Kyoei Toshi (Kanji: 巨影都市. Juga dikenali sebagai City Shrouded in Shadow) ialah permainan video untuk PlayStation 4 yang dibangunkan oleh Granzella, yang juga mengesahkan bahawa ia ialah penerus tidak langsung untuk siri Disaster Report mereka.[1] Objektif permainan ini adalah untuk melarikan diri dari bandar yang dilanda pertempuran antara raksasa gergasi, kaiju, robot, dan wira daripada aksi langsung dan animasi Jepun yang terkenal seperti Godzilla, siri Ultra, Gamera, Patlabor, dan Neon Genesis Evangelion.[2]

Kyoei Toshi
PembangunGranzella
PenerbitBandai Namco Entertainment
EnjinOrochi 3
PlatformPlayStation 4
Pelepasan
  • JP: 19 Oktober 2017
GenreTokusatsu, Survival

Plot sunting

Permainan ini bermula di bandar Ichi, sebuah bandar fiksyen di Jepun, yang dilanda bayangan kejahatan dan raksasa gergasi.[3] Pemain akan dapat memilih sama ada bermain sebagai seorang lelaki yang dipanggil Ken Misaki atau seorang wanita yang dipanggil Miharu Matsuhara (watak-watak berkenaan boleh dinamakan semula), dengan tujuan mereka cuba melarikan diri dari bandar yang diselubungi kemelut besar.[4]

Pembangunan sunting

Permainan ini diumumkan pada 17 September 2015. Permainan ini dibangunkan oleh Granzella dan diarahkan oleh Kazuma Kujo.[5] Takashi Watabe menghasilkannya bagi pihak penerbit Bandai Namco.[6]

Ultraman disahkan akan tampil dalam permainan pada 16 Februari 2016.[7] Famitsu iaitu majalah permainan Jepun mengesahkan bahawa Godzilla akan muncul dalam permainan.[8] Godzilla sebelum ini telah mengeluarkan iklan acah bayangannya muncul dalam tangkap layar. Mecha Evangelion juga memberi bayangan akan muncul.[4][9]

Famitsu mengesahkan pada Mei 2017 bahawa Gamera juga akan muncul dalam permainan.[10] Pada bulan Mei 2017, telah diumumkan bahawa versi PS Vita telah dibatalkan[10] dan permainan video ini akan menjadi eksklusif bagi PS4 sahaja.

Permainan ini dikeluarkan secara rasminya pada 19 Oktober 2017 di Jepun.[11] Tiada permasaran di luar negara setakat Julai 2017.

Penerimaan sunting

Permainan ini telah terjual lebih 48,935 salinan dalam minggu pertama jualan di Jepun lantas meletakkannya di nombor dua di semua carta jualan format.[12]

Rujukan sunting

  1. ^ Barder, Ollie (5 Julai 2017). "'City Shrouded In Shadow' Adds 'Patlabor' To The Mix". Forbes (dalam bahasa Inggeris). Game News. Dicapai pada 2 September 2017.
  2. ^ Romano, Sal (1 Disember 2016). "Disaster Report 4 Plus official website relaunched, VR demo set for Nagoya exhibition". Gematsu (dalam bahasa Inggeris). Latest News. Dicapai pada 13 Disember 2016.
  3. ^ Wong, Sato (14 Disember 2015). "Project City Shrouded in Shadow Shows Its Destructive Teaser Trailer". Siliconera (dalam bahasa Inggeris). News. Dicapai pada 16 April 2016.
  4. ^ a b Gelmini, David (2 Februari 2016). "Ultraman Stars in Upcoming Horror Game Project City Shrouded in Shadow; Godzilla Also?". Dread Central (dalam bahasa Inggeris). News. Dicapai pada 16 April 2016.
  5. ^ Romano, Sal (17 September 2015). "Granzella and Bandai Namco announce Project City Shrouded in Shadow for PS4, PS Vita". Gematsu (dalam bahasa Inggeris). Latest News. Dicapai pada 16 April 2016.
  6. ^ Blyden, Jabulani (22 Mac 2016). "New Kyoei Toshi Game Images Reveal Godzilla & Apparent Evangelion Silhouette". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). News. Dicapai pada 16 April 2016.
  7. ^ Romano, Sal (16 Februari 2016). "Ultraman is in Granzella's City Shrouded in Shadow [Update]". Gematsu. Latest News. Dicapai pada 16 April 2016.
  8. ^ Romano, Sal (22 Mac 2016). "City Shrouded in Shadow adds Godzilla, teases Evangelion". Gematsu (dalam bahasa Inggeris). Latest News. Dicapai pada 16 April 2016.
  9. ^ Wong, Sato (22 Mac 2016). "It Looks Like Evangelion Is Making Its Way Into City Shrouded in Shadow". Siliconera (dalam bahasa Inggeris). News. Dicapai pada 16 April 2016.
  10. ^ a b Romano, Sal (Mei 30, 2017). "City Shrouded in Shadow now PS4-only, launched in October 2017. [Update 3]". Gematsu (dalam bahasa Inggeris). Latest News. Dicapai pada Mei 30, 2017.
  11. ^ Romano, Sal (4 Julai 2017). "City Shrouded in Shadow launches October 19 in Japan, adds Patlabor [Update]". Gematsu (dalam bahasa Inggeris). Latest News. Dicapai pada 4 Julai 2017.
  12. ^ Roman, Sal (2 November 2017). "Media Create Sales: 10/16/17 – 10/22/17". Gematsu (dalam bahasa Inggeris). Latest News. Dicapai pada 25 Oktober 2017.

Pautan luar sunting