Ahmad Zulqarnain Onn

Semakan 6105801 pada 14:40, 3 Februari 2024 oleh Rukhairy (bincang | sumb.) (Bold name)

Ahmad Zulqarnain Onn (lahir 1972) merupakan ahli korporat yang berpengalaman luas dan telah memegang beberapa jawatan penting dalam institusi seperti Danajamin Nasional Berhad (telah bergabung dengan Bank Pembangunan Malaysia[1] ) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, dan Khazanah Nasional Berhad sebagai Timbalan Pengarah Urusan, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berkuatkuasa 19 Februari 2024[2].

Ahmad Zulqarnain Onn
Permodalan Nasional Berhad
Memegang jawatan
1 Julai 2020
Didahului olehAbdul Jalil Abdul Rasheed
PengerusiRaja Tun Uda
Butiran peribadi
LahirAhmad Zulqarnain bin Che Onn
1972 (umur 51–52)
Petaling Jaya, Malaysia
Alma materUniversiti Harvard (Sarjana Muda Ekonomi)
PekerjaanAhli korporat

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan di Petaling Jaya dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Bukit Bintang, dan melanjutkan pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak. Beliau kemudian melanjutkan pengajian dan meraih Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Harvard.

Kerjaya

Selepas menamatkan pelajaran, beliau memulakan kerjaya sebagai penganalisis di UBS dari tahun 1996 hingga 1998. Kemudian, beliau menyertai Pengurusan Danaharta Nasional Berhad pada tahun 1999 sebelum berpindah ke CIMB pada 2009. Dari Mei 2009 hingga April 2014, beliau berkhdimat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Danajamin Nasional Berhad.[3]

Pada tahun 2018, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Urusan di Khazanah Nasional Berhad.[4] Pada Julai 2020, beliau meneruskan kerjayanya sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad[5]. Mulai 19 Februari 2024, beliau akan memegang tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.[6]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Bank Pembangunan selesai penggabungan bersama Danajamin". Berita Harian. 2023-03-01. Dicapai pada 2024-02-03.
  2. ^ Ahmad Zulqarnain Onn Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Yang Baharu[pautan mati kekal] Laman Web Rasmi KWSP. Dicapai pada 3 Februari 2024.
  3. ^ "Ahmad Zulqarnain diyakini mampu pacu prestasi PNB" (PDF). Berita Harian - Nasional. Dicapai pada 3 Februari 2024.
  4. ^ "Title of the Announcement or Report" (PDF). Khazanah Nasional Berhad. May 2020. Dicapai pada 3 Februari 2024.
  5. ^ Ahmad Zulqarnain Onn dilantik Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB[pautan mati kekal] Astro Awani. Dicapai pada 3 Februari 2024.
  6. ^ Ahmad Zulqarnain Onn Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Yang Baharu[pautan mati kekal] Laman Web Rasmi KWSP. Dicapai pada 3 Februari 2024.