Dalam pemakanan, diet ialah jumlah makanan yang diambil seseorang atau organisma lain.[1] Hal ini sering difahamkan kepada penggunaan dan pengambilan nutrisi tertentu untuk kesihatan atau sebab-sebab pengurusan berat badan (dengan kedua-dua yang sering dikaitkan). Walaupun manusia adalah omnivor, setiap budaya dan setiap orang memegang beberapa pilihan makanan atau beberapa tabu makanan. Ini mungkin disebabkan oleh citarasa peribadi atau sebab etika. Pilihan makanan individu mungkin lebih kurang sihat.

Pemilihan makanan bersumber tumbuhan yang digunakan oleh manusia. Diet manusia boleh berbeza-beza.

Pemakanan lengkap memerlukan pengambilan dan penyerapan vitamin, mineral, asid amino penting dari protein dan asid lemak penting dari makanan yang mengandungi lemak, juga tenaga makanan dalam bentuk karbohidrat, protein, dan lemak. Tabiat dan pilihan pemakanan memainkan peranan penting dalam kualiti kehidupan, kesihatan dan umur panjang.

Faktor pengaruh sunting

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pemakanan serta diet dikelompokkan menjadi dua:

  • Faktor dalaman mencakupi faktor-faktor berkaitan dalam badan yang tidak dapat dikendalikan secara sedar pemakan seperti gen, kawal atur suhu, dan metabolisme.
  • Faktor luaran mencakupi kegiatan fizikal, dan asupan makanan.

Faktor dalaman sunting

Faktor genetik sunting

INSIG2 sunting

Kajian dilakukan oleh Sekolah Perubatan Universiti Boston menemukan bahawa gen INSIG2 bertanggungjawab terhadap kegemukan. Gen INSIG2 bertanggungjawab dalam menghambat sintesis asid lemak dan kolesterol. Beberapa produk protein dari Varian gen INSIG2 memiliki daya penghambatan rendah sehingga orang-orang dengan varian gen ini cenderung mengumpul lebih banyak lemak dalam tubuh. Sekitar 1 dari sepuluh orang (10%) diduga membawa varian gen ini.[2]

FTO sunting

Gen lain yang bertanggungjawab terhadap kegemukan adalah gen FTO yang terletak pada kromosom 16 manusia. Kajian genetik menunjukkan bahawa orang-orang yang memiliki varian tertentu dari FTO dan memiliki pasangan alel homozigot varian tersebut di dalam genomnya (16,4% dari subyek penelitian) memiliki berat badan 3 kg lebih berat dari orang biasa dan mempunyai risiko serangan kegemukan 1.5 kali lebih besar dari orang biasa.[3][4]

Kawal atur suhu sunting

Manusia pada dasarnya adalah makhluk berdarah panas yang menghabiskan tenaga untuk mempertahankan suhu tubuhnya. Selain memerlukan tenaga untuk mempertahankan suhu tubuhnya (rata-rata 37 oC), sejumlah tenaga juga diperlukan untuk mempertahankan kegiatan organ-organ penting seperti jantung dan paru-paru. Tenaga yang diperlukan ini berasal dari makanan diambil seseorang.

Umumnya, dalam keadaan tidur, manusia memerlukan daya sebesar 1 Watt untuk setiap kilogram berat tubuh badan (manusia dengan tubuh seberat 65 kg akan mengambil daya sekitar 65 Watt atau kira-kira tenaga sama yang diperlukan untuk menghidupkan dua buah lampu bohlam). Dengan berat tubuh 65 kg, maka konsumsi tenaga yang diperlukan oleh orang itu setiap harinya adalah sekitar 5.500 kilojoule atau 1.400 kilokalori (kkal). Tenaga yang diperlukan manusia untuk sekadar hidup (dalam tahap istirehat) tanpa melakukan kegiatan apapun disebut dengan istilah Kadar Metabolisme Asas (Basic Metabolite Rate, BMR).

Mekanisme regulasi termis setiap orang berbeza-beda dan konsumsi tenaga tersebut yang menentukan seberapa banyak nutrisi yang harus dibakar oleh tubuh untuk menghasilkan tenaga tersebut. Dengan demikian, semakin tinggi BMR seseorang, maka semakin tinggi konsumsi energinya dan orang tersebut memerlukan lebih banyak makanan untuk mempertahankan kegiatan tubuhnya. Perbedaan jenis kelamin, ras, dan juga tinggi badan memengaruhi nilai BMR. Kondisi psikologis dan suhu udara juga ikut berpengaruh.

Metabolisme sunting

Metabolisme atau proses pengolahan (pembentukan dan penguraian) zat-zat diperlukan tubuh untuk menjalankan fungsinya merupakan salah satu faktor penentu dalam diet.

