Kristiani Herrawati

Kristiani Herrawati, atau dikenali sebagai Ibu Ani Bambang Yudhoyono (lahir di Yogyakarta, Indonesia, 6 Julai 1952 – meninggal di Singapura, 1 Jun 2019 pada umur 66 tahun) merupakan isteri Presiden Indonesia, Dr. H. Susilo Bambang Yudhoyono dan juga Wanita Pertama Indonesia dari 2004 hingga 2014.

Kristiani Herrawati
Dalam jawatan
20 Oktober 2004 – 20 Oktober 2014
Didahului olehTaufiq Kiemas
Digantikan olehIriana
Maklumat peribadi
Lahir(1952-07-06)6 Julai 1952
Indonesia Yogyakarta, Indonesia
Mati1 Jun 2019(2019-06-01) (umur 66)[1]
Singapura Singapura
PasanganSusilo Bambang Yudhoyono (berkahwin 1976)
PertalianSusilo Bambang Yudhoyono (Suami)
Sarwo Edhie Wibowo (Ayah)
AnakAgus Harimurti Yudhoyono
Edhie Baskoro Yudhoyono
Tempat belajarUniversiti Terbuka
PekerjaanAhli politik, aktivis sosial

Keluarga dan pendidikan

sunting

Ani dilahirkan pada 6 Julai 1952 di Yogyakarta, merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik dan anak kepada pasangan suami isteri Leftenan Jeneral (Purn) Sarwo Edhie Wibowo dan Hj. Sunarti Sri Hadiyah.[2] Beliau berkahwin dengan Susilo Bambang Yudhoyono pada 30 Julai 1976, ketika Susilo Bambang Yudhoyono baru saja dilantik sebagai pegawai TNI dan menjadi lulusan terbaik.[3]

Beliau mengambil Jurusan Kedoktoran di Universiti Kristian Indonesia (bahasa Indonesia: Universitas Kristen Indonesia), tetapi pada tahun ketiga meninggalkan bangku kuliah kerana bernikah dengan Susilo. Ani kemudian melanjutkan pelajarannya di Universiti Merdeka (bahasa Indonesia: Universitas Merdeka) dan mendapat Sarjana dalam Sains Politik pada tahun 1998.[4]

Kerjaya

sunting
 
Kristiani bersama suami, SBY.

Beliau pernah memegang jawatan Naib Ketua Umum DPP Parti Demokrat, dan juga aktif dalam kegiatan sosial di Persit Kartika Chandra Kirana (Persatuan Isteri Tentera), Dharma Pertiwi dan Dharma Wanita selama Susilo menjawat sebagai Menteri Perlombongan dan Tenaga (bahasa Indonesia: Menteri Pertambangan dan Energi) pada zaman Pemerintahan Abdurrahman Wahid dan Menteri Koordinator Politik dan Keamanan pada zaman Pemerintahan Megawati Soekarnoputri.[5]

Berikutan pemilihan suaminya kepada jawatan presiden, dia menganjurkan kempen imunisasi polio[6] dan Mobil Pintar (Smart Cars), iaitu van yang diisi dengan buku untuk dibaca oleh kanak-kanak.[7]

Delias kristianiae

sunting

Ani juga mendapat penghormatan apabila sejenis spesies kupu-kupu di Papua, Delias kristianiae dinamakan bersempena namanya.[8]

Kehidupan peribadi

sunting

Ani adalah penggemar dalam berkebun dengan kecenderungan tertentu terhadap orkid,[5] dan sebagai sebahagian daripada tradisi diplomatik, pelbagai orkid di Singapura dinamakan sempena namanya.[9] Pada hari lahirnya ke-61, beliau melancarkan dua buah buku mengenai pengumpulan botani di Istana Cipanas dan beberapa Taman Botani Indonesia serta beberapa gambarnya dimasukkan.[10]

Kematian

sunting

Ani meninggal dunia akibat leukemia pada 1 Jun 2019, selepas menjalani rawatan selama hampir empat bulan di Hospital Universiti Nasional, Singapura. Dia berusia 66 tahun.[11][12]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Ani Yudhoyono Meninggal Dunia". CNN Indonesia. Dicapai pada 2019-06-01.
  2. ^ Maeswara, Garda (2009). Biografi politik Susilo Bambang Yudhoyono (dalam bahasa Indonesia). Penerbit Narasi. m/s. 205. ISBN 9789791681759.CS1 maint: ref=harv (link)
  3. ^ Soempeno, Femi Adi (2009). Indonesia memilih (dalam bahasa Indonesia). Galangpress Group. m/s. 137, 150. ISBN 9786028174244.
  4. ^ Mediatama, Grahanusa (1 December 2013). "Kisah SBY dan Ani saat menjalin cinta jarak jauh". Kontan (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 1 June 2019.
  5. ^ a b Maeswara, Garda (2010). Cikeas menjawab: tentang yayasan-yayasan Cikeas, tim sukses SBY-Boediono, dan skandal Bank Century (dalam bahasa Indonesia). Penerbit Narasi. m/s. 60-61. ISBN 9789791682060.
  6. ^ "Ibu Negara Beri Vaksin Polio Pertama". Tempo (dalam bahasa Indonesia). 28 June 2005. Dicapai pada 1 June 2019.
  7. ^ "Ibu Ani Yudhoyono Meluncurkan Mobil Pintar". liputan6,com (dalam bahasa Indonesia). 18 May 2005. Dicapai pada 1 June 2019.
  8. ^ Rare butterfly species named after Indonesian first lady. The Daily Star. 14 November 2007
  9. ^ Syafirdi, Didi (29 July 2015). "Selain anggrek Ani Yudhoyono, kini ada anggrek Iriana di Singapura". Merdeka (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 1 June 2019.
  10. ^ "Ultah ke-61, Ani Yudhoyono Luncurkan 2 Buku Tanaman" (dalam bahasa Indonesia). LIPI. Dicapai pada 1 June 2019.
  11. ^ Dyaning Pangestika (1 June 2019). "Former first lady Ani Yudhoyono passes away at 67". The Jakarta Post. Dicapai pada 1 June 2019.
  12. ^ "Passing of Former Indonesian First Lady Ani Yudhoyono". Kementerian Luar Negeri Singapura. 1 Jun 2019. Dicapai pada 1 Jun 2019.

Bacaan lanjut

sunting

Pautan luar

sunting
Gelaran Kehormat
Didahului oleh
Taufiq Kiemas
Wanita Pertama Indonesia
20 Oktober 2004 – 20 Oktober 2014
Diikuti oleh:
Iriana