Nnoitra Jiruga (Jepun: ノイトラ・ジルガ, Hepburn: Noitora Jiruga, juga diterjemah sebagai Nnoitora dalam beberapa media) merupakan watak fiksyen dalam siri anime dan manga Bleach ciptaan Tite Kubo. Dia tergolong dalam golongan arrancar dikalangan tentera Aizen Sōsuke dan merupakan Espada ke-5.

Watak Bleach
Nnoitra Jiruga
Peranan Espada ke-5 dalam tentera Aizen Sōsuke
Zanpakutō Santa Teresa
Seiyū Nobutoshi Canna

Watak dan perwatakan sunting

Nnoitra merupakan Espada kelima, dibuktikan dengan tatu "5" di lidahnya, menjadikan Nnoitra arrancar kelima terkuat di bawah arahan Aizen. Dia merupakan seorang lelaki yang tinggi lampai; ketinggiannya melebihi Sado Yasutora dengan sekurang-kurangnya setengah kaki (walaupun sedang membongkok).[1] Dia mempunyai rambut panjang berwarna hitam dan seringkali mengukir senyuman yang lebar di wajahnya. Dia memakai satu penutup mata, tiga pasang gelang di kedua-dua belah pergelangan tangan, dan pakaian arrancar Nnoitra terdiri daripada sejenis hud berupa sudu, meskipun sebelumnya, dia hanya mempunyai kolar yang biasa. Peninggalan topeng dan lubang Hollow tidak kelihatan di tubuhnya.

Nnoitra bersikap kurang ajar dan bermulut celupar, ditonjolkannya dengan matanya yang berupa ular dan gelarannya terhadap Inoue Orihime, iaitu "pet-sama".[2] Dalam imbasan kembali yang menunjukkannya sebagai Espada ke-8, dia merupakan seorang yang mempercayai cauvinisme kerana dia sentiasa cuba meletakkan golongan wanita yang dianggap lebih "berkuasa" daripada lelaki, di kedudukan yang lebih rendah daripada yang lain, misalnya seperti Nel Tu. Meskipun pada awalnya Nnoitra kelihatan ganas yang kurang peduli akan lawannya, dia tidak mempunyai hasrat untuk membunuh mereka yang dianggapnya lemah, kerana berbuat demikian tidak dapat membuktikan kekuatannya sebagai Espada yang terhandal.[3] Namun begitu, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk bertarung dengan musuh kuat yang tercedera ataupun kepenatan.

Sejarah sunting

Beberapa tahun sebelum permulaan siri Bleach, Nnoitra asalnya merupakan Espada ke-8.[4] Geram dan kecewa terhadap Nel, seorang wanita sebagai Espada ke-3, yang dianggap lebih kuat daripadanya, Nnoitra terus menyerang Nel dan dikalahkan dalam setiap percubaan. Untuk menambah perasaan malunya, Nel tidak pernah membunuhnya, sebaliknya mengatakan bahawa dia bersikap serupa binatang, yang bertarung hanya untuk membuktikan kekuatannya, dan bukan di atas sebab-sebab munasabah seperti seorang individu yang rasional. Nnoitra berpaling ke Szayel Aporro Granz untuk bantuan menyerang hendap Nel, meskipun berasa agak ragu-ragu meminta bantuannya. Serangan mereka berjaya, lalu Nnoitra menghantar Nel ke padang pasir supaya dia mempunyai masa menjadi lebih kuat. Namun, dia terkejut melihat Nel apabila dia berubah menjadi seorang kanak-kanak, dan berasa kesal kerana tidak dapat membuktikan idea chauvinismenya lagi.

Sinopsis sunting

Nnoitra pertama kalinya diperkenalkan dalam sebuah perjumpaan Espada. Selepas satu perbualan ringkas bersama Espada ke-4 iaitu Ulquiorra Schiffer berkaitan dengan Orihime, Nnoitra segera memburu para penceroboh dalam markas mereka. Chad yang ditemui Nnoitra sewaktu pertarungannya bersama-sama Gantenbainne Mosqueda, telah ditewaskan dengan mudah.[5] Di atas pertarungannya yang singkat dan tidak memuaskan, Nnoitra mula mencari penceroboh yang seterusnya.

