Buka menu utama
Untuk kegunaan lain, sila lihat Khan.

Khagan atau Qaghan (Turkic Lama kagan, kaɣan [1]; Bahasa Mongolia: хаган; Bahasa Cina: 可汗pinyin: kèhán; Parsi: خاقان; ejaan lain Chagan, Khaghan, Khakhan, Kagan, Kağan, Kaan, Qagan) adalah satu gelaran bagi pangkat maharaja di dalam bahasa Mongolia dan Turkic setaraf dengan status maharaja dan seseorang yang memerintah sebuah Khaganate (empayar lebih besar daripada Khanate biasa, tetapi sering kali dirujuk sebagai sama dalam bahasa-bahasa di Barat).

Ia juga diterjemah sebagai Khan bagi segala Khan, menyamai Raja bagi segala raja-raja. Di Mongolia moden, gelaran menjadi Khaan dengan bunyi abjab 'g' menjadi hampir tidak berbunyi atau tidak wujud; abjab ğ dalam bahasa Turki moden Kağan juga didiamkan. Ini berkemungkinan di sebabkan "khagan" adalah satu istilah politik bagi merujuk kepada maharaja. Sejak perang saudara di Empayar Mongol, maharaja dari dinasti Yuan memegang gelaran Khagan dan keturunan mereka di Mongolia terus menggunakan gelaran ini. Kağan merupakan nama Turki biasa di Turki.

NotaSunting

  1. ^ Fairbank 1978, p. 367

RujukanSunting

  • Fairbank, John King. The Cambridge History of China . Cambridge University Press, 1978. web page
  • Grousset, René. (1970). The Empire of the Steppes: a History of Central Asia. Translated by Naomi Walford. Rutgers University Press. New Brunswick, New Jersey, U.S.A.Third Paperback printing, 1991. ISBN 0-8135-0627-1 (casebound); ISBN 0-8135-1304-9 (pbk).
  • Whittow, Mark. The Making of Byzantium, 600–1025, University of California Press, Berkeley, Los Angeles, 1996.
  • Zhou, Weizhou [1985] (2006). A History of Tuyuhun. Guilin: Guangxi Normal University Press. ISBN 7-5633-6044-1.