Kril (pinjaman bahasa Norway krill "anak ikan kecil"[1]) adalah krustasea berupa udang kecil daripada ordo Euphausiacea bertaburan dalam semua lautan dunia. Udang-udang jenis ini berperanan penting dalam rantai makanan sebagai pemangsa fitoplankton dan zooplankton (pada tahap lebih rendah) namun juga dimangsakan banyak spesies lebih besar baik ikan atau penguin kepada haiwan yang lebih besar seperti anjing laut dan paus balin.[2]

Kril
Kril utara (Meganyctiphanes norvegica)
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Superorder:
Order:
Euphausiacea
Families and genera
Euphausiidae
Bentheuphausiidae

Hidupan ini banyak dimanfaatkan di Asia sebagai suatu sumber makanan: ia antara bahan utama selain udang geragau yang ditapai (kekal bercangkerang) dan dikisar halus untuk dibuat belacan penambah rasa berlauk kepada pelbagai jenis hidangan tradisional.[3][4] Cecair daripada proses penapaian turut diasingkan sebagai sos perisa[5] atau dicampurkan bersama sebagai cencaluk.

Taksonomi

sunting

Ordo Euphausiacea menggolongkan kril terdiri daripada dua keluarga:

  • Euphausiidae - mengandungi 10 genus berbeza dengan jumlah 85 spesies.
  • Bentheuphausiidae - mengandungi satu spesies tunggal iaitu Bentheuphausia amblyops yang hidup dalam perairan 1,000 meter bawah paras laut dan dianggap spesies kril paling primitif.
  • [6]

Anatomi

sunting

Kril tergolong dalam kelompok jenis berkaki jalan sepuluh (dekapoda) seperti udang dan ketam dengan ciri badan yang sama: kepala dan toraks bercantum, pleon berkaki sepuluh dan ekor kipas seluruhnya ditutupi rangka luar berkitin. Kril boleh dibezakan dengan mudah daripada krustasea lain seperti udang tulen dari insangnya yang terlihat dari luar.[7]

Kebanyakan spesies kril berukuran dewasa kira-kira 1–2 sm. Spesies yang paling besar, Thysanopoda spinicauda hidup jauh dalam lautan terbuka.[8]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Krill". Online Etymology Dictionary. Dicapai pada 22 Jun 2010.
  2. ^ M. J. Schramm (10 October 2007). "Tiny Krill: Giants in Marine Food Chain". NOAA National Marine Sanctuary Program. Dicapai pada 4 Jun 2010.
  3. ^ Omori, M. (1978). "Zooplankton fisheries of the world: A review". Marine Biology. 48 (3): 199–205. doi:10.1007/BF00397145.
  4. ^ Pongsetkul, Jaksuma; Benjakul, Soottawat; Sampavapol, Punnanee; Osako, Kazufumi; Faithong, Nandhsha (17 September 2014). "Chemical composition and physical properties of salted shrimp paste (Kapi) produced in Thailand". International Aquatic Research. 6 (3): 155–166. doi:10.1007/s40071-014-0076-4.
  5. ^ Abe, Kenji; Suzuki, Kenji; Hashimoto, Kanehisa (1979). "Utilization of Krill as a Fish Sauce Material". Nippon Suisan Gakkaishi. 45 (8): 1013–1017. doi:10.2331/suisan.45.1013.
  6. ^ E. Brinton (1962). "The distribution of Pacific euphausiids". Bull. Scripps Inst. Oceanogr. 8 (2): 51–270.
  7. ^ "Euphausiacea". Tasmanian Aquaculture & Fisheries Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 September 2009. Dicapai pada 6 June 2010.
  8. ^ E. Brinton (1953). "Thysanopoda spinicauda, a new bathypelagic giant euphausiid crustacean, with comparative notes on T. cornuta and T. egregia". Journal of the Washington Academy of Sciences. 43: 408–412.