Kumpulan Tentera Darat E

Kumpulan Tentera Darat E (Heeresgruppe E) adalah sebuah kumpulan tentera darat Jerman yang aktif semasa Perang Dunia II.

Kumpulan Tentera Darat E telah ditubuhkan pada 1 Januari 1943 daripada Tentera Darat Ke-12. Unit-unit dari kumpulan tentera darat ini telah diagih-agihkan ke seluruh kawasan Timur Mediterranean, termasuk Albania, Greece, Wilayah Panglima Tentera di Serbia, dan Negara Merdeka Croatia.

Komposisi sunting

Unit-unit utamanya ialah:[1]

Sejarah perkhidmatan sunting

Kumpulan Tentera Darat tersebut terlibat didalam operasi anti-partisan di Greece dan Yugoslavia. Sepanjang operasi ini, beberapa kekejaman telah dilakukan, termasuk pembunuhan beramai-ramai Kalavryta dan Distomo di Greece. Tambahan pula, semasa pelucutan senjata tentera Itali pada September 1943, tentera Jerman menghukum mati lebih 5,000 tawanan perang Itali dalam peristiwa Pembunuhan Cephallonia. Pada masa yang sama, Kumpulan Tentera Darat ini berjaya menghalang percubaan British untuk menakluk Kepulauan Dodecanese jajahan Itali.

Pada musim bunga tahun 1945, semasa pengunduran angkatan Wehrmacht dari rantau Balkan, Kumpulan Tentera Darat E berundur ke Hungary, dengan beberapa unit berpindah ke Austria dan selatan Jerman. Semasa pengunduran tahun 1945, unit-unit kubu disatukan kedalam Kor LXXXXI.

Kumpulan Tentera Darat E telah disertai oleh saki baki Kumpulan Tentera Darat F Fil Marsyal Maximilian von Weichs. Kumpulan tentera darat itu telah dibubarkan pada 25 Mac 1945.

Seorang anggota Kumpulan Tentera Darat E yang kemudian naik menjadi terkenal ialah Presiden Austria dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Kurt Waldheim, yang berkhidmat dalam pentadbiran tentera Thessaloniki.

Panglima sunting

Rujukan sunting

  1. ^ p.24, Thomas
  2. ^ D 3, Hogg

Sumber sunting

  • Hogg, Ian V., German Order of Battle 1944: The regiments, formations and units of the German ground forces, Arms and Armour Press, London, 1975
  • Thomas, Nigel, (Author), Andrew, Stephen, (Illustrator), The German Army 1939-45 (2) : North Africa & Balkans (Men-At-Arms Series, 316), Osprey Publishing, 1998 ISBN 978-1-85532-640-8

Lihat juga sunting