Pemerintahan beraja Kanada

Pemerintahan beraja Kanada atau monarki Kanada (Bahasa Inggeris: Monarchy of Canada; Bahasa Perancis: Monarchie canadienne) ialah teras bagi kedua-dua struktur persekutuan Kanada serta demokrasi parlimen dan perlembagaan yang berdasarkan sistem Westminster.[2][3][4][5] Ia adalah asas kepada cabang-cabang eksekutif (Raja-dalam-Majlis), perundangan (Raja-dalam-Parlimen) dan kehakiman di dalam bidang kuasa persekutuan dan provinsi.[6][7][8] Raja terkini Kanada ialah Baginda Raja Charles III, yang telah memerintah sejak 8 September 2022. Anakanda sulung baginda Putera William merupakan pewaris seterusnya.

Raja Kanada
King of Canada (bahasa Inggeris)
Roi du Canada (Perancis)
Persekutuan
Penjawat kini
Charles III
sejak 8 September 2022
Butiran
GelaranKebawah Duli Yang Maha Mulia
Pewaris takhtaWilliam, Duke Cambridge[1]
Raja pertamaVictoria
Pembentukan1 Julai 1867
PersemayamanRideau Hall, Ottawa
La Citadelle, Bandaraya Quebec
Laman sesawangcanadiancrown.gc.ca

Walaupun baginda Raja dikongsi secara bersama dengan 15 negara merdeka yang lain di dalam kalangan negara Komanwel, setiap pemerintahan beraja di negara tersebut adalah berasingan dan secara undang-undangnya berbeza.[9][10][11][12][13] Hasilnya, baginda secara rasminya digelar sebagai Raja Kanada (atau Ratu Kanada) dan dalam kapasiti ini, baginda, suaminya dan ahli kerabat diraja Kanada yang lain menjalankan fungsi-fungsi awam dan persendirian di dalam dan luar negara sebagai wakil Kanada. Walau bagaimanapun, Raja adalah satu-satunya ahli kerabat yang mempunyai peranan dalam perlembagaan. Walaupun sesetengah bidang kuasa hanya boleh dijalankan oleh baginda (seperti melantik gabenor jeneral), kebanyakan tugas-tugas upacara dan istiadat (seperti memanggil Dewan Rakyat dan melantik duta) dijalankan oleh wakil baginda, Gabenor Jeneral Kanada.[14][15][16] Wakil Raja bagi setiap provinsi diwakili oleh leftenan gabenor. Disebabkan wilayah berada di bawah bidang kuasa persekutuan, setiap daripadanya mempunyai pesuruhjaya, yang mewakili Mahkota-dalam-Majlis secara terus.[17]

Petikan sunting

  1. ^ Jabatan Warisan Kanada. "Crown in Canada > Royal Family > His Royal Highness The Prince of Wales". Queen's Printer for Canada. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-20. Dicapai pada 1 Ogos 2013.
  2. ^ David E. Smith (Jun 2010). "The Crown and the Constitution: Sustaining Democracy?". Conference on the Crown. Ottawa: Queen's University. m/s. 6. http://www.queensu.ca/iigr/sites/webpublish.queensu.ca.iigrwww/files/files/conf/Arch/2010/ConferenceOnTheCrown/CrownConferencePapers/The_Crown_and_the_Constitutio1.pdf. Diperolehi 3 Mac 2016.
  3. ^ Smith, David E. (1995). The Invisible Crown. Toronto: University of Toronto Press. m/s. 87–90. ISBN 0-8020-7793-5.
  4. ^ Kerajaan Kanada (2015). "Crown of Maples" (PDF). Queen's Printer for Canada. m/s. 16–18. Dicapai pada 3 Mac 2016.
  5. ^ Jabatan Warisan Kanada (Februari 2009). "Canadian Heritage Portfolio" (PDF) (ed. 2). Ottawa: Queen's Printer for Canada. m/s. 3. ISBN 978-1-100-11529-0. Dicapai pada 5 Julai 2009.
  6. ^ Victoria (1867). "Constitution Act, 1867". III.15. Westminster: Queen's Printer (diterbitkan 29 Mac 1867). Dicapai pada 15 Januari 2009.
  7. ^ MacLeod 2012, halaman 17
  8. ^ Jabatan Warisan Kanada 2009, halaman 4
  9. ^ Romaniuk, Scott Nicholas; Wasylciw, Joshua K. (Februari 2015). "Canada's Evolving Crown: From a British Crown to a "Crown of Maples"". American, British and Canadian Studies Journal. 23 (1). doi:10.1515/abcsj-2014-0030.
  10. ^ Claude Bouchard (16 Februari 2016). "Jugement No. 200-17-018455-139" (PDF) (dalam bahasa Perancis). Cour supérieure du Québec. m/s. 16. Dicapai pada 17 Februari 2016 – melalui Le Devoir.
  11. ^ Jabatan Warisan Kanada (2015). "Crown of Maples: Constitutional Monarchy in Canada" (PDF). Her Majesty the Queen in Right of Canada. m/s. 3. Dicapai pada 16 Februari 2016.
  12. ^ "Queen and Canada". The Royal Household. Dicapai pada 16 Februari 2016.
  13. ^ "The Queen of Canada". Kerajaan Kanada. Dicapai pada 16 Februari 2016.
  14. ^ Hicks, Bruce (2012). "The Westminster Approach to Prorogation, Dissolution and Fixed Date Elections" (PDF). Canadian Parliamentary Review. 35 (2): 20.
  15. ^ McLeod 2008, halaman 36
  16. ^ Kerajaan Kanada (4 Disember 2015). "Why does the Governor General give the Speech?". Queen's Printer for Canada. Dicapai pada 17 Disember 2015.
  17. ^ Hal Ehwal Orang Asli dan Pembangunan Utara Kanada. "Commissionners of the Territories". Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Oktober 2011. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Rujukan sunting

  • Benoit, Paul (2002), "The Crown and the Constitution" (PDF), Canadian Parliamentary Review, Ottawa: Commonwealth Parliamentary Association, 25 (2), dicapai pada 21 Mei 2009
  • MacKinnon, Frank (1976), The Crown in Canada, Calgary: Institut Glenbow-Alberta, m/s. 69, ISBN 978-0-7712-1016-7
  • MacLeod, Kevin S. (2015), A Crown of Maples (PDF) (ed. 3), Ottawa: Queen's Printer for Canada, dicapai pada 20 Februari 2015
  • Noonan, Peter C. (1998), The Crown and Constitutional Law in Canada, Calgary: Sripnoon Publications, ISBN 978-0-9683534-0-0
  • Smith, David E. (1995), The Invisible Crown, Toronto: University of Toronto Press, ISBN 0-8020-7793-5

Pautan luar sunting