Itik-Serati Kepala Putih atau Itik Serati Hutan (bahasa Inggeris: White-winged Wood Duck) (Asarcornis scutulata) ialah sejenis itik yang terdapat di Asia. Burung ini membiak di India dan Asia Tenggara.

Itik Serati Hutan
Seekor itik di Taman Sylvan Heights Waterfowl, Carolina Utara
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Asarcornis
Spesies:
A. scutulata
Nama binomial
Asarcornis scutulata
(Müller, 1842)
Sinonim

Cairina scutulata

Itik Serati Hutan merupakan spesies itik yang besar, sebelumnya diletakkan dalam genus Cairina dan berkait dengan "dabbling duck". Bagaimanapun, mtDNA cytochrome b dan NADH dehydrogenase Protin subunit 2 analisa jujukan DNA[1] dan pola geografibio taburannya menunjukkkan persamaan dengan "Muscovy Duck" adalah mengelirukan. Dengan itu, spesies ini mungkin lebih sesuai diletakkan dalam genus monotipik, sebagai Asarcornis scutulata, yang kelihatannya tiada kaitan dengan Muscovy Duck tetapi lebih hampir dengan itik menyelam.

Gambaran sunting

 
Di taman burung air Sylvan Heights, Carolina Utara

Ia merupakan antara spesies itik terbesar. Panjang sekitar 66–81 cm (26–32 in) dan bentang sayap adalah 116–153 cm (46–60 in).[2] Males weigh 2.95–3.9 kg (6.5–8.6 lb), sementara itik betina seberat 1.95–3.05 kg (4.3–6.7 lb).[3] Ciri-ciri paling menonjol pada burung dewasa adalah badan gelap bertentangan dengan kepala dan leher putih. Itik jantan kebanyakannya memiliki paruh kuning kelabu, tompokkan ("mottled") kehitaman pada kepala dan bahagian leher atas, kovert rendah dan pertengahan putih dan sisi dalam dan pelepah kedua biru kelabuan. Semasa penerbangan, korvet sayap putih bertentangan dengan bahagian lain sayap. Itik betina adalah lebih kecil dan biasanya memiliki bahagian kepala dan atas leher lebih bertompok ("mottled"). Itik muda adalah lebih kelabu dan keperangan.[4]

Itik pemalu ini diketahui hanya mencari makan pada waktu malam. Makanannya terdiri dari biji benih, pokok akuatik, bijiran, padi, siput, ikan kecil, dan serangga.[3] Ia mendiami kawasan bertakung atau mengalir perlahan dan tanah paya buatan, berhampiran atau bersebelahan dengan hutan malar hijau, berdaun lebat atau berpaya, di mana ia bersarang dan mengeram, biasanya pada lubang pokok. Sungguhpun tanah rendah (bawah sekitar 200 m) memberikan hatitat optima, ia biasanya mendiami sehingga 1,400 m, terutama di plateaux yang terdapat sungai perlahan sepanjang tahun dan kolam.[4]

Taburan dan status sunting

Dalam sejarah, Itik Serati Hutan tersebar luas dari timur laut India dan Bangladesh, sepanjang Asia Tenggara sehingga ke Pulau Jawa dan Sumatera. Ia kini pupus di Jawa. Di India, itik ini hanya di dapati di bahagian timur laut dengan penumpuan di timur Assam dan kawasan bersebelahan Arunachal Pradesh.Ralat petik: Tag <ref> tidak ditutup dengan </ref>

Itik Serati Hutan juga didapati di hutan malar hijau tropika tebal, berhampiran sungai dan paya.[5]

Mereka cenderung bersarang di lubang pokok, dan terancam akibat kemusnahan pokok berlubang memusnahkan tempat mereka bersarang. Pengeringan paya dan sungai dan bentuk laih kemusnahan habitat turut mengurangkan luas habitat yang mereka mampu tinggal. Ancaman lain termasuk kehilangan variati genetik, gangguan, pemburuan, dan pengutipan anak dan telor sebagai makanan dan haiwan peliharaan.[6]

Akibat kemusnahan habitat yang berterusan, saiz populasi yang kecil dan disebabakan itik ini diburu untuk telor, sebagai makanan, dan haiwan peliharaan, Itik Serati Hutan dinilai sebagai terancam ("Endangered") dalam Daftar Merah IUCN bagi Spesies Terancam.[7] It is listed on Appendix I of CITES.

Rujukan sunting

  • "Cairina scutulata". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2004. 2004. Unknown parameter |downloaded= ignored (bantuan); Unknown parameter |assessors= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help). Pangkalan data termasuk justifikasi tentang mengapa spesies ini tidak menimbulkan banyak kebimbangan.
  • Wildfowl oleh Madge and Burn, ISBN 0-7470-2201-1
  • Birds of Goa (video)

Pautan luar sunting


Senarai burung  
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z
  1. ^ Johnson, Kevin P.; Sorenson, Michael D. (1999). "Phylogeny and biogeography of dabbling ducks (genus Anas): a comparison of molecular and morphological evidence" (PDF). Auk. 116 (3): 792–805. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-02-05. Dicapai pada 2011-12-26.
  2. ^ Ogilvie & Young, Wildfowl of the World. New Holland Publishers (2004), ISBN 978-1843303282
  3. ^ a b [1] Diarkibkan 2014-06-08 di Wayback Machine (2011).
  4. ^ a b [2] (2011).
  5. ^ WWF India: White Winged Wood Duck
  6. ^ Google Books
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan iucn tidak disediakan