Hari Malaysia: Perbezaan antara semakan
→Pemasyhuran Malaysia
(Kemaskini.) |
|||
<blockquote>''Bahawasanya oleh kerana suatu Perjanjian yang diperbuat pada Sembilan hari bulan Julai tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga antara [[Persekutuan Tanah Melayu]], [[United Kingdom]], [[Borneo Utara]], [[Sarawak]] dan [[Singapura]] maka telah dipersetujui bahawa hendaklah disekutukan Negeri [[Sabah]], Negeri Sarawak dan Negeri Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri [[Pahang]], Negeri [[Terengganu]], Negeri [[Kedah]], Negeri [[Johor]], [[Negeri Sembilan]], Negeri [[Kelantan]], Negeri [[Selangor]], [[Negeri Perak]], Negeri [[Perlis]], Negeri [[Pulau Pinang]] dan Negeri [[Melaka]] dan bahawa Persekutuan itu hendaklah dinamakan “Malaysia”.''</blockquote>
<blockquote>''Dan bahawasanya oleh kerana pihak-pihak dalam Perjanjian yang tersebut telah bersetuju bahawa mulai daripada penubuhan Malaysia maka Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura hendaklah tamat daripada menjadi jajahan takluk Duli Yang Maha Mulia Baginda [[Ratu Elizabeth II|Queen]] dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tiada lagi mempunyai kedaulatan dan kuasa dalam ketiga-tiga buah Negeri itu;''</blockquote>
<blockquote>''Dan bahawasanya oleh kerana telah dimasyhurkan suatu Perlembagaan bagi Malaysia yang akan menjadi kanun yang
<blockquote>''Dan bahawasanya oleh kerana Perlembagaan yang tersebut itu telah diadakan syarat bagi menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan-keutamaan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan bagi mengekalkan keamanan dan kemesraan di dalam Malaysia sebagai Kerajaan yang mempunyai Raja yang berperlembagaan dan yang berdasarkan demokrasi cara berparlimen;''</blockquote>
<blockquote>''Dan bahawasanya oleh kerana Perlembagaan yang tersebut itu telah disahkan oleh suatu undang-undang yang diluluskan oleh [[Parlimen]] Persekutuan Tanah Melayu dan Parlimen United Kingdom maka telah berjalanlah kuatkuasa Perlembagaan itu pada Enam Belas hari bulan September tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga;''</blockquote>
<blockquote>''Maka dengan nama Allah Yang Maha Murah lagi Maha Mengasihani, saya '''Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah''', Perdana Menteri Malaysia dengan persetujuan dan perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda [[Yang di-Pertuan Agong]], Yang Terutama Yang di-Pertuan Negeri Singapura, Yang Terutama Yang di-Pertua
==Dalam budaya masyhur==
|