Kreta Ayer
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Inggeris. (Februari 2023)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Kreta Ayer atau Chinatown ialah sebuah petempatan etnik yang bercirikan unsur-unsur kebudayaan Cina yang menonjol serta tumpuan penduduk etnik Cina bersejarah. Kreta Ayer terletak dalam lingkungan daerah Outram. Ia dinamakan sempena kereta-kereta lembu yang kerap membawa bekalan air bersih untuk kegunaan para petempat kawasan ini.[1]
Kreta Ayer | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama Bahasa Cina | |||||||||||
Tulisan Cina Tradisional | 牛車水 | ||||||||||
Tulisan Cina Ringkas | 牛车水 | ||||||||||
Maksud harfiah | "air kereta lembu" | ||||||||||
| |||||||||||
Tamil | |||||||||||
Tamil | சைனா டவுன் |
Oleh sebab orang Cina adalah kelompok etnik terbesar di Singapura, iaitu kira-kira 75% keseluruhan penduduk, Kreta Ayer tidak kelihatan seperti suatu enklaf etnik seperti dahulu. Namun begitu, daerah ini masih mengekalkan peninggalan sejarah dan kebudayaan yang penting. Kebanyakan kawasannya telah diisytiharkan secara rasmi sebagai tapak warisan yang ditandakan untuk pemuliharaan oleh pihak Penguasa Pembangunan Semula Bandar.
Galeri
sunting-
Jalan Pagoda dinamakan bersempena kuil Hindu Sri Mariamman yang terletak di simpang dengan Jalan South Bridge.
-
Jalan Smith kini ada lorong makanan alfresco.
-
Jalan Temple dinamakan bersempena kuil Sri Mariamman juga.
-
Rumah kedai tiga tingkat di sepanjang Jalan Teo Hong.
-
Jalan Trengganu telah diubahsuai menjadi kawasan pejalan kaki yang dilengkapi kedai di kedua-dua belah jalan, dan menjadi pasar malam selepas waktu senja.
-
Kompleks Chinatown di Jalan Smith menempatkan medan selera, pasar basah dan kedai runcit.
-
Duxton Plain Park terbentang dari Jalan New Bridge di Kreta Ayer hingga bekas Kompleks Renang Yan Kit di Tanjong Pagar.
-
Pintu masuk ke Stesen MRT Chinatown di Jalan Pagoda.
Rujukan
sunting- ^ Lim Tin Seng (Okt–Dis 2015). "Triads, Coolies and Pimps: Chinatown in Former Times". BiblioAsia. Jil. 11 no. 3. National Library Board. m/s. 2–7.CS1 maint: date format (link)
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Kreta Ayer. |
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Singapore. |