Monthly Girls' Nozaki-kun: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Asas rencana
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 08:10, 10 April 2021

Gekkan Shōjo Nozaki-kun (Jepun: 月刊少女野崎くん, Hepburn: Nozaki dari Majalah Gadis Bulanan) ialah suatu manga lerang empat komedi romantik dikaryakan Izumi Tsubaki. Bab-bab manga ini disirikan dalam talian di laman Gangan Online serta diterbitkan secara digital dan cetakan di Shoujo Romance Girly[1] and tankōbon volumes by Square Enix.[2]

Suatu anime mengadaptasi siri ini oleh Doga Kobo ditayangkan pada 2014.[3]

Plot

Chiyo Sakura menaruh hati terhadap seorang yang sebaya iaitu Umetarou Nozaki. Apabila Chiyo menyatakab pengakuan cinta kepadanya, Nozaki tidak sahaja menyalah sangkanya sebagai seorang peminat sehingga memberinya autograf, malah mengajaknya membantu mengerjakan manga shōjo dikaryakannya, sambil itu juga mereka berdua dan Mikoto Mikoshiba, seorang rakan mereka mencari ilham cerita dari pelbagai kenalan disapa mereka.

Barisan watak

Umetarou Nozaki (Jepun: 野崎 梅太郎, Hepburn: Nozaki Umetarō)
Disuarakan oleh: Yuichi Nakamura[3][4]
Seorang pelajar sekolah tinggi lampai bekerja sebagai seorang pengkarya manga shōjo dengan nama pena Sakiko Yumeno (Jepun: 夢野咲子, Hepburn: Yumeno Sakiko), dirinya menawan hati Sakura.[5]
Chiyo Sakura (Jepun: 佐倉 千代, Hepburn: Sakura Chiyo)
Disuarakan oleh: Ari Ozawa[3]
Seorang pemudi sama sekolah dengan Nozaki yang menaruh hati padanya, dia menjadi pembantu bersama Mikoshiba kerana disalah sangka sebagai seorang peminat setia. Dia mahir melukis dengan cat air malah menganggotai kelab seni sekolahnya.
Mikoto Mikoshiba (Jepun: 御子柴 実琴, Hepburn: Mikoshiba Mikoto)
Disuarakan oleh: Nobuhiko Okamoto[3]
Sahabat Nozaki dengan panggilan Mikorin (Jepun: みこりん), dia membantu Nozaki mengemaskan lukisan mengisi latar belakang karyanya[ch. 3] serta memberi ilham kepada watak-watak ranpa disedari Mikoshiba sendiri.


Rujukan

  1. ^ "Gangan Online - Shoujo Romance Web Girly". ganganonline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada September 23, 2014.
  2. ^ "Nozakikun.tv Domain Registered Under Kadokawa". Anime News Network. January 25, 2014. Dicapai pada January 30, 2014.
  3. ^ a b c d "Gekkan Shōjo Nozaki-kun Gets TV Anime in July - News". Anime News Network. March 21, 2014. Dicapai pada March 28, 2014.
  4. ^ "TVアニメ「月刊少女 野崎くん」公式サイト" [TV Anime Monthly Girl Nozaki-kun official site] (dalam bahasa Jepun). Nozakikun.tv. Dicapai pada March 29, 2014.
  5. ^ Silverman, Rebecca (November 14, 2015). "Monthly Girls' Nozaki-kun GN 1". Anime News Network. Dicapai pada 20 Jun 2018.

Pautan luar