Novel Luka, karya sulung penulis terkenal Tris Zainol Abidin mencipta sejarahnya tersendiri apabila ia disertakan dengan cakera padat (CD), dilancarkan di Belum Rainforest Resort di Pulau Banding, Perak pada 20 Mac 2009. Novel cinta berkenaan, yang sesuai untuk bacaan golongan berusia antara 14 dan 25 tahun, Lebih menarik, penerbitan Luka turut memuatkan dua lagu dalam cakera padat berjudul Luka (versi bahasa Melayu) dan Losing Me (versi bahasa Inggeris) nyanyian Dayang Nurfaizah.

"Luka"
Single oleh Dayang Nurfaizah
daripada album Luka
Dilancarkan pada23 Mac 2009
FormatCD,
GenreR&B,
Panjang-
SyarikatDNAD
PenulisPaulina Carraz, Memo Mendez Guio & Tris Zainol Abidin
PenerbitTris Zainol Abidin
Kronologi single Dayang Nurfaizah
""Lately / Tanpamu"
2008"
"Luka" ""Hilang (Live)"
2009"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Dua lagu tersebut adalah ciptaan komposer Sepanyol iaitu Paulina Carraz dan Memo Mendez Guio serta pernah dirakamkan dalam versi Spanish berjudul Mas oleh Diego Gonzalez. Tris bertindak menterjemahkan lagu ini ke dalam Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris khusus untuk pasaran Malaysia. Sementara itu Dayang adalah duta pemuliharaan dan pengekalan alam semula jadi bagi Pulau Banding Foundation dan Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah. Kumpulan Emkay turut menaja pembikinan dua video klip bagi kedua-dua lagu tersebut yang dirakamkan sepenuhnya di kawasan Hutan Belum, Temenggor dan di Belum Rainforest Resort Pulau Banding.

Ia diputarkan di seluruh radio seMalaysia pada 23 Mac 2009.