Soul Society (Jepun: 尸魂界, ejaan perkataan bahasa Jepun yang secara literal bermaksud "alam kematian roh")[1] merupakan sebuah dunia berupa alam baqa (juga dikenali sebagai "dunia roh" dalam konteks Bleach) dalam anime dan manga Bleach yang merupakan dunia atau kehidupan selepas kematian. Seringkali, dunia ini merujuk kepada konteks yang hampir sama seperti syurga dalam sistem kepercayaan.

Penerangan sunting

Seperti yang diterangkan Kuchiki Rukia di mana menurutnya Soul Society adalah sembilan daripada sepuluh kali lebih baik daripada dunia hidup dan kebuluran tidak mendatangkan sebarang masalah,[2]Soul Society tidak pernah sekalipun dipamerkan sebagai kawasan yang suci ataupun luhur (Rukia meninggal semasa bayi lagi, justeru pandangannya terhadap dunia sebenar terpesong). Dalam kebenarannya, hanya terdapat dua perbezaan ketara di antara dunia sebenar dan Soul Society, iaitu proses penuaan yang sangat lama dan ketidakwujudan perasaan kelaparan. Selain daripada yang disebutkan, kehidupan di sini hampir sama dengan kehidupan di dunia hidup. Soul Society terdiri daripada dua bahagian: Rukongai iaitu sebuah perkampungan atau sekumpulan bandar-bandar besar di mana kebanyakan manusia hidup; dan Seireitei (secara literal bermaksud Tapak Roh-roh Suci), sebuah istana sebalik dinding gergasi di mana ahli-ahli bangsawan dan shinigami tinggal.

Meskipun Soul Society dianggap dunia selepas kematian, kehidupan manusia bukannya abadi, di mana mereka masih "bernyawa" tetapi proses penuaan adalah lambat sehingga manusia mampu mencecah usia lebih 2000 tahun. Mereka yang mencecah umur sedemikian selalunya tergolong daripada para shinigami atau mereka yang berupaya untuk memanipulasi tenaga-tenaga semangat. Kanak-kanak dilahirkan sepertimana mereka dilahirkan dalam dunia hidup, dan manusia boleh dibunuh sepertimana nyawa mereka diambil dalam dunia hidup, meskipun mereka boleh terselamat daripada kecederaan-kecederaan yang boleh membawa maut. Roh yang "mati" di Soul Society akan dikembalikan sebagai seorang manusia biasa di atas muka Bumi tanpa memori masa lampau.[3]

Melintasi Soul Society sunting

Para shinigami masuk dan keluar daripada Soul Society menerusi kaedah membuka sesuatu yang digelar senkaimon (穿界門, secara literal bermaksud pintu rentasan dunia) menggunakan Rama-rama Neraka (地獄蝶 jigokuchō). Golongan Plus, sebaliknya, melintas masuk Soul Society melalui ritual bergelar Pengebumian Roh (魂葬 konsō).

Penceroboh boleh merentas senkaimon dalam cara yang sama, tetapi hanya dalam bentuk roh. Ini membenarkan makhluk-makhluk dalam bentuk roh, misalnya seperti Ichigo dalam bentuk shinigaminya, untuk memasuki Soul Society tanpa kebenaran. Manusia biasa juga boleh menggunakan pintu tersebut melalui penggunaan reishihenkanki (霊子変換機, secara literal bermaksud penukar semangat), yang menukar jirim pepejal kepada zarah-zarah semangat. Mahupun kaedah ini menggunakan pintu masuk yang sama, ketiadaan Rama-rama Neraka memaksa mereka yang menceroboh melalui sesuatu yang digelar dangai (断界, secara literal bermaksud dunia larangan), sebuah sempadan dimensi di antara dunia sebenar dan Soul Society (jangan dikelirukan dengan Hueco Mundo). Ini adalah lebih berbahaya untuk dilakukan kerana jika mereka yang berada di dalam dimensi ini tidak sempat keluar daripadanya dan pintu ke Soul Soceity tertutup terlebih dahulu, mereka akan terperangkap buat selama-lamanya.

Akhir sekali, golongan Hollow mampu mengoyak sebuah lubang ke Soul Society daripada Hueco Mundo, manakala buat golongan arrancar pula, mereka menggunakan garganta.

Kerajaan sunting

Soul Society diperintah oleh sebuah keluarga diraja, di bawah lindungan pengawal diraja. Ini diikuti oleh Bilik Utama 46 yang berkhidmat sebagai badan kehakiman dan undang-undang tertinggi kedua hanya selepas keluarga diraja tersebut. Para shinigami menguatkuasakan undang-undang di Soul Society seperti sebuah cawangan eksekutif dan ketenteraan. Semua yang disebut di atas, kecuali keluarga dan pengawal diraja, menetap di Seireitei.

Raja dan keluarga diraja tinggal di sebuah dimensi yang paling dalam di Soul Society, yang hanya boleh dibuka dengah sebuah kunci bercabang tiga berwarna emas yang dinamakan Kunci Diraja (Jepun: 王鍵, Hepburn: ōken).[4] Lokasi kunci tersebut diturunkan kepada jeneral Gotei 13 dan kepada general seterusnya, di mana pemegang pada waktu ini merupakan Jeneral Yamamoto. Peranan raja itu sendiri tidak pernah diketahui, disebabkan para shinigami yang seringkali menerima perintah daripada Bilik Utama 46, dan baginda tidak pernah disebut dalam setiap pertimbangan yang dilakukan. Menurut Matsumoto Rangiku, tiada seorang shinigami dalam Gotei 13 pun yang pernah melihat raja itu.

Rukongai sunting

Rukongai (流魂街 secara literal bermaksud bandaraya roh berkelana) ialah bahagian Soul Society yang terbesar dan yang paling ramai penghuni. Rukongai terbahagi kepada 320 daerah (80 di Rukongai Utara, 80 di Rukongai Barat, dll.), setiap daripada mereka diberi nombor mengikut turutan menurun daripada jarak mereka dengan bahagian tengah; ini menyebabkan daerah-daerah bernombor tinggi (dan lebih jauh) berubah menjadi kawasan-kawasan miskin. Maka, meskipun Daerah 1 berkeadaan aman dan terikat dengan undang-undang, Daerah 80 dipenuhi keganasan dan jenayah-jenayah. Shinigami tidak pernah memberi indikasi bahawa mereka meronda kawasan-kawasan tersebut, justeru penduduk kawasan-kawasan sebegitu harus bertanggungjawab ke atas tugas-tugas seharian yang mereka lakukan.


Setakat ini, hanya terdapat lima nama daerah-daerah Rukongai yang diketahui:

  • 1 - Junrinan (潤林安), sebahagian daripada Rukongai Barat.
  • 3 - Hokutan (北端), sebahagian daripada Rukongai Barat.
  • 78 - Inuzuri (secara literal bermaksud anjing meraung), Lorong Selatan kepada Semangat Mengalir.
    • Kuchiki Hisana pernah dihantar ke sini bersama-sama Rukia apabila mereka mati. Kedua-dua Kuchiki Rukia dan Abarai Renji membesar di sini.
  • 79 - Kusajishi (草鹿), Lorong Utara kepada Semangat Meronta.
  • 80 - Zaraki (更木), Lorong Utara kepada Semangat Meronta.
    • Kapten Zaraki Kenpachi berasal daripada kawasan ini.

Seireitei sunting

 
Pandangan udara kawasan Seireitei

Seireitei (瀞霊廷, secara literal bermaksud halaman roh-roh suci) ialah kawasan utama di Soul Society, sebuah shiro dengan empat buah pintu masuk utama, setiap daripada mereka dijaga oleh seorang Penjaga Pintu. dindingnya dicipta daripada "batu maut", sejenis bahan yang akan mengumpul segala tenaga telepati dan tenaga semangat apabila dihalakan ke arah tertentu, serupa dengan batu magnetik. Bata maut juga membentuk sebuah perisai berbentuk bulat di sekitar kawasan pekan, justeru menghalang sesiapa sahaja daripada memasuki kawasannya menerusi udara, kecuali empat pintu utamanya.

Majoriti penghuni Seireitei, iaitu shinigami dan bangsawan, tidak berinteraksi dengan penduduk di Rukongai. Walau bagaimanapun, penduduk di Rukongai, seperti Renji dan Rukia, diberi peluang untuk memohon memasuki akademi shinigami, yang selalunya merupakan satu-satunya peluang melepaskan diri daripada kemiskinan yang melanda Rukongai. Sesetengah daripada penduduk di Seireitei, seperti bekas komander pasukan khas, Shihouin Yoruichi, dan kumpulan Shiba, masih menetap di luar kawasan istana.

Di bahagian tengah Seireitei terdapat Makam Sesalan (senzaikyū), sebuah menara putih, dan Bukit Sōkyoku (双殛), di mana hukuman-hukuman dijalankan.

Rujukan sunting

  1. ^ Soul Society, meskipun ditulis dalam kanji, tidak disebut dalam bahasa Jepun, dan disebut dengan penuh "Soul Society"
  2. ^ manga Bleach jilid 2, bab 12, halaman 15
  3. ^ Buku Rasmi Watak Bleach SOULs; muka surat diperlukan.
  4. ^ manga Bleach; bab 223, halaman 6-7.
  5. ^ Bleach bab 268, halaman 4.