Lapel (/ləˈpɛlz/ -PELZ) adalah kelepet fabrik di bahagian dada jaket atau kot yang bersambung dengan kolarnya dan paling lazim ditemui pada pakaian formal dan jaket sut. Biasanya ia terbentuk dari lapik yang lebar di atas dan meruncing ke bawah pada bahagian tepi hadapan jaket atau kot yang mengunjur dari kolar atau garis leher ke garis pinggang depan.

Sut berjalur halus dengan lapel bernoc

Terdapat tiga bentuk asas lapel: lapel noc, lapel tajam, dan lapel sebai. Lapel bernoc, yang paling umum, biasanya dilihat pada sut bisnes, dan pada jaket kasual seperti blazer dan kot sukan.[1][2] Lapel tajam adalah lebih formal, dan selalu digunakan pada jaket berbres dubel, tetapi juga kerap muncul pada jaket berbres tunggal.[3] Lapel sebai biasanya digunakan oleh tuksedo dan jaket mess. [4]

Jenis-jenis lapel sunting

Lapel noc sunting

 
Lapel noc
 
Perbandingan dua potongan lapel noc: Inggeris (kiri) dan Sepanyol (kanan). Yang pertama adalah yang paling umum iaitu lapel noc.[5]

Lapel noc atau lapel bertakuk, notched lapel (Bahasa Inggeris Amerika), step lapel atau step collar (Bahasa Inggeris British), di jahit pada kolar secara bersudut, menghasilkan satu bentuk takuk. Ini adalah standard pada sut bres tunggal, dan digunakan pada hampir semua jaket sut, blazer, dan jaket sukan. Jaket bres duble berlapel noc adalah bentuk yang jarang berlaku.[6] Saiz noc boleh berbeza-beza, dan noc kecil kadangkala dipanggil fishmouth (mulut ikan).[7] Kolar lapel bernoc yang menyerupai mulut ikan dengan penjuru kolar dan lapel berbentuk bulat pada bahagian sambungan. Ini ialah jenis lapel yang pertama muncul dan yang paling biasa.

Lapel tajam sunting

 
Lapel tajam

Lapel tajam, peaked lapel (Bahasa Inggeris Amerika), peak lapel, atau pointed lapel (Bahasa Inggeris British), ialah paling formal, dipadankan dengan jaket bres dubel,[3] semua kot formal seperti kot bajang[8] atau kot pagi, dan juga tuksedo (dua-dua single dan double breasted). Pada akhir tahun 1920an dan 1930an, lapel tajam jaket single breasted dianggap sebagai reka bentuk paling bergaya. Ciri ini telah dibawa ke persalinan siang oleh peningkatan populariti jaket malam berlapel tajam.[9] Kebolehan tukang jahit memotong lapel tajam dengan betul pada sut bres tunggal adalah salah satu kerja paling mencabar, walaupun bagi tukang jahit paling berpengalaman.[10]

Lapel sebai sunting

 
Lapel sebai

Lapel sebai atau lapel selendang, shawl collar, atau roll collar ialah sejenis kolar lapel yang mengunjur lengkung. Kolar yang dipotong sekeping dengan badan hadapan pakaian dan berkelim di tengah belakang leher. Ukuran lapel adalah lebar atau sempit dan mengunjur hingga ke paras pinggang. Asalnya dilihat pada jaket asap gaya Victorian, ia sekarang paling biasa dengan jaket malam atau tuksedo.[4] Ia juga bermula sebagai pakaian malam tidak formal, dan kemudiannya dibuat dalam versi lebih atau kurang formal, bergantung pada keadaan dimana ia akan digunakan. Ia juga biasa digunakan pada jaket mess. Jaket Teba memakai bentuk lapel tanpa noc yang mempunyai pusingan sudut.[11][12]

Nota sunting

  1. ^ Antonio (31 October 2012). "Casual Dress for Young Men: What to Wear & How to Wear It".
  2. ^ Flusser (2002). p. 83
  3. ^ a b Flusser (2002). p. 85
  4. ^ a b Antongiavanni (2006). p. 172
  5. ^ García-Bragado, David (17 March 2014). Vestirse Por Los Pies: Los Secretos de Estilo del Auténtico Caballero. Hércules Edición. m/s. 181. ISBN 978-8-4927-1579-4.
  6. ^ "Double Breasted Notch Lapel "Wall Street" Suit". Ask Andy. 2008-08-04.
  7. ^ Antongiavanni (2006). p. 48
  8. ^ Flusser (2002). p. 234
  9. ^ Flusser (2002). p. 84
  10. ^ Mahon, Thomas (2005-03-29). "Single breasted, peaked lapel". English Cut. Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-04-03. Dicapai pada 2008-09-20.
  11. ^ "Oliver Brown is the place to go for maximalist tailoring (and top hats)". The Jackal Magazine. 26 April 2019.
  12. ^ "Style Heroes: Arnold Wong, Senior Brand Manager and Buyer at Attire House". LIFESTLYE ASIA. 20 May 2019.

Bibliografi sunting