Kubung (bahasa Inggeris: Malayan flying Lemur) ialah salah satu daripada haiwan colugo, yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Cynocephalus variegatus.[1], [2] Terdapat satu lagi spesies iaitu Kubung Filipina - Cynocephalus volans yang hanya terdapat di Filipina.

Kubung
frames
Pengelasan saintifik


Sungguhpun nama Inggeris Kubung adalah The Malayan Flying Lemur ia bukannya lemur dan tidak terbang. Sebaliknya, ia meluncur ketika melompat antara pokok. Ia sepenuhnya arboreal, dan aktif pada waktu malam, dan makan tumbuhan lembut seperti daun muda, pucuk, bunga dan buah. Selepas bunting dalam tempoh 60-hari, seekor anak dibawa pada perut ibu dipegang oleh membren kulit yang besar.[3]

TaburanSunting

Kubung boleh didapati di sepanjang Asia Tenggara termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Singapura.[4]

Ciri-ciriSunting

Kubung adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrat), kelas Mamalia. Dalam aturan : , tergolong dalam keluarga : . Kubung adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.

Jantung Kubung terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

PembiakanSunting

Sebagai mamalia, Kubung berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Kubung akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari.

PengelasanSunting

Terdapat dua spesies lain, Kubung Filipina adalah lebih besar antara kedua.

Kedua spesies terancam oleh kemusnahan habitat, dan Kubung Filipina dilekaskan oleh IUCN sebagai terancam (vulnerable). Tambahan kepada pembersihan hutan yang berterusan, ia diburu bagi daging dan bulunya. Ia turut diburu oleh Helang Filipina yang turut terancam: sesetengah kajian menunjukkan bahawa Kubung Filipina membentuk 90% daripada permakanan helang. Ia tidak diketahui bagaimana helang siang mampu memburu sebegitu banyak Kubung nokturnal, yang dipercayai menghabiskan sebahagian besar siang bergulung dalam lobang pokok atau bergantung tanpa disedari di dahan.

PengekalanSunting

Kubung merupakan haiwan yang dilindungi dan memerlukan lesen pemburuan.

RujukanSunting

  1. ^ The wild mammals of Malaya (Peninsular Malaysia) and Singapore, Gathorne Gathorne-Hardy Cranbrook (Earl of), Mazli Matsom, Hamidah Suhaimi, Oxford University Press, 1983 - Nature - 131 pages
  2. ^ Natural History Drawings: The Complete Farquahar Collection Malay Peninsula ..., By Dr John Bastin, William Farquhar, Kwa Chong Guan, Hassan Ibrahim, Morten Strange
  3. ^ David Burnie & Don E. Wilson (eds), penyunting (2005-09-19). Animal: The Definitive Visual Guide to the World's Wildlife (ed. 1st paperback edition). Dorling Kindersley. m/s. 114. ISBN 0-7566-1634-4. Periksa date values in: |date= (bantuan)Selenggaraan CS1: teks ekstra: senarai penyunting (link) Selenggaraan CS1: teks ekstra (link)
  4. ^ Malayan Flying Lemur

Pautan luarSunting


Senarai mamalia
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z