kerana seorang pegawai yang penting berada diluar ibukota.
Leahy telah dilantik sebagai Laksamana Armada Tentera Laut A.S. yang pertama pada 15 Disember, 1944 dan sekaligus menjadi pegawai lima bintang pertama dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat semasa Perang Dunia Kedua.
Tarikh kenaikkan pangkatSunting
Kadet Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat - Kelas tahun 1897, 15th of class of 47
Leftenan Muda | Leftenan Madya | Leftenan | Leftenan Komander | Komander | Kepten |
---|---|---|---|---|---|
O-1 | O-2 | O-3 | O-4 | O-5 | O-6 |
1 Julai 1899 | 1 Julai 1902 | 31 Disember 1903 | 15 September 1909 | 29 Ogos 1916 | 1 Julai 1918 |
Komodor | Laksamana Muda | Laksamana Madya | Laksamana | Laksamana Armada |
---|---|---|---|---|
O-7 | O-8 | O-9 | O-10 | O-11 |
Tidak disandang | 14 Oktober 1927 | 13 Julai 1935 | 2 Januari 1937 | 15 Disember 1944 |
Darjah kebesaran dan pingatSunting
Nota: Leahy tidak layak menerima pingat American Defense Service Medal kerana beliau bersara dari Tentera Laut pada Ogos 1939 dan telah dipanggil bertugas semula pada Mei 1942. Pingat tersebut hanya untuk yang aktif bertugas dari 8 September 1939 hingga 7 Disember 1941.
BibliografiSunting
- Adams, Henry H. Witness to Power: The Life of Fleet Admiral William D. Leahy (Naval Institute Press, 1985) 348 pp. the standard scholarly biography
- Borneman, Walter "The Admirals: The Five-Star Admirals Who Won the War at Sea" (Little, Brown, 2012)
- Hayes, Grace P. The history of the Joint Chiefs of Staff in World War II (1982) 964 pages
- Langer, William L. Our Vichy gamble (1947)
Pautan luarSunting
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan William D. Leahy |
- William D. Leahy Official Website (with photo and newsreel archive) Diarkibkan 2014-03-23 di Wayback Machine
- Navy Historical Center
- Naval War College Guide to Archives, Manuscripts -2001 Diarkibkan 2005-12-30 di Wayback Machine
- Leahy, William D. Library of Congress Archives: Papers, 1897-1959 (8,000 items)
- Paradoxes of Naval History: Witness to Power: The Life of Fleet Admiral William D. Leahy
- President Roosevelt to the Appointed Ambassador to France (Leahy) on December 20, 1940
- Chronology regarding Truman and the A-bomb: Diarkibkan 2007-11-17 di Wayback Machine
From 8/2/45 - 8/10/45 with Smyth report on atomic bomb (August 6, 1951) - US Navy Historic Center biography of William Leahy Diarkibkan 2008-06-28 di Wayback Machine
- arlingtoncemetery.net: Biography of William D. Leahy
- Annotated bibliography for William D. Leahy from the Alsos Digital Library for Nuclear Issues Diarkibkan 2006-08-28 di Wayback Machine
- The Last Salute: Civil and Military Funeral, 1921-1969, CHAPTER XVII, Former Chief of Naval Operations, Fleet Admiral William D. Leahy, Special Military Funeral, 20-23 July 1959 by B. C. Mossman and M. W. Stark. United States Army Center of Military History.
Pegawai tentera | ||
---|---|---|
Didahului oleh Laks. William H. Standley |
Ketua Operasi Tentera Laut 1937-1939 |
Diikuti oleh: Laks. Harold R. Stark |
Didahului oleh Tiada |
Ketua Turus kepada Panglima Tertinggi 1942–1949 |
Diikuti oleh: Omar Bradley (Pengerusi Ketua Turus Bersama) |
Jawatan politik | ||
Didahului oleh José E. Colón |
Gabenor Puerto Rico 1939-1940 |
Diikuti oleh: José Miguel Gallardo |
Jawatan diplomatik | ||
Didahului oleh William C. Bullitt |
Duta Amerika Syarikat ke Perancis 1941–1942 |
Diikuti oleh: Jefferson Caffery (tahun 1944) |
- ^ U.S. officers holding five-star rank never retire; they draw full active duty pay for life.Spencer C. Tucker (2011). The Encyclopedia of the Vietnam War: A Political, Social, and Military History. ABC-CLIO. m/s. 1685. ISBN 978-1-85109-961-0.