Lapangan Terbang Keningau
Lapangan Terbang Keningau (IATA: KGU, ICAO: WBKG) adalah sebuah lapangan terbang yang terletak di bandar Keningau, Malaysia. Ia mengambil masa 2.5 kilometer ke bandar Keningau.
Keningau Airport Lapangan Terbang Keningau 根地咬飞机场 கெனிங்காவ் விமான நிலையம் | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Rumusan | |||||||||||
Jenis lapangan terbang | Awam | ||||||||||
Pengendali | Malaysia Airports Holdings Berhad | ||||||||||
Destinasi | Keningau, Sabah, Malaysia | ||||||||||
Lokasi | Keningau, Sabah, Malaysia | ||||||||||
Ketinggian AMSL | 413.92 m / 1,358.01 kaki | ||||||||||
Koordinat | 05°21′43″N 116°09′55″E / 5.36194°N 116.16528°E | ||||||||||
Peta | |||||||||||
Landasan | |||||||||||
|
Lapangan Terbang Keningau terletak pada kedudukan Latitud N05* 21.4322', Longitud E116* 09.5522' pada ketinggian 413.92 meter dari aras laut..
Sejarah sunting
Dahulu, Lapangan Terbang Keningau ini hanya digunakan untuk menampung pesawat kecil iaitu Fokker 50. Pada masa itu,landasannya adalah rumput biasa. Penerbangan terakhir bagi Malaysia Airlines ke Lapangan Terbang Keningau adalah pada tahun 1970-an.
Masa depan sunting
Parti Bersatu Sabah (PBS) Bingkor menggesa Kerajaan Negeri menjelaskan rancangannya mahu mengeksai 46,000 hektar tanah rizab lapangan terbang Keningau.[1]
Walaubagaimanapun, hampir sedozen NGO dan persatuan Cina di sini menentang cadangan pembatalan sebahagian tanah rizab lapangan terbang seluas 46,800 hektar di jalan Keningau-Apin-Apin.
Naib Presiden APS Paul Kadau mendakwa penduduk Kg Tuarid Liawan merayu agar penduduk kampung dipindahkan ke tanah rizab Lapangan Terbang Keningau tetapi ditolak ketika itu. Beliau berkata lapangan terbang itu kini digunakan oleh Kelab Sukan Penerbangan Microlight. “Difahamkan Lapangan Terbang Keningau adalah milik persendirian dan persoalannya siapakah orang itu? Dia tanya “Adakah perkara itu telah dibawa dan dibincangkan di Dewan Undangan Negeri Sabah?” [2]