Boris Johnson

Perdana Menteri United Kingdom dari 2019 hingga 2022

Alexander Boris de Pfeffel Johnson (lahir 19 Jun 1964) ialah seorang wartawan dan ahli politik Britain yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri United Kingdom dan Pemimpin Parti Konservatif dari 2019 hingga 2022. Beliau merupakan bekas Ahli Parlimen (MP) Henley (2001 hingga 2008), dan Uxbridge dan South Ruislip (2015 hingga 2023). Beliau juga merupakan Datuk Bandar London dari 2008 hingga 2016, serta menjawat sebagai Setiausaha Luar Negeri United Kingdom dari 2016 hingga 2018.


Boris Johnson

Johnson pada Ogos 2019
Potret rasmi, 2019
Perdana Menteri United Kingdom
Dalam jawatan
24 Julai 2019 – 6 September 2022
RajaElizabeth II
Setiausaha PertamaDominic Raab
Didahului olehTheresa May
Digantikan olehLiz Truss
Ketua Parti Konservatif
Dalam jawatan
23 Julai 2019 – 5 September 2022
Didahului olehTheresa May
Digantikan olehLiz Truss
Setiausaha Ehwal Luar Negeri dan Komanwel United Kingdom
Dalam jawatan
13 Julai 2016 – 9 Julai 2018
Perdana MenteriTheresa May
Didahului olehPhilip Hammond
Digantikan olehJeremy Hunt
Datuk Bandar London
Dalam jawatan
4 Mei 2008 – 9 Mei 2016
Naib Datuk Bandar London
Didahului olehKen Livingstone
Digantikan olehSadiq Khan
Ahli Parlimen
Uxbridge dan South Ruislip
Dalam jawatan
7 Mei 2015 – 12 Jun 2023
Didahului olehJohn Randall
Digantikan olehSteve Tuckwell
Majoriti5,034 (10.8%)
Ahli Parlimen
Henley
Dalam jawatan
9 Jun 2001 – 4 Jun 2008
Didahului olehMichael Heseltine
Digantikan olehJohn Howell
Butiran peribadi
LahirAlexander Boris de Pfeffel Johnson
(1964-06-19) 19 Jun 1964 (umur 59)
Bandar Raya New York, Amerika Syarikat
Kewarganegaraan
  • United Kingdom
  • Amerika Syarikat (1964–2016)[1]
Parti politikParti Konservatif
Pasangan
Anak-anak3[2]
Ibu bapa
Saudara
Alma materBalliol College, Oxford
Tandatangan
Laman web rasmiCommons website

Johnson mengumumkan peletakan jawatannya selaku Perdana Menteri United Kingdom pada 7 Julai 2022 di kemuncak kegawatan yang berlaku dalam kerajaan pimpinannya. Sungguhpun begitu, beliau kekal memegang jawatan tersebut sehingga persidangan Parti Konservatif pada bulan Oktober kemudian.[3]

Awal kehidupan sunting

Alexander Boris Johnson lahir pada 19 Jun 1964 di kawasan Upper East Side, Manhattan dalam Bandar Raya New York.[4] Kedua-dua ibu bapanya merupakan warganegara Britain - ayahnya Stanley Johnson mempelajari ekonomi di Universiti Columbia[5] manakala ibunya Charlotte Fawcett[6] merupakan seorang pelukis dari keluarga cendekiawan berfahaman liberal; mereka berkahwin pada tahun 1963 sebelum berpindah ke Amerika Syairkat tidak lama kemudian.[7]

Kelahiran beliau didaftarkan bersama pihak berkuasa tempatan serta Konsulat British, maka beliau memperoleh kedua-dua kewarganegaraan United Kingdom dan Amerika Syarikat secara automatiknya.[8] Nama "Boris" merupakan nama tengahnya yang diberikan sempena seorang bangsa Rusia kenalan ibu bapa mereka.[5]

Pendidikan sunting

Beliau mendapat pendidikan di Kolej Eton, sekolah elit terkemuka berdekatan Windsor.[9] Kemudian, beliau memperoleh biasiswa untuk meneruskan pendidikan di Kolej Balliol, salah satu kolej-kolej di bawah Universiti Oxford,[10] dan memasuki fasa matrikulasi pada 1983.[11] Beliau bergraduasi dari kolej tersebut dengan ijazah tahap kedua atasan.[12]

Kerjaya kewartawanan sunting

Johnson mendapat pekerjaan menulis dalam akhbar The Daily Telegraph hasil perkenalannya dengan Max Hastings ketika dalam pengajian di Universiti Oxford.[13] Pada awal tahun 1989, Johnson dipindahkan ke biro akhbar Brussels melaporkan perkembangan semasa dalam Suruhanjaya Eropah,[14] dan kekal di sana sehingga tahun 1994.[15] Penulisannya sangat mengkritik Presiden Suruhanjaya pada ketika itu, Jacques Delors.[16] Banyak penulisannya sendiri disanggah atas dakwaan hujahan yang dibawa Johnson palsu serta berniat mahu memburukkan nama institusi tersebit[17][18] Ada juga sesetengah pihak seperti Chris Patten yang melihat Johnson sebagai "salah satu pendokong utama kewartawanan palsu" ("one of the greatest exponents of fake journalism").[15]

