Tanpamu merupakan sebuah lagu berentak pop urban nyanyian penyanyi popular Malaysia, Dayang Nurfaizah bersama rapper Singapura, Daly daripada kumpulan Ahli Fiqir. Ia merupakan sebuah lagu yang dimuatkan dalam projek Global One. Ia bermula apabila Dayang menjadi pilihan Rob Hoffman iaitu penerbit terkemuka dunia yang sebelum ini pernah menerbitkan album Christina Aguilera dan Michael Jackson. Projek khas yang diberi nama Global One yang menggabungkan 20 orang artis yang mewakili 20 buah negara di seluruh dunia yang bergabung untuk membawa makna penyatuan dalam muzik di peringkat global. Pemilihan artis untuk projek ini bukanlah calang-calang kerana apa yang diutamakan adalah kualiti dan populariti bakat artis yang terpilih. Setiap daripada mereka akan merakamkan single utama untuk projek ini iaitu Lately yang akan dialih bahasa kepada bahasa ibunda masing-masing. Maka lahirlah Tanpamu yang merupakan versi Bahasa Melayu untuk lagu ini yang dinyanyikan secara duo bersama Daly.

"Tanpamu / Lately"
Single oleh Dayang Nurfaizah menampilkan Daly
daripada album Global One
Dilancarkan pada17 Januari 2009
FormatCD, Airplay Demo
GenreR&B, Hip Hop
Panjang-
SyarikatGlobal 1
PenulisRob Hoffman, Daly
PenerbitRob Hoffman
Kronologi single Dayang Nurfaizah menampilkan Daly
""Tiba-tiba"
2008"
"Tanpamu / Lately" ""Luka"
2009"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini