Laluan MRT Pusat Bandar

(Dilencongkan dari Laluan MRT Downtown)
Bagi stesen MRT di dalam laluan ini yang serupa namanya, lihat stesen MRT Downtown.

Laluan Pusat Bandar (Bahasa Inggeris: Downtown Line, DTL) ialah laluan kereta api Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT) di Singapura. Ia telah dibina dalam 3 tahap; tahap 1 laluan mempunyai kepanjangan 4.3 kilometer (2.7 mi) dan telah dibuka pada 22 Disember 2013 manakala tahap 2 memulakan operasi pada 27 Disember 2015 dengan panjang laluan 16.6 kilometer (10.3 mi).[4][5] Kedua-dua tahap laluan tersebut mempunyai 18 buah stesen, yang bermula dari stesen Bukit Panjang hingga Chinatown. Tahap terakhir akan dibuka pada 21 Oktober 2017,[6][7] manakala lanjutan tahap 3 (DTL3e) akan disiapkan pada 2024.[8] Laluan ini akan menghubungkan kawasan barat laut dan tengah timur dengan pusat bandar Singapura.

MRT Singapore Destination 11.png MRT Singapore Destination 12.png
Laluan MRT Pusat Bandar
لالوان ڤوست بندر
Downtown Line logo.svg
MRT map DT.svg
Laluan Pusat Bandar yang ditandakan dengan warna biru pada peta.
Umum
Nama lainDowntown Line  (Bahasa Inggeris)
滨海市区地铁线  (Bahasa Cina)
டவுன்டவுன் எம்ஆர்டி வழி  (Bahasa Tamil)
JenisTransit aliran deras
SistemSistem Pengangkutan Gerak Cepat (Singapura)
StatusBeroperasi (Tahap 1, 2 & 3)
Dalam pembinaan (Tahap 3e)
Dalam perancangan (Hume, lanjutan Tahap 2)
TerminalBukit Panjang
Sungei Kadut (pertengahan 2030-an)
Expo
Sungei Bedok (2024)
Stesen34 (Beroperasi) [2]
2 (Dalam pembinaan)
3 (Dalam perancangan)
Perkhidmatan1
Penumpang harian477,000 (2019)[1]
Operasi
Dirancang dibuka2024; 4 tahun lagi (2024) (Tahap 3e)
2025; 5 tahun lagi (2025) (Hume)
pertengahan 2030-an (lanjutan Tahap 2)
Dibuka22 Disember 2013; 6 tahun yang lalu (2013-12-22) (Tahap 1)
27 Disember 2015; 4 tahun yang lalu (2015-12-27) (Tahap 2)
21 Oktober 2017; 2 tahun yang lalu (2017-10-21) (Tahap 3)
PemilikPenguasa Pengangkutan Darat
PengendaliSBS Transit DTL (ComfortDelGro Corporation)[3]
CiriBawah tanah
DepotGali Batu
Tai Seng
East Coast (Masa depan)
Stok kereta apiC951/C951A
Teknikal
Panjang aliran41.9 km (26.0 mi) (Beroperasi)[2]
2.2 km (1.4 mi) (Dalam pembinaan)
Tolok landasan1,435 mm (4 kaki 8 12 in) tolok piawai
Pengelektrikan750 V DC Rel ketiga
Kelajuan operasihad laju 80 km/h (50 mph)
Peta laluan
MRT Route Map DT.svg
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Laluan Pusat Bandar mempunyai hubungan pertukaran dengan laluan Utara Selatan di Chinatown dan Little India, laluan Timur Barat (di Bugis), laluan Circle (di Bayfront, Promenade dan Kebun Bunga), laluan Timur Laut (di Newton) dan laluan LRT Bukit Panjang di Bukit Panjang. Lanjutan akan datang laluan Pusat Bandar akan menambah hubungan pertukaran dengan laluan Timur Barat melalui Tampines dan Expo, laluan Circle di MacPherson dan laluan Thomson–Pantai Timur melalui Stevens dan Sungei Bedok.

Aliran ini merupakan laluan kereta api sepenuhnya berada di bawah tanah yang ketiga di Singapura, menggunakan kereta api 3 gerabak dan laluan bermuatan rendah kedua selepas laluan Circle. Apabila siap sepenuhnya, aliran Pusat Bandar akan mempunyai panjang kira-kira 44 kilometer (27 mi) dengan 36 stesen dan dijangka akan memberi khidmat kepada lebih separuh juta pengguna setiap hari.[9] Ia juga akan menjadi laluan alihan laju terpanjang di Singapura yang beroperasi secara automatik[2] dan antara yang terpanjang di dunia. Perjalanan di antara hujung laluan ke hujung yang lagi satu mengambil masa kira-kira 70 minit.

Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, laluan Pusat Bandar ditunjukkan dengan warna biru (    )[3] dan stesen-stesennya ditandakan dengan nombor beserta kod "DT".

StesenSunting

Nombor Stesen Pertukaran/Catatan
 DT1  BP6  Bukit Panjang Pertukaran dengan  BPLRT  Bukit Panjang
 DT2  Cashew
 DT3  Hillview
 DT4  Terletak di Hume Avenue; stesen Shell; tidak beroperasi
 DT5  Beauty World
 DT6  King Albert Park
 DT7  Sixth Avenue
 DT8  Tan Kah Kee
 DT9  CC19  Kebun Bunga Pertukaran dengan  CCL  Laluan Circle
 DT10  TE11  Stevens Pertukaran dengan  TEL  Laluan Thomson–Pantai Timur (2021)
 DT11  NS21  Newton Pertukaran dengan  NSL  Laluan Utara Selatan
 DT12  NE7  Little India Pertukaran dengan  NEL  Laluan Timur Laut
 DT13  Rochor
 DT14  EW12  Bugis Pertukaran dengan  EWL  Laluan Timur Barat
 DT15  CC4  Promenade Pertukaran dengan  CCL  Laluan Circle
 DT16  CE1  Bayfront Pertukaran rentas platform dengan lanjutan  CCL  Laluan Circle
 DT17  Downtown
 DT18  Telok Ayer
 DT19  NE4  Chinatown Pertukaran dengan  NEL  Laluan Timur Laut
Tahap 3 (Dibuka 21 Oktober 2017)
 DT20  Fort Canning
 DT21  Bencoolen
 DT22  Jalan Besar
 DT23  Bendemeer
 DT24  Geylang Bahru
 DT25  Mattar
 DT26  CC10  MacPherson Pertukaran dengan  CCL  Laluan Circle
 DT27  Ubi
 DT28  Kaki Bukit
 DT29  Bedok North
 DT30  Bedok Reservoir
 DT31  Tampines West
 DT32  EW2  Tampines Pertukaran dengan  EWL  Laluan Timur Barat
 DT33  Tampines East
 DT34  Upper Changi
 DT35  CG1  Expo Pertukaran dengan  EWL  Laluan Timur Barat (Laluan Cabang Lapangan Terbang Changi)
Lanjutan laluan Pusat Bandar (Pada 2024)
 DT36  Xilin
 DT37  TE31  Sungei Bedok Pertukaran dengan  TEL  Laluan Thomson–Pantai Timur (2024)

RujukanSunting

  1. ^ "SBS Transit posts 1.5% rise in full-year net profit of S$81.3m" (dalam bahasa Inggeris). 13 February 2020. Dicapai pada 21 March 2020.
  2. ^ a b c "Projects - Downtown Line - Stages". Penguasa Pengangkutan Darat. 17 Disember 2013. Diarkib daripada yang asal pada 3 July 2014. Dicapai pada 23 Jun 2014.
  3. ^ a b "Company Announcement – Incorporation of a Wholly-Owned Subsidiary" (PDF) (dalam bahasa Inggeris).
  4. ^ "The Rail Report: 12 Stations of Downtown Line 2 to Open on 27 December". Penguasa Pengangkutan Darat. 6 Ogos 2015.
  5. ^ "Downtown Line 2 to open ahead of schedule in December: Transport Minister Lui". Channel NewsAsia. 28 Jun 2015.
  6. ^ "Joint News Release by the Land Transport Authority (LTA) & SBS Transit - Train Services on Downtown Line to Start Later at 7.30am on Sundays to Facilitate Systems Integration Testing". Penguasa Pengangkutan Darat. 26 April 2017.
  7. ^ "Factsheet: Downtown Line 3 to Open on 21 October 2017". Penguasa Pengangkutan Darat. 31 Mei 2017.
  8. ^ "Downtown Line 3 Extension". Penguasa Pengangkutan Darat. Dicapai pada 28 April 2017.
  9. ^ "TRAINS, MORE CAPACITY, MORE OFTEN". Penguasa Pengangkutan Darat – melalui lta.gov.sg.

Pautan luarSunting