Johnson diberikan suatu kolum utama dalam majalah berita The Spectator yang sering dilihat dikarang dengan cincai.[19] Beliau turut menulis mengenai permotoran dalah majalah GQ pada tahun 1999.[20] Pada ketika ini beliau mula menjadi tidak disenangi kerana sikap buruknya terhadap rakan sekerjanya: para rakan sekerjanya di GQ serik dengan saman parkir yang sering diraih Johnson dalam pengujian kereta mereka[21] manakala pihak redaksi terbitan The Telegraph dan The Spectator terbeban dengan perangainya yang sering lewat menghantar penulisannya serta sikapnya yang panas baran.[22]

Johnson mula dikenali orang ramai apabila beliau dibawa masuk dalam suatu episod panel komedi Have I Got News for You pada April 1998. Penampilannya yang dilihat menghiburkan dan santai sangat disukai sehingga beliau diundang beberapa kali lagi malah sebagai seorang pengacara undangan.[23] Beliau turut diundang sebagai tetamu dalam beberapa program siri TV lain seperti Top Gear, Parkinson, Breakfast with Frost dan Question Time.[24]

Kerjaya politik sunting

Sebagai Datuk Bandar London sunting

Pada bulan Mac 2007, Johnson menyatakan hasrat bertanding menjawat kerusi Datuk Bandar London pada pilihan raya yang diadakan tahun tersebut.[25] Ramai rakan separti lebih kehendaki Nick Boles.[26] Namun, Boles menarik diri tidak lama kemudian. Johnson tidak sahaja mula mendapat sokongan David Cameron,[27] malah juga London Evening Standard, salah satu akhbar utama kota raya tersebut.[28] Beliau mengumumkan diri secara rasmi bertanding sebagai calon pada bulan Julai,[29][30] beliau menjadi calon Konservatif setleha meraih 79% undian pusingan pertama se-London pada bulan September.[31][32] Johnson mengalahkan Ken Livingstone dengan 43.2% undian, melebihi undian Livingstone sebanyak 37% dengan pilihan pertama sebelum meneruskan lagi melalui undian pilihan kedua dengan 53.2% undian, lebih daripada undian kepada Livingstone yang meraih 46.8% undian.[33][34]

London mendapat kejayaan dalam pembidaan Sukan Olimpik Musim Panas 2012 ketika Ken Livingstone berperanan sebagai Datuk Bandar pada 2005. Johnson berperanan sebagai pengerusi bersama sebuah jabatan Olimpik yang memerhatikan urusan sukan ini.[35]

Sebagai Perdana Menteri sunting

Pilihan raya umum 2019 sunting

Pada Oktober 2019, parlimen dibubarkan dan pilihan raya dilakukan pada 12 Disember. Pilihan raya itu menyebelahi pihak Parti Konservatif sebagai majoriti terbesar mereka sejak 1987 dengan majoriti 80 kerusi.[36]

COVID-19 sunting

Pandemik COVID-19 muncul sebagai krisis yang serius dalam beberapa bulan pertama Johnson memperoleh majoriti selepas pilihan raya tahun 2019.[37] Pada 23 Mac 2020 beliau mengeluarkan perintah "tinggal di rumah" di seluruh UK, memerintahkan orang ramai untuk tidak meninggalkan rumah mereka kecuali atas beberapa tujuan terhad.[38]

Pada 27 Mac, Johnson mengumumkan sendiri bahawa beliau telah diuji positif COVID-19.[39] Pada minggu berikutnya, beliau dipindahkan ke wad unit rawatan rapi di Hospital St Thomas, London berikutan penunjukan simptomnya yang berterusan.[40] Pada malam pertama beliau di wad, beliau dikatakan berada dalam keadaan stabil tanpa memerlukan bantuan pernafasan,[41] dan beliau dipindahkan ke wad biasa pada 9 April.[42] Beliau dikeluarkan dari hospital pada 12 April.[43]Sementara itu, Setiausaha Luar Dominic Raab memangku jawatan Perdana Menteri ketika tahap kesihatan Boris dilihat tidak berkesudahan.[44]

Rujukan sunting

Petikan sunting

  1. ^ Wintour, Patrick (9 February 2017). "Boris Johnson among record number to renounce American citizenship in 2016". The Guardian. London. Dicapai pada 10 September 2018.
  2. ^ Walker, Peter (29 November 2019). "Johnson dodges LBC radio host's questions about his children". The Guardian. Dicapai pada 29 November 2019.
  3. ^ https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/210442
  4. ^ Purnell 2011, m/s. 10; Gimson 2012, m/s. 1.
  5. ^ a b Purnell 2011, m/s. 11; Gimson 2012, m/s. 2.
  6. ^ Llewellyn Smith, Julia (18 Mei 2008). "Boris Johnson, by his mother Charlotte Johnson Wahl". The Sunday Telegraph. London. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-26. Dicapai pada 7 Julai 2010.
  7. ^ Purnell 2011, m/s. 11, 24–25; Gimson 2012, m/s. 12–13.
  8. ^ Purnell 2011, m/s. 11.
  9. ^ Edwards & Isaby 2008, m/s. 44; Purnell 2011, m/s. 42.
  10. ^ Edwards & Isaby 2008, m/s. 45; Purnell 2011, m/s. 57; Gimson 2012, m/s. 83.
  11. ^ Gimson 2012, m/s. 56.
  12. ^ Barber, Lyn (5 October 2003). "Charmed, I'm Sure". The Guardian. London. Dicapai pada 8 April 2020.
  13. ^ Purnell 2011, m/s. 102–103; Gimson 2012, m/s. 97.
  14. ^ Purnell 2011, m/s. 109.
  15. ^ a b Fletcher, Martin (4 November 2017). "The joke's over – how Boris Johnson is damaging Britain's global stature". New Statesman. Dicapai pada 7 November 2017.
  16. ^ Purnell 2011, m/s. 115–116.
  17. ^ Purnell 2011, m/s. 121, 126; Gimson 2012, m/s. 98–99, 100–101.
  18. ^ Fletcher, Martin (1 July 2016). "Boris Johnson peddled absurd EU myths – and our disgraceful press followed his lead". New Statesman. Dicapai pada 20 July 2019.
  19. ^ Purnell 2011, m/s. 168.
  20. ^ Purnell 2011, m/s. 171; Gimson 2012, m/s. 177–178.
  21. ^ Purnell 2011, m/s. 171.
  22. ^ Purnell 2011, m/s. 179–181; Gimson 2012, m/s. 177.
  23. ^ Purnell 2011, m/s. 176–178; Gimson 2012, m/s. 127–129.
  24. ^ Purnell 2011, m/s. 178; Gimson 2012, m/s. 130.
  25. ^ Purnell 2011, m/s. 307.
  26. ^ Purnell 2011, m/s. 207–208.
  27. ^ Purnell 2011, m/s. 308–310.
  28. ^ Purnell 2011, m/s. 31.
  29. ^ Edwards & Isaby 2008, m/s. 52; Purnell 2011, m/s. 312; Gimson 2012, m/s. 278–279.
  30. ^ Jones, George (16 July 2007). "Boris Johnson to run for mayor". The Daily Telegraph. London. Dicapai pada 17 February 2013.
  31. ^ Edwards & Isaby 2008, m/s. 53; Gimson 2012, m/s. 279.
  32. ^ "Johnson is Tory mayor candidate". BBC News. 27 September 2007. Dicapai pada 2 January 2010.
  33. ^ Edwards & Isaby 2008, m/s. 200–201; Purnell 2011, m/s. 348.
  34. ^ "Johnson wins London mayoral race". BBC News. 3 May 2008. Dicapai pada 3 May 2008.
  35. ^ "The Mayor of London – 2012 Olympics". London 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 July 2012. Dicapai pada 11 December 2012.
  36. ^ "General Election 2019: What's behind the Conservative victory?". BBC.
  37. ^ Stewart, Heather; Walker, Peter (2020-03-20). "Boris Johnson announces closure of all UK pubs and restaurants". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2020-03-20.
  38. ^ Picheta, Rob (24 Mac 2020). "Boris Johnson issues stay-at-home order, sending UK into lockdown to fight coronavirus pandemic". CNN. Dicapai pada 27 March 2020.
  39. ^ @BorisJohnson (27 Mac 2020). "Over the last 24 hours I have developed mild symptoms and tested positive for coronavirus. I am now self-isolating, but I will continue to lead the government's response via video-conference as we fight this virus. Together we will beat this" (Twit) – melalui Twitter.
  40. ^ "COVID-19: Boris Johnson dipindah ke ICU". Astro Awani. 7 April 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 April 2020. Dicapai pada 8 April 2020.
  41. ^ "COVID-19: Boris Johnson stabil, tidak perlu ventilator". Astro Awani. 8 April 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 April 2020. Dicapai pada 8 April 2020.
  42. ^ "COVID-19: Boris Johnson keluar ICU, kekal dalam pemantauan". Astro Awani. 10 April 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 April 2020. Dicapai pada 10 April 2020.
  43. ^ "COVID-19: PM Britain, Boris Johnson dibenarkan keluar hospital". Astro Awani. 12 April 2020. Dicapai pada 12 April 2020.
  44. ^ "Setiausaha luar UK, Raab sandang jawatan PM UK". Astro Awani. 7 April 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 April 2020. Dicapai pada 8 April 2020.

Buku sunting

Pautan luar sunting