Nnoitra kemudian memburu Kurosaki Ichigo, dan menemui Ichigo sejurus selepas pertarungannya dengan Grimmjow lalu berlawan di tempatnya. Disebabkan keadaan Ichigo yang lemah dan kedudukan Nnoitra sebagai Espada yang lebih hebat, Ichigo dibelasah teruk olehnya, namun kebangkitan Nel Tu telah menghalang Nnoitra daripada membunuh Ichigo. Nel kemudiannya mula menentang Nnoitra, menyerap salah satu daripada letupan ceronya lalu membalas serangan itu kembali. Dalam proses itu Nel telah mencederakan lengan kanannya meskipun Nnoitra sempat mengelak daripada kesan maksimum serangan tersebut. Dia dengan penuh megah mengatakan bahawa Nel tidak mungkin mengalahkannya begitu sahaja, meskipun Nel pernah menjadi Espada ke-3, kerana lima tahun telah berlalu sejak pertarungan mereka yang terakhir, dan Espada terkini jauh lebih hebat daripada dahulu. Mereka kembali berbalas serangan, tetapi Nel teragak-agak, sepertimana yang dirasainya dalam pertarungan-pertarungan lepas. Akhirnya, Nel melepaskan zanpakutōnya.[6] Meskipun Nel dengan mudahnya menakluki pertarungan mereka, secara tiba-tibanya dia kembali ke bentuk kanak-kanaknya, memberi Nnoitra kelebihan sekali lagi. Ichigo cuba untuk membantu, namun Nnoitra memintasnya dan mengarahkan Tesla membelasahnya. Nnoitra kemudian memegang kuat Orihime dan memaksanya melihat Ichigo yang sedang dibelasah oleh Tesla. Namun begitu, Nnoitra dan Tesla diganggu apabila Zaraki Kenpachi tiba untuk membantu Ichigo. Selepas Tesla ditumpaskan oleh Kenpachi, Nnoitra dan Kapten itu dengan segera mula bertarung. Mereka berdua meneruskan pertarungan, menahan serangan masing-masing dan berasa gairah dalam menumpahkan darah mereka dan memanjangkan perlawanan tersebut. Kenpachi, menerusi penggunaan pertarungan gaya kendo, telah berjaya memaksa Nnoitra untuk menerima kekalahan dengan membunuhnya.

Kuasa dan kebolehan sunting

 
Zanpakutō Nnoitra.

Nnoitra ialah Quinto Espada, iaitu arrancar kelima terkuat di bawah pimpinan Aizen. Meskipun kelihatan kurus dan lembik, Nnoitra sebenarnya agak kuat, sehingga mampu menahan serangan penuh daripada lengan Chad tanpa sebarang tanda-tanda kecederaan, selain mampu menembusi lengan perisai Chad dalam satu hayunan pedangnya.[7] Dia juga menembak tembakan cero daripada hujung lidahnya dan bukan menggunakan tangan atau mulutnya seperti arrancar yang lain. Semasa bertarung dengannya, Ichigo berkata bahawa Nnoitra mempunyai kekuatan fizikal yang bertentangan dengan rupanya yang lemah dan tidak serasi dengan kebolehannya. Disebabkan kedudukannya iaitu sebagai Espada ke-5, Nnoitra bukanlah yang terhandal, meskipun perbualannya dengan arrancar Tesla menunjukkan bahawa dia menganggap bahawa dirinya yang paling handal dan sentiasa ingin membuktikannya.

Santa Teresa sunting

Zanpakutō Nnoitra digelar Santa Teresa (聖哭螳螂, istilah biasa bahasa Sepanyol untuk "Mantis religiosa," bahasa Jepun untuk "belalang kacung suci menangis") dan berbentuk seperti sebilah sabit atau sejenis senjata berbentuk kapak dengan sepasang bilah berbentuk bulan sabit yang bercantum antara satu sama lain di bahagian belakang. Dengan menggunakan rantai yang bersambung di bahagian hulunya Nnoitra mampu melakukan serangan jarak jauh.[8] Dalam imbasan kembali kepada pertarungannya dengan Nel, zanpakutō Nnoitra hanya mempunyai sebelah sahaja bilah sabitnya, manakala dalam pertarungannya kini dia mempunyai sepasang bilah sabit yang sama.[9] Apabila dilepaskan, Nnoitra menumbuhkan dua lagi tangan yang disusun secara mendatar pada bahunya. Bilah zanpakutō Nnoitra juga berubah bentuk, menjadi lebih seperti kaki-kaki sabit seekor mentadak, dan berpisah kepada empat buah bilah yang serupa untuk setiap satu tangannya. Topeng hollow Nnoitra juga berubah, kelihatan koyak sedikit dan mempunyai gigi-gigi tajam. Dia juga menumbuhkan sepasang tanduk yang berbeza panjangnya, di mana satu daripadanya lebih panjang dan melengkung seperti bulan sabit. Lepasan Nnoitra diaktifkan dengan arahan "berdoa" (Jepun: 祈れ, Hepburn: inore).

Rujukan sunting

  1. ^ Manga Bleach; bab 261, halaman 19.
  2. ^ Manga Bleach; bab 249, halaman 6.
  3. ^ Manga Bleach; bab 263, halaman 5.
  4. ^ Manga Bleach; bab 294, halaman 7.
  5. ^ Manga Bleach; bab 263, halaman 8.
  6. ^ Manga Bleach; bab 293, halaman 17
  7. ^ Manga Bleach; bab 262, halaman 1-2.
  8. ^ Manga Bleach; bab 261, halaman 16.
  9. ^ Manga Bleach; bab 294, halaman 5.