Tavan Bogd: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Epilepson (bincang | sumb.)
Mencipta laman, akan menambaah maklumat
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 11:55, 23 November 2019

Tavan Bogd (Bahasa Mongolia: Таван богд, [tɑwɑŋ ˈbɔɡ.dɔ], "lima wali") ialah sebuah massif gunung di Mongolia, berdekatan dengan sempadan bertiga dengan Rusia dan China. Puncak tertingginya, Puncak Khüiten (dulu juga dikenali sebagai Puncak Nairmadal), ialah titik tertinggi di Mongolia dengan ketinggian 4374 meter atas paras laut.

Tavan Bogd
Pandangan Tavan Bogd dari Altay Rusia
Titik tertinggi
Ketinggian4,374 m (14,350 ka)
Tonjolan2342
SenaraiUltra
Koordinat49°8′45″N 87°49′9″E / 49.14583°N 87.81917°E / 49.14583; 87.81917Koordinat: 49°8′45″N 87°49′9″E / 49.14583°N 87.81917°E / 49.14583; 87.81917[1]
Penamaan
Sebutantɑwɑŋ ˈbɔɡ.dɔ
Geografi
LokasiUlaankhus soum and Tsengel soum, Wilayah Bayan-Olgii, Mongolia
Induk banjaranPergunungan Altai-Mongolia
Pendakian
Pendakian pertama1956
Laluan paling mudahPendakian
Nama rasmi
Kompleks Ukiran Batu Altai Mongolia
JenisCultural
Kriteriaiii
Ditetapkan2011 ( Sesi ke-35 )
No. rujukan
1382
Majlis NegaraMongolia
KawasanAsia

Massif Tavan Bogd kebanyakannya diletak di Wilayah Bayan-Olgii, Mongolia; cerun utaranya dimiliki oleh Republik Altai, Rusia, dan cerun baratnya pula ditempatkan di Wilayah Burqin, China.

Selain daripada Puncak Khüiten, massif Tavan Bogd juga mempunyai empat puncak yang lain: Puncak Nairamdal, Puncak Malchin, Puncak Bürged (helang) and Puncak Olgii (ibu negara).[2]

Sempadan antarabangsa

Berdasarkan perjanjian tiga pihak dan peta topografi yang diterbitkan yang relevan, titik pertemuan sempadan China-Rusia, sempadan China-Mongolia dan sempadan Mongolia-Rusia ialah di titik tertinggi sebuah puncak dengan ketinggian 4081 meter atau 4104 meter, di koordinat 49°10′13.5″N 87°48′56.3″E.[3][4][5] Dalam peta dan perjanjian tersebut, puncak gunung tersebut dirujukkan sebagai Puncak Tavan Bogd (Bahasa Rusia: Таван-Богдо-Ула, Tavan-Bogdo-Ula; Bahasa Mongolia: Таван Богд Уул, Tavan Bogd Uul), atau Gunung Kuitun (Bahasa Cina: 奎屯山; pinyin: Kuítún shān).[3][4][6]

  1. ^ Peaklist source
  2. ^ "AsiaTRAVEL - Mongolia" Yuducom
  3. ^ a b ПРОТОКОЛ-ОПИСАНИЕ ТОЧКИ ЗАПАДНОГО СТЫКА ГОСУДАРСТВЕННЫХ ГРАНИЦ ТРЕХ ГОСУДАРСТВ МЕЖДУ ПРАВИТЕЛЬСТВОМ Российской Федерации, ПРАВИТЕЛЬСТВОМ МОНГОЛИИ и ПРАВИТЕЛЬСТВОМ КИТАЙСКОЙ НАРОДНОЙ РЕСПУБЛИКИ (ПОДПИСАН в г. ПЕКИНЕ 24.06.1996) (Protokol dengan Kerajaan Rusia, Kerajaan Mongolia dan Kerajaan China, menyatakan titik pertemuan barat sempadan ketiga-tiga negara itu. Ditandatangan di Beijing pada Jun 24, 1996) (dalam bahasa Rusia)
  4. ^ a b Соглашение между Правительством Российской Федерации, Правительством Китайской Народной Республики и Правительством Монголии об определении точек стыков государственных границ трех государств (Заключено в г. Улан-Баторе 27 января 1994 года) (Perjanjian dengan Kerajaan Rusia, Kerajaan Mongolia dan Kerajaan China, menentukan titik-titik pertemuan bagi sempadan ketiga-tiga negara itu) (dalam bahasa Rusia)
  5. ^ Peta Topo M45-104 Soviet, skala 1:100,000 (dalam bahasa Rusia)
  6. ^ 中华人民共和国和俄罗斯联邦关于中俄国界西段的协定 (Perjanjian antara China dan Rusia berkaitan dengan bahagian barat sempadan China-Rusia) 1994-09-03 (dalam bahasa Cina)