Adam Lallana: Perbezaan antara semakan

Pemain bola sepak Inggeris
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
LucernePrototype (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox football biography | name = Adam Lallana | image = 200px | image_s...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 17:15, 25 Ogos 2015

Adam David Lallana (lahir 10 Mei 1988) ialah pemain bola sepak profesional England yang bermain sebagai pemain tengah untuk Liverpool dan pasukan kebangsaan England.

Adam Lallana
Lallana pada tahun 2015
Maklumat peribadi
Nama penuh Adam David Lallana[1]
Tarikh lahir (1988-05-10) 10 Mei 1988 (umur 35)[1]
Tempat lahir St Albans, England
Ketinggian 1.72 m (5 ka 8 in)[2]
Posisi permainan Pemain tengah / Pemain sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Liverpool
Nombor 20
Kerjaya remaja
Bournemouth
2000–2006 Southampton
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2014 Southampton 235 (48)
2007Bournemouth (pinjam) 3 (0)
2014– Liverpool 29 (5)
Pasukan kebangsaan
2006 England B18 2 (1)
2006 England B19 2 (0)
2008 England B21 1 (0)
2013– England 15 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 18 Ogos 2015
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 14 Jun 2015

Karier kelab

Southampton

Lallana menyertai pasukan utama pada bulan Julai 2006 dan membuat penampilan pertamanya pada 23 Ogos 2006 ketika kemenangan 5–2 ke atas Yeovil Town dalam Piala Liga.[3] Pada 31 Oktober 2006, dia menandatangani kontrak baru untuk mengekalkannya di Southampton sehingga bulan Disember 2009.[4] Pada 9 Oktober 2007, dia menyertai Bournemouth secara pinjaman sebulan.[5] Pada 28 April 2008, Lallana menjaringkan gol profesional pertamanya untuk Southampton ketika menentang West Bromwich Albion.[6]

Dia menjadi pemain tetap dalam pasukan utama pada permulaan musim 2008–09. Pada 29 Ogos 2008, dia menandatangani perjanjian baru tiga tahun bersama the Saints. Dia menghabiskan musim 2009–10 dengan dua puluh gol dalam semua pertandingan, menjaringkan gol ke-20nya dalam hari terakhir musim menentang Southend United.

Pada 7 Januari 2011, Lallana menandatangani kontrak baru bersama Southampton yang akan berakhir pada tahun 2015.[7][8] Dia dinamakan dalam Pasukan Tahunan League One untuk musim 2010–11 selepas menjaringkan 11 gol pada musim itu.

 
Lallana bermain untuk Southampton pada tahun 2013

Dia menjaringkan gol pada hari pembukaan musim 2011–12 dimana mereka menang 3–1 ke atas Leeds United. Dia kemudiannya menjaringkan dua gol ketika mereka menang 5–2 ke atas Ipswich Town. Gol kesepuluhnya musim itu datang ketika kemenangan 4–0 ke atas Derby County. Dia kemudiannya menjaringkan dua gol ketika kemenangan 2–0 ke atas Barnsley. Dia kemudiannya menjaringkan gol pada hari terakhir kempen untuk menghabiskan musim dengan 13 gol, 11 daripadanya dijaringkan dalam liga.

Dia membuat penampilan Liga Perdana Inggeris pertamanya pada musim 2012–13, membuat bantuan gol ketika kekalahan 3–2 kepada Manchester City.[9] Dia menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris ketika kekalahan 4–1 kepada West Ham United.[10] Gol keduanya musim itu datang pada 25 November ketika kemenangan 2–0 ke atas Newcastle United.[11] Gol ke-50 dalam kariernya datang ketika kemenangan 2–0 ke atas Reading.

Pada 11 April 2013, Lallana menandatangani kontrak lima tahun bersama Southampton.[12]


Liverpool

 
Lallana bermain untuk Liverpool pada tahun 2014

Selepas England kembali daripada Piala Dunia, Lallana menyertai Liverpool dan diberi jersi bernombor 20. Pada 25 Julai, Liverpool mengesahkan bahawa Lallana mengalami kecederaan ketika berlatih di Boston, Massachusetts semasa pra-musim. Dia membuat penampilan sulung untuk Liverpool pada 13 September ketika kekalahan 1–0 kepada Aston Villa.[13] Pada 4 Oktober, dia menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu ketika kemenangan 2–1 ke atas West Bromwich Albion.[14] Lallana menjaringkan gol keduanya untuk Liverpool pada 2 Disember ketika mereka menang 3–1 ke atas Leicester City.[15] Pada 29 Disember, dia menjaringkan dua gol ketika mereka menang 4–1 ke atas Swansea City di Anfield.[16] Pada 14 Februari, Lallana menjaringkan gol kemenangan dalam pusingan kelima Piala FA menentang Crystal Palace.[17]

Karier antarabangsa

Lallana membuat penampilan pertama untuk England pada 15 November ketika menentang Chile di Stadium Wembley. Pada 12 Mei 2014, Lallana dinamakan dalam skuad 23-pemain England squad untuk Piala Dunia FIFA 2014.[18]

