Langit Yang Sama merupakan album studio kedua oleh penyanyi dan pelakon wanita Indonesia, Naura Ayu yang diterbitkan pada 11 Mac 2016. Album ini dikeluarkan oleh label Trinity Optima Production, album ini digubah sepenuhnya oleh Mhala dan Tantra Numata, terdiri daripada 9 buah lagu. Single pertama dalam album ini ialah "Untuk Tuhan", lagu ini mengisahkan tentang permohonan seorang anak kepada Tuhan untuk mencurahkan kasih sayang kepada ibu bapanya, lagu ini dinyanyikan dengan sangat manis oleh Naura dengan susunan muzik yang dibuat oleh pemuzik muda Indonesia, Tantra Numata berbalut dalam String Arrangements oleh Ava Victoria.

Langit Yang Sama
Album studio oleh
Dilancarkan pada11 Mac 2016
Dirakamkan pada2015
GenrePop, RnB, Anak-Anak
BahasaBahasa Indonesia Edit the value on Wikidata
SyarikatTrinity Optima Production
Mega Music
FMC Music (Malaysia)
Penerbit
  • Mhala & Tantra Numata
  • Nola Be3
Kronologi Naura
Dongeng
(2014)
Langit Yang Sama
(2016)
Naura & Genk Juara
(2017)
Single daripada Langit Yang Sama
  1. "Untuk Tuhan"
    Dikeluarkan: 16 Oktober 2015
  2. "Bully"
    Dikeluarkan: 24 Februari 2016
  3. "Sahabat Setia"
    Dikeluarkan: 22 Disember 2017
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Diikuti dengan single kedua, "Bully", mengisahkan seorang kanak-kanak yang suka mengusik dan mengganggu rakan-rakannya sehingga dia tidak disenangi. Lagu ini menggambarkan bahawa Bullying adalah perbuatan yang sia-sia. Dan memberi semangat kepada mereka yang di-bully supaya berani menyatakan tidak suka atau menolak perlakuan biadap rakan dengan melawan secara positif. Dalam memasarkan album ini, Naura bekerjasama dengan CFC yang akan mengedarkan album ini secara rasmi dan album ini hanya akan dijual di CFC seluruh Indonesia.

Senarai runut sunting

  1. Untuk Tuhan
  2. Jalan-Jalan
  3. Langit Yang Sama
  4. Bully
  5. Sisters
  6. Ayo Menabung
  7. Sahabat Setia
  8. Lukisan Indonesia
  9. Believe (Nothing Can't Stop You Now)

Pautan luar sunting