Syburi (Thai: ไทรบุรี)) adalah nama bagi negeri Melayu Kedah yang diberikan oleh raja Siam ketika penjajahan Jepun ke atas Semenanjung Tanah Melayu semasa Perang Dunia II. Pada bulan Julai 1943, Perdana Menteri Jepun Hideki Tojo mengumumkan bahawa Kedah (bersama-sama dengan Perlis, Kelantan dan Terengganu) akan diserahkan kepada Siam sebagai sebahagian daripada satu Perjanjian Persahabatan yang telah ditandatangani oleh Siam dan Jepun pada permulaan serangan Jepun ke atas Tanah Melayu. Sebelumnya, pada tahun 1941, Siam telah bersetuju untuk membenarkan pasukan tentera Jepun untuk menggunakan wilayah Siam untuk mara ke dalam Tanah Melayu. Bermula pada 18 Oktober, 1943 sehingga penyerahan Jepun pada akhir perang, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis terletak di bawah pentadbiran Siam. Selepas Jepun menyerah kalah, Kedah dan tiga negeri lain telah dipulangkan kembali pada Britain.

Orang dilahirkan di Syburi dianggap rakyat Baginda Raja Thailand; oleh itu, orang yang telah lahir di sana dan sekarang tinggal di Kedah adalah dibenarkan untuk membeli tanah dan hidup di Thailand walaupun dari segi teknikal, mereka kini adalah rakyat Malaysia.