Statistik karier

Kelab

Sehingga 18 Ogos 2015.
Kelab Musim Liga Piala Piala liga Lain-lain Jumlah
Divisyen Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Southampton 2006–07[19] Championship 1 0 0 0 1 0 0 0 2 0
2007–08[20] Championship 5 1 0 0 0 0 5 1
2008–09[21] Championship 40 1 0 0 3 1 43 2
2009–10[22] League One 44 15 5 1 2 2 5 2 56 20
2010–11[23] League One 36 8 3 2 2 1 0 0 41 11
2011–12[24] Championship 41 11 2 1 3 1 46 13
2012–13[25] Liga Perdana Inggeris 30 3 0 0 0 0 30 3
2013–14[26] Liga Perdana Inggeris 38 9 3 1 1 0 42 10
Jumlah 235 48 13 5 12 5 5 2 265 60
Bournemouth (pinjam) 2007–08[20] League One 3 0 0 0 0 0 1 0 4 0
Liverpool 2014–15[27] Liga Perdana Inggeris 27 5 4 1 4 0 6 0 41 6
2015–16[28] Liga Perdana Inggeris 2 0 0 0 0 0 0 0 2 0
Jumlah karier 267 53 17 6 16 5 12 2 312 66

Antarabangsa

Sehingga 14 Jun 2015.[29]
Statistik antarabangsa
Pasukan Tahun Kmncln Gol
England 2013 2 0
2014 11 0
2015 2 0
Jumlah 15 0

Kejayaan

Kelab

Southampton

Rujukan

  1. ^ a b Hugman, Barry J., penyunting (2010). The PFA Footballers' Who's Who 2010–11. Mainstream Publishing. m/s. 243. ISBN 9-781845-966010.
  2. ^ 20 Adam Lallana. "Adam Lallana player profile". Liverpool FC. Dicapai pada 1 November 2014.
  3. ^ "Southampton 5–2 Yeovil". BBC Sport. 23 August 2006. Dicapai pada 4 January 2014.
  4. ^ "Lallana signs new deal". www.saintsfc.co.uk. 31 October 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2007. Dicapai pada 9 October 2007. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ "Lallana on loan". www.saintsfc.co.uk. 9 October 2007. Dicapai pada 9 October 2007.
  6. ^ "West Brom 1–1 Southampton". BBC Sport. 28 April 2008. Dicapai pada 4 September 2009.
  7. ^ "Midfielder Signs Long Term Deal". Southampton F.C. 7 January 2011. Dicapai pada 8 January 2011.
  8. ^ Leitch, Adam (7 January 2011). "Lallana signs new Saints deal". Southern Daily Echo. Dicapai pada 8 January 2011.
  9. ^ "Man City 3–2 Southampton" BBC Sport. 19 August 2012. Retrieved 25 November 2012.
  10. ^ "West Ham 4–1 Southampton" BBC Sport. 20 October 2012. Retrieved 25 November 2012.
  11. ^ "Southampton 2–0 Newcastle" BBC Sport. 25 November 2012. Retrieved 25 November 2012.
  12. ^ "Southampton: Adam Lallana signs a new five-year contract". BBC Sport. 11 April 2013. Dicapai pada 12 April 2013.
  13. ^ Bevan, Chris (13 September 2014). "Liverpool 0–1 Aston Villa". BBC Sport. Dicapai pada 13 September 2014.
  14. ^ "Liverpool 2–1 West Brom". BBC Sport. 4 October 2014. Dicapai pada 4 October 2014.
  15. ^ Johnston, Neil (2 December 2014). "Leicester 1–3 Liverpool". BBC Sport. Dicapai pada 3 December 2014.
  16. ^ Bascombe, Chris (29 December 2014). "Liverpool 4 Swansea City 1: Adam Lallana shows his class as Liverpool cruise to victory". www.telegraph.co.uk. Dicapai pada 30 December 2014.
  17. ^ Fifield, Dominic (14 February 2015). "Liverpool fight back to edge past Crystal Palace with Adam Lallana winner". The Guardian. Dicapai pada 15 February 2015.
  18. ^ "England World Cup squad 2014: Ross Barkley and Raheem Sterling called up". The Guardian. 12 May 2014. Dicapai pada 14 May 2014.
  19. ^ "Games played by Adam Lallana in 2006/2007". Soccerbase. Dicapai pada 12 December 2013.
  20. ^ a b "Games played by Adam Lallana in 2007/2008". Soccerbase. Dicapai pada 12 December 2013.
  21. ^ "Games played by Adam Lallana in 2008/2009". Soccerbase. Dicapai pada 12 December 2013.
  22. ^ "Games played by Adam Lallana in 2009/2010". Soccerbase. Dicapai pada 12 December 2013.
  23. ^ "Games played by Adam Lallana in 2010/2011". Soccerbase. Dicapai pada 12 December 2013.
  24. ^ "Games played by Adam Lallana in 2011/2012". Soccerbase. Dicapai pada 12 December 2013.
  25. ^ "Games played by Adam Lallana in 2012/2013". Soccerbase. Dicapai pada 12 December 2013.
  26. ^ "Games played by Adam Lallana in 2013/2014". Soccerbase. Dicapai pada 12 December 2013.
  27. ^ "Games played by Adam Lallana in 2014/2015". Soccerbase. Dicapai pada 15 September 2014.
  28. ^ "Games played by Adam Lallana in 2015/2016". Soccerbase. Dicapai pada 9 August 2015.
  29. ^ (Inggeris) Lallana Profil Adam Lallana di National-Football-Teams.com

Pautan luar