Daerah Selangau ialah sebuah daerah dalam Bahagian Sibu di Sarawak, Malaysia. Keluasan Daerah Selangau ialah 3,795 kilometer persegi (1,465 batu persegi) sementara jumlah penduduk ialah 22,000 orang pada tahun 2016.[1][2] Pekan bagi daerah ini ialah Selangau. Daerah Selangau merupakan salah satu dari tiga daerah dalam Bahagian Sibu; daerah-daerah lain ialah Daerah Kanowit dan Daerah Sibu.[3]

Daerah Selangau
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
Pusat pentadbiranSibu
Pentadbiran
 • JenisMajlis Daerah
Keluasan
 • Jumlah3,795 km2 (1,465 batu persegi)
Penduduk
 (2016)[2]
 • Jumlah22,000
 • Kepadatan5.8/km2 (15/batu persegi)

Kerajaan sunting

Pada masa ini Daerah Selangau ditadbir oleh Majlis Daerah Luar Bandar Sibu yang juga kerajaan tempatan bagi keseluruhan kawasan Daerah Sibu kecuali Bandar Sibu.[4] Ibu pejabatnya adalah di Sibu.

Daerah Selangau diwakili dalam Dewan Rakyat Malaysia oleh sebuah kerusi iaitu Selangau dengan kod P214, sementara dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak ia diwakili oleh dua kerusi iaitu Tamin (N59) dan Kakus (N60).[5][6]

Penduduk sunting

Mengikut statistik pada tahun 2016, Daerah Kanowit mempunyai jumlah penduduk seramai 22,000 orang. Daripada jumlah tersebut, 11,300 orang adalah terdiri dari lelaki dan 10,700 adalah perempuan.[2] Penduduk dalam Daerah Kanowit terdiri dari beberapa bangsa dan kaum etnik: Iban merupakan penduduk majoriti dengan keramaian 18,500 orang, diikuti dengan Cina dengan jumlah 1,100 orang, Melayu 600 orang, Melanau 200 orang dan Bidayuh 100 orang.[2] Terdapat juga kaum bumiputera yang lain dengan jumlah keseluruhan 300 orang.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Demografi Pentadbiran Bahagian Sibu". www.sibu.sarawak.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-04. Dicapai pada 4 Julai 2018.
  2. ^ a b c d e "Profail Bahagian Sibu 2017" (PDF). www.sibu.sarawak.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-07-04. Dicapai pada 4 Julai 2018.
  3. ^ "Pentadbiran Bahagian dan Daerah". www.sarawak.gov.my. Dicapai pada 4 Julai 2018.
  4. ^ "Latar Belakang MDLBS". www.srdc.gov.my. Dicapai pada 4 Julai 2018.
  5. ^ "BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA PERSEKUTUAN DAN NEGERI BAGI NEGERI-NEGERI TANAH MELAYU, SABAH DAN SARAWAK" (PDF). www.spr.gov.my. 30 Mac 2018. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-07-04. Dicapai pada 4 Julai 2018.
  6. ^ "P214 Selangau". undi.info. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-04. Dicapai pada 4 Julai 2018.

Pautan luar sunting