Kumpulan Tentera Darat Ukraine Utara

Kumpulan Tentera Darat Ukraine Utara (Jerman: Heeresgruppe Nordukraine) adalah sebuah formasi besar tentera darat bagi angkatan tentera Jerman.

Kumpulan Tentera Darat Ukraine Utara
Aktif5 April 1944 – September 1944
Negara Jerman Nazi
CawanganTentera Darat Jerman (Wehrmacht)
JenisKumpulan tentera darat
Saiz400,542 (Musim bunga 1944)[1]
PertempuranPerang Dunia II
Komander
Komander
terkenal
Walter Model

Sejarah sunting

Ia telah ditubuhkan pada 5 April 1944 dengan menamakan semula Kumpulan Tentera Darat Selatan dibawah Generalfeldmarschall Walter Model.[2] Pada April 1944 ia terdiri daripada Tentera Darat Pertama Panzer dan Tentera Darat Ke-4 Panzer. Pada musim panas 1944 ia menentang Barisan Pertama Ukraine Tentera Merah semasa operasi penyerangan strategik Lvov-Sandomir (13 Julai - 29 Ogos 1944).[3] Pada Ogos 1944 Tentera Darat Ke-4 Panzer dan Tentera Darat Ke-17 mempertahankan ruang antara pergunungan Carpathian dan tanah paya Pripyet di Galicia. Pada September 1944 ia telah dinamakan semula Kumpulan Tentera Darat A.

Senarai tempur sunting

Komposisi Kumpulan Tentera Darat pada 15 Julai 1944 adalah seperti berikut:[4]

  • Tentera Darat Ke-4 Panzer
    • Kor XXXXVI Panzer
    • Kor XXXXII
    • Kor LVI Panzer
    • Kor VIII
  • Tentera Darat Pertama Panzer
    • Kor LIX
    • Kor XXIV Panzer
    • Kor XXXXVIII Panzer
    • Kor III Panzer
    • Divisyen Ke-20 Panzer Grenadier
    • Divisyen Ke-14 SS Grenadier
  • Tentera Darat Pertama Hungary
    • Kor VI Hungary
    • Kor XI
    • Kor VII Hungary
    • Briged Ke-2 Gunung Hungary
    • Divisyen Ke-19 Simpanan Hungary
    • Divisyen Ke-2 Panzer Hungary
    • Kampfgruppe, Divisyen Ke-19 SS Panzer Grenadier

Pautan luar sunting

Lihat juga sunting

Nota kaki sunting

  1. ^ Ziemke 2002, m/s. 312.
  2. ^ Ziemke 2002, m/s. 286.
  3. ^ Ziemke 2002, m/s. 331–333.
  4. ^ Mitcham 2007, m/s. 66–67.

Rujukan sunting

  • Mitcham, Samuel W., Jr., The German Defeat in the East, 1944-45 (Stackpole Military History), Stackpole Books, 2007
  • Ziemke, Earl F. (2002). Stalingrad to Berlin: The German Defeat in the East. Washington, D.C: Center of Military History, US Army. ISBN 9781780392875.