Pakaian formal atau full dress ("pakaian lengkap") ialah kategori kod berpakaian Barat yang terpakai untuk majlis-majlis paling formal, seperti perkahwinan, pembaptisan kristian, upacara penerimaan, upacara pengebumian, Easter dan tradisi krismas, sebagai tambahan kepada majlis santapan negara, majlis menghadap, majlis tari, dan acara lumba kuda. Pakaian formal secara tradisinya dibahagikan kepada pakaian siang dan malam yang formal, melibatkan pakaian pagi (kot pagi) sebelum 6 p.m., dan white tie (kot rasmi) selepas 6 p.m.[perlu rujukan] Alternatif lain yang dibenarkan, bagaimanapun, adalah versi paling formal pakaian istiadat (termasuk pakaian mahkamah, pakaian seragam diplomatik dan pakaian akademik), pakaian rasmi istiadat, baju keagamaan, baju kebangsaan, dan paling jarang kot frock (yang mendahului kot pagi sebagai pakaian tetap siang yang formal tahun 1820an-1920an). Di samping itu, pakaian formal sering diminta memakai darjah kebesaran penuh dan pingat rasmi.

Galeri sunting

Pakaian pagi sunting

White tie sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting