Krakatau

gunung di Indonesia
(Dilencongkan daripada Krakatoa)

Gunung Krakatau merupakan sebuah gunung pulau yang terletak di Selat Sunda, di antara Jawa dan Sumatera di negara Indonesia.

Krakatau
Krakatoa
Litograf 1888 letusan Krakatau 1883.
Titik tertinggi
Ketinggian813 meter (2,667 ka)
Tonjolan813 m (2,667 ka)
Pengasingan21.71 kilometer (13.49 bt)
SenaraiSpesial Ribu
Koordinat6°06′07″S 105°25′23″E / 6.102°S 105.423°E / -6.102; 105.423Koordinat: 6°06′07″S 105°25′23″E / 6.102°S 105.423°E / -6.102; 105.423[1]
Geografi
Krakatau yang terletak di Indonesia
Krakatau
Krakatau
Lokasi di Indonesia
LokasiSelat Sunda, Lampung, Indonesia
Geologi
Jenis gunungKaldera
Letusan terakhirFebruari 2017
Anak Krakatau sedang memuntahkan lava pada 7 Februari 2008

Gunung Krakatau mempunyai ketinggian setinggi 813 meter daripada aras laut.

Sejarah

sunting

Krakatau adalah gunung berapi yang masih aktif dan berada di Selat Sunda antara pulau Jawa dan Sumatera. Gunung berapi ini pernah meletus pada 26 Ogos 1883. Letusannya sangat dahsyat dan tsunami yang diakibatkannya mengorbankan sekitar 36,000 jiwa. Sehingga 26 Disember 2004, tsunami ini adalah yang terdahsyat.

Bunyi letusan gunung Krakatau sampai terdengar di Alice Springs, Australia dan pulau Rodrigues dekat Afrika, 4.653 kilometer dari pulau Jawa.

Mulai tahun 1927 muncul gunung baru yang disebut ’’Anak Krakatau’’. Sampai sekarang gunung ini masih tetap bertambah tingginya.

Melihat kawasan Gunung Krakatau di Selat Sunda, pakar gunung berapi mengangarkan bahawa pada zaman dahulu terdapat gunung yang sangat besar di selat Sunda yang akhirnya meletus dahsyat yang menyisakan sebuah kaldera (kawah besar) yang sisi sisinya dikenal sebagai Pulau Rakata, Pulau Panjang dan sebuah pulau lagi. Pulau Rakata ini kemudian tumbuh sesuai dengan dorongan vulkanik dari dalam bumi serta muncul tiga buah gunung api yang dikenal sebagai Gunung Rakata, Gunung Danan dan Gunung Perbuwatan. Letusan 1883 yang terjadi menghancurkan Gunung Danan, Gunung Perbuwatan serta sebagian Gunung Rakata. Dan mulai pada tahun 1927 itulah muncul gunung api yang dikenal sebagai Anak Karakatau dari kawasan kaldera purba tersebut yang masih aktif dan tetap bertambah tingginya.

Letupan Anak Krakatau memuntahkan lebih 25 kubik kilometer batuan dan debu serta menghasilkan bunyi letupan paling bingit pernah direkodkan dalam sejarah. Bayangkan penduduk sejauh Perth di Australia, iaitu kira-kira 3,110 kilometer dan Pulau Rodrigues dekat Mauritius, kira-kira 5,000 kilometer boleh mendengar letupan itu dan debu batuannya Sampai ke Eropa dan menjadikan krisis "pangang" beberapa tahun karena gagal panen dan menyebabkan matahari tertutup selama beberapa tahun.di abadikan Domenter america tentang "Suara krakatau sampai America Sumber Suara". Batu kecil dan debu sampai new york pekarangan warga.

Mengikut rekod rasmi, 165 kampung dan pekan musnah, manakala 132 rosak teruk. Jumlah kematian pula seramai 36,417 orang, manakala ribuan cedera akibat letupan, diikuti gelombang ombak besar atau tsunami.Kejadian itu memusnahkan dua pertiga Pulau Krakatau dan di tempat yang sama, Anak Krakatau muncul 44 tahun kemudian. Pulau Sebesi yang terletak kira-kira 13 kilometer dari Krakatau kehilangan semua penduduk seramai 3,000 orang. Letupan itu memuntahkan jumlah gas sulfur dioksida yang besar ke udara dan merebak ke seluruh dunia. Kira-kira 18 hingga 21 kilometer batuan terangkat membentuk lembangan sekitar Krakatau. Tanah Pulau Verlaten dan dan Lang melonjak sedikit dengan debu lahar membentuk ciri geologi pulau ini.

Sebelum 1883, Pulau Krakatau mengandungi tiga pulau utama, iaitu Lang (sekarang Rakata Kecil atau Panjang), Verlaten (Sertung) dan Krakatau sendiri, sebuah pulau sepanjang sembilan kilometer dan lima kilometer lebar.

Jenis hutan

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Dunk, Marcus (2009-07-31). "Will Krakatoa rock the world again?". London: Associated Newspapers Ltd. Dicapai pada 2010-01-23.

Karya dipetik

sunting
  • Alfred, E. & Seward, A.C.; The New Flora of the Volcanic Island of Krakatau, (reissued by Cambridge University Press, 2009, ISBN 978-1-108-00433-6)
  • Dickins, Rosie; The Children's Book of Art (An introduction to famous paintings) Usborne Publishing Ltd., Usborne House, 83–85 Saffron Hill, London ISBN 978-0-439-88981-0 (2005)
  • Furneaux, Rupert; Krakatoa Secker and Warburg, London (1965)
  • Self, Stephen; Rampino, Michael R. (1981). "The 1883 eruption of Krakatau". Nature. 294 (5843): 699–704. Bibcode:1981Natur.294..699S. doi:10.1038/294699a0.
  • Simkin, Tom and Richard S. Fiske (editors); Krakatau, 1883—the volcanic eruption and its effects Smithsonian Institution Press, Washington, D.C. ISBN 0-87474-841-0 (1983)
  • Symons, G.J. (ed); The Eruption of Krakatoa and Subsequent Phenomena (Report of the Krakatoa Committee of the Royal Society) London (1888)
  • Thornton, Ian; Krakatau: The Destruction and Reassembly of an Island Ecosystem (1996)
  • Verbeek, R. D. M. (1884). "The Krakatoa eruption". Nature. 30 (757): 10–15. Bibcode:1884Natur..30...10V. doi:10.1038/030010a0.
  • Verbeek, Rogier Diederik Marius; Krakatau Batavia (1885)
  • Winchester, Simon (2003). Krakatoa: The Day the World Exploded, August 27, 1883. New York: HarperCollins. ISBN 0-06-621285-5.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Wilson, Edward O. (1999). The Diversity of Life. New York, NY: W. W. Norton & Company. m/s. 425. ISBN 0-393-31940-7.

Pautan luar

sunting