Kota Dumai

kota di provinsi Riau, Indonesia

Kota Dumai ialah sebuah kota di Provinsi Riau, Indonesia, 188 km dari Kota Pekanbaru. Kota Dumai merupakan kota kedua terluas di Indonesia selepas Manokwari. Dumai dirasmikan sebagai kota pada 20 April 1999, dengan Undang-Undang No. 16 tahun 1999 tanggal 20 April 1999. Sebelum berstatus kota, Dumai merupakan kota administratif (kotif) di dalam Kabupaten Bengkalis.

Kota Dumai
Lambang Kota Dumai.png
Lambang Kota Dumai
Moto: Negeri Bersemai (Bersih, Sejahtera, Damai).
Semboyan: Kota Pengantin Berseri


Lokasi Riau Kota Dumai.svg
Peta lokasi Kota Dumai
Koordinat: 1°23' - 1°24' BT dan 101°23' - 101°28' LU
Provinsi Riau
Hari jadi 27 April 1999
Dasar hukum Undang-Undang No. 16, Tahun 1999
Tarikh Perasmian 20 April 1999
Ibu kota Dumai
Pemerintahan
 - Walikota Drs.H. Khairul Anwar
 - DAU Rp. 249.158.030.000,-
Luas 1,727.385 km²
Populasi
 - Total 270.000 (2010)
 - Kepadatan 156
Demografi
 - Suku bangsa Melayu:19,90%, Minangkabau:11,51%, Jawa:11,52%, Batak:13%, bugis:9,52%,Cina:3,75% lain-lain:25,8%
 - Agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu
 - Bahasa Melayu, Minangkabau, Jawa, Batak, bugis
 - Zon waktu UTC+7
 - Kod kawasan telefon +62 765
 - Lapangan terbang Pinang Kampai
Bahagian pentadbiran
 - Kecamatan 5
 - Kelurahan 33
Simbol khas daerah
 - Fauna rasmi Harimau Sumatera
 - Tapak web http://www.dumaikota.go.id

Purata ketinggian datarannya ialah 3 meter di atas permukaan laut. Kota Dumai beriklim tropika dengan curahan hujan antara 100-300 cm dan suhu udara 24-30 °C dengan keadaan tanah paya bergambut.

Lambang Kota DumaiSunting

  1. Perisai Tameng, mengandungi makna sebagai pelindung dengan lima sudut melambangkan Pancasila. Seluruh bahagian perisai berwarna hijau lumut yang melambangkan kesuburan dan kesejahteraan.
  2. Tulisan Kota Dumai, menunjukkan status daerah, berwarna merah dengan dasar putih.
  3. Jalinan Tali, dengan jumlah jalinan 27 yang menunjukkan tanggal 27 sebagai hari jadi Kota Dumai, berwarna coklat.
  4. Tangki Minyak dan menara bertingkat 3 menunjukkan 3 kecamatan pada awal berdirinya Kota Dumai, berwarna putih.
  5. Mata Rantai berjumlah 99, melambangkan tahun berdirinya Kota Dumai dan melambangkan rasa persaudaraan dan sikap kebersamaan masyarakat majmuk, berwarna kuning emas.
  6. Bintang melambangkan masyarakat beragama, berwarna kuning emas terletak antara hujung padi dan kapas yang melambangkan kesejahteraan Kota Dumai. Padi berwarna kuning emas dan kipas berwarna putih.
  7. Padi dan Kapas Melambangkan Kota Dumai sebagai pelabuhan samudera, kota transit dan kota pelabuhan eksport dan import, berwarna coklat.
  8. Perahu Besar dan Kren dengan 3 gelombang yang melambangkan 3 komponen pembangunan iaitu pelaksanaan, pengawasan dan penguatkuasaan undang-undang, berwarna putih dan biru.
  9. Gelombang Laut melambangkan kedaulatan dan semangat juang masyarakat Dumai yang tidak kunjung padam. Tulisan Negeri Bertuah bermakna ungkapan rasa syukur atas kejayaan dan perjuangan masyarakat Dumai yang bertekad memajukan dan mengembangkan daerahnya, berwarna merah.

Batas wwilayahSunting

Kecamatan dan kelurahanSunting

PendudukSunting

Menurut data tahun 2010, jumlah penduduk Kota Dumai ialah 270 000 orang dengan kepadatan rata-rata 156 orang/km²; dengan laju pertumbuhan sebesar 2.7% per tahun. Islam ialah agama majoriti yang dipeluk penduduknya.

Peratusan suku kaumSunting

Peratusan suku kaum:

RujukanSunting