  • metabolisme lemak badan: berkait rapat dengan kandungan jisim otot dalam tubuh di mana metabolisme makanan meningkat selari dengan jisim lalu dapat meningkatkan pembakaran lemak

Faktor luaran sunting

Berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap populasi penduduk Amerika Syarikat, terdapat 60.5% penduduk berusia dewasa mengalami kondisi berat badan berlebih (data tahun 2005).[5] Para saintis turut yakin bahawa kebiasaan hidup dan pola makan memegang faktor yang lebih dominan dalam mempengaruhi berat badan seseorang bila dibandngkan faktor dalaamn . Dua faktor yang sangat dominan ini adalah kegiatan fizikal dan asupan nutrisi. Seseorang dapat dengan mudah mengurangi berat badannya tanpa perlu mengambil obat-obatan pembakar lemak dan semacamnya dengan meningkatkan kegiatan serta mengurangi asupan makanan ke dalam tubuhnya.

Kegiatan fizikal sunting

Untuk melakukan sebarang kegiatan fizikal secara sehari-hari, manusia memerlukan sejumlah tenaga. Jika tenaga yang diberikan oleh makanan tidak cukup memenuhi kadar yang diperlukan dalam melakukan kegiatan mengambil tenaga tersebut, maka tenaga diperoleh dari hasil pemecahan lemak di dalam tubuh. Berikut adalah contoh kegiatan fizikal beserta kalori diperlukan yang dibakar dalam tempoh satu jam (dalam kkal/jam):[6]

Kegiatan 50 kg (kkal/jam) 70 kg (kkal/jam)
Berbasikal 10 km/jam 165 240
Berbasikal 20 km/jam 270 410
Berlari 9 km/jam 440 660
Berlari 16 km/jam 850 1.280
Berenang 23 m/menit 185 275
Berjalan 3 km/jam 160 240

Keperluan kalori keseluruhan untuk setiap individu berbeza-beda dan tergantung pada jantina, usia, bahkan juga etnik. Pakar-pakar gizi umumnya menggunakan Formula Harris Benedict untuk menghasilkan perkiraan yang lebih tepat terhadap nilai BMR seseorang.[7]

Jenis pengamalan sunting

  • Diet kurang karbohidrat: adakala menggalakkan pemecahan lemak melalui ketosis menggantikan bekalan yang sudah dihabiskan badan[8]
  • Diet kurang kalori: diamati boleh mengurangkan berat badan selama 8% dalam tempoh antara 3–12 bulan[9] bergantung kepada usia dan berat badan[9]
  • Puasa juga boleh dianggap suatu amalan diet bergantung kepada kekerapan dilakukan, sama ada secara biasa mahupun berkala.
  • Diet Iklim: diet yang menitikberatkan isu pemanasan global yang berkaitan perubahan iklim dengan panduan yang dapat membantu pengurangan karbon, kos dan menyelamatkan planet.[10]

Rujukan sunting

  1. ^ kata nama, def 1 - askoxford.com
  2. ^ Nordqvist, Christian (14 April 2006). "Obesity Gene Affects One In Ten People". Medical News Today.
  3. ^ Jha, Alok (9 November 2007). "Researchers move closer to understanding obesity gene". The Guardian.
  4. ^ Frayling, Timothy M.; Timpson, Nicholas J.; Weedon, Michael N.; Zeggini, Eleftheria; Freathy, Rachel M.; Lindgren, Cecilia M.; Perry, John R. B.; Elliott, Katherine S.; Lango, Hana; Rayner, Nigel W.; Shields, Beverley (11 Mei 2007). "A Common Variant in the FTO Gene Is Associated with Body Mass Index and Predisposes to Childhood and Adult Obesity". Science (dalam bahasa Inggeris). 316 (5826): 889–894. doi:10.1126/science.1141634. ISSN 0036-8075. PMID 17434869.
  5. ^ "State-Specific Prevalence of Obesity Among Adults --- United States, 2005". MMWR Weekly. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat. 15 September 2006. Dicapai pada 10 Mei 2021.
  6. ^ "Calories Burned During Exercise". MSN Encarta. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mac 2008. Dicapai pada 24 April 2008. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  7. ^ Tom, Venuto. "How to Determine Your Body's Daily Calorie Needs". Dicapai pada 10 Mei 2021.
  8. ^ "Low-carb diet: Can it help you lose weight? - Mayo Clinic". www.mayoclinic.org. Dicapai pada 30 April 2020.
  9. ^ a b Strychar I (January 2006). "Diet in the management of weight loss". CMAJ. 174 (1): 56–63. doi:10.1503/cmaj.045037. PMC 1319349. PMID 16389240.
  10. ^ Harrington, Jonathan (2008). The Climate Diet - How You Can Cut Carbon, Cut Costs, And Save The Planet. London: Earthscan. m/s. 3. ISBN 978-1-84407-533-1.