Linux Outlaws (Melayu: Penjahat Linux) merupakan podcast berita Linux dan teknologi yang diterbitkan oleh Six Gun productions. Ianya dipersembahkan oleh Fabian Scherschel dan Dan Lynch. Rancangan ini meliputi berita dan pembangunan yang hosnya hadapi dalam penggunaan Linux[1] dalam kehidupan harian mereka. Penerbitan rancangan berpusat di Eropah, mempunyai forum komuniti, dan pelbagai mikro-blog yang didedikasikan untuk meluaskan komunikasi di antara peminat dan pendengar podcast.

Pengacara sunting

Fabian Scherschel sunting

Fabian Scherschel merupakan penuntut universiti dari Bonn, Jerman yang bertugas separuh masa di sebagai salah seorang sokongan teknikal sebuah Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP) dan pada masa yang lain menggodam (hacking) sesuatu, mendengar muzik rock, atau menonton Firefly (sebuah siri televisyen). Buat masa sekarang beliau menggunakan sistem pengoperasian Arch Linux sebagai sistem utama komputer.[2] Laman sesawang/blog Fabian buat masa sekarang adalah Dehype Diarkibkan 2012-02-11 di Wayback Machine.

Dan Lynch sunting

Dan Lynch merupakan seorang pengatur cara, pemuzik, dan penerbit dari Merseyside, UK. Beliau pernah bertugas di NHS sebagai pembangun .NET sebelum beralih arah daripada teknologi Microsoft ke penyokong sumber terbuka.

Laman Dan yang memfokuskan Linux semasa adalah danlynch.org. Beliau merupakan hos bersama FLOSS Weekly. Pada awal 2010 Dan menubuhkan kumpulan 20lb Sounds. Beliau juga menerbitkan podcast Free as in Freedom[3].

Format sunting

Secara umumnya setiap episod dimuat turun 20000 kali secara global dan dipersembahkan secara serius dan berunsur humor.[4] Dan dan Fabian dikatakan sebagai "down to earth, normal, everyday people" oleh pendengar dan mereka yang berkenaan.[5] Mereka mengatakan bahawa mereka bukan pakar Linux, tetapi cuba memberikan yang terbaik untuk pendengar apa-apa yang berkaitan dengan Linux.

Linux Outlaws mempunyai beberapa segmen, yang memfokuskan perbincangan pelbagai topik. Antaranya News and Releases, di mana mengupas isu-isu terbaharu berkenaan budaya sumber terbuka dan bebas, pelepasan pengedaran Linux dan berkenaan Perisian Bebas. Episod 43 memperkenalkan sub-segmