Kokain

Stimulan kuat yang digunakan sebagai dadah rekreasi
(Dilencongkan dari Kokaina)

Kokain ialah alkaloid tropana berhablur yang diperoleh dari daun-daun koka. Ia adalah perangsang sistem saraf pusat dan pembantut selera yang menghasilkan apa yang diperihalkan sebagai perasaan sangat gembira dan pertambahan tenaga. Walaupun paling biasa digunakan secara rekreasi untuk kesan ini, kokaina ialah anestesia topikal yang digunakan untuk pembedahan mata, tekak, dan hidung. Kokaina boleh mengakibatkan ketagihan psikologi, dan pemilikan, penanaman, serta pengedarannya untuk kegunaan bukan perubatan atau kegunaan yang tidak dibenarkan oleh kerajaan adalah haram di hampir-hampir semua negara di dunia. Namanya berasal daripada nama tumbuhan koka. Nama kimianya ialah [1R-(ekso,ekso)]-3-(benzoiloksi)-8-metil-8-azabisiklo[3.2.1]oktana-2-asid karboksilik metil ester atau Benzoiletilekgonin dan formula kimianya ialah C17H21NO4.

Kokain
Data klinikal
Kategori
kehamilan
  • C
Liabiliti
penggantungan
Sederhana
Kaedah
pemberian
Topikal, Oral, Insuflasi, IV, PO
Kod ATC
Status perundangan
Status perundangan
  • KA: Jadual I
  • UK: Kelas A
  • AS: Jadual II
Data farmakokinetik
BioketersediaanOral: 30%
Hidung: 30-60% [1]
MetabolismeHepar CYP3A4
Penyingkiran separuh hayat1 jam
PerkumuhanRenal (benzoilekgonina dan ekgonina metil ester)
Pengecam
  • metil (1R,2R,3S,5S)-3-(benzoiloksi)-8-metil-8-azabisiklo[3.2.1]oktana-2-karboksilat
Nombor CAS
PubChem CID
DrugBank
CompTox Dashboard (EPA)
ECHA InfoCard100.000.030 Sunting ini di Wikidata
Data kimia dan fizikal
FormulaC17H21NO4
Jisim molar303.353 g/mol
Takat lebur195 °C (383 °F)
Keterlarutan dalam air1800 mg/mL (20 °C)
Serbuk kokain

Sifat-sifat perangsangan daun koka dikenali oleh orang-orang kuno dari Peru dan masyarakat-masyarakat Amerika Selatan Pra-Columbus. Di negara-negara Barat moden, kokaina telah menjadi ciri budaya saingan selama melebihi satu abad; adanya satu senarai panjang cendekiawan, artis, dan ahli muzik yang menggunakan dadah ini; nama-nama mereka termasuk Sir Arthur Conan Doyle, Sigmund Freud, dan Presiden Amerika Syarikat Ulysses S. Grant. Selama beberapa dekad selepas pengeluaran permulaan Coca-Cola, kesan-kesan kokaina boleh didapati dalam minuman itu. [1] Walaupun diharamkan di hampir-hampir semua negara pada hari ini, kokaina masih popular dalam berbagai-bagai latar sosial dan peribadi.

Sejarah sunting

Daun koka sunting

Orang-orang asli Amerika Selatan telah lama mengunyah daun koka (Erythroxylum coca), sejenis tumbuhan yang mengandungi zat makanan yang penting serta berbagai-bagai jenis alkaloid, termasuk kokaina. Daun itu dikunyah dengan hampir sejagat oleh sebilangan komuniti orang asli — mumia-mumia Peru kuno telah didapati mempunyai sisa-sisa daun koka di dalam mulut, dan tembikar dari zaman itu menggambarkan manusia dengan pipi yang bonjol dengan sesuatu yang sedang dikunyah oleh mereka. [2] Bagaimanapun, haruslah diperhatikan bahawa tidak terdapat sebarang bukti bahawa kegunaan laziman mereka itu pernah mengakibatkan sebarang kesan negatif yang umumnya dikaitkan dengan kegunaan laziman kokain pada hari ini. [3][4] Terdapat bukti bahawa budaya-budaya ini menggunakan campuran daun koka dengan air liur sebagai anestesia untuk menjalankan trepanasi. [5]

Ketika orang-orang Sepanyol menjajah Amerika Selatan, mereka pada mula-mulanya tidak mengendahkan dakwaan orang asli bahawa daun itu memberikan mereka kekuatan dan tenaga, dan mengisytiharkan pengunyahan daun koka sebagai suatu amalan syaitan. Akan tetapi selepas mereka menemui dakwaan itu adalah benar, mereka membenarkan penggunaannya di sisi undang-undang dan mengenakan cukai untuk daun itu dengan mengambil 10% daripada nilai setiap hasil tanaman. Cukai-cukai itu merupakan sumber sokongan utama Gereja Roman Katolik di kawasan itu buat suatu masa. Pada tahun 1569, Nicholas Monardes memerihalkan amalan orang asli mengunyah campuran tembakau dengan daun koka untuk menghasilkan "rasa amat berpuas hati":

[...apabila mereka ingin] membuat diri mabuk dan [...] tidak dapat membuat pertimbangan, [mereka mengunyah satu campuran tembakau dan daun koka yang...] menyebabkan mereka betul-betul hilang akal [...]

[6]

Pada tahun 1609, Padre Blas Valera menulis:

Koka melindungi badan daripada banyak penyakit, dan doktor-doktor kami menggunakannya dalam bentuk serbuk untuk mengurangkan bengkak, mengukuhkan tulang patah, mengeluarkan sejuk dari badan atau mencegah pemasukannya, dan untuk merawat luka yang reput atau kudis yang penuh dengan berenga. Dan jika ia amat berkesan terhadap penyakit luar, bukankah kebaikannya yang luar biasa itu mempunyai kesan yang jauh lebih baik kepada isi perut mereka yang makannya?

Rujukan sunting

  1. ^ Pagliaro, Louis (2004). Pagliaros’ Comprehensive Guide to Drugs and Substances of Abuse. Washington, D.C.: Persatuan Ahli Farmasi Amerika. ISBN 1-58212-066-8. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Unknown parameter |curly= ignored (bantuan)
  2. ^ Altman AJ, Albert DM, Fournier GA (1985). "Cocaine's use in ophthalmology: our 100-year heritage". Surv Ophthalmol. 29: 300–307. Unknown parameter |curly= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  3. ^ A. Barnett, R. Hawks, and R. Resnick (1981). "Cocaine Pharmacokinetics in Humans". The Journal of Ethnopharmacology. 3: 353–366. Unknown parameter |curly= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  4. ^ A. Weil (1981). "The Therapeutic Value of Coca in Contemporary Medicine". The Journal of Ethnopharmacology. 3: 367–376. Unknown parameter |curly= ignored (bantuan)
  5. ^ Gay GR, Inaba DS, Sheppard CW and Newmyer JA (1975). "Cocaine: History, epidemiology, human pharmacology and treatment. A perspective on a new debut for an old girl". Clinical Toxicology. 8: 149–178. Unknown parameter |curly= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  6. ^ Monardes, Nicholas (1925). Joyfull Newes out of the Newe Founde Worlde. New York, NY: Alfred Knopf. Unknown parameter |curly= ignored (bantuan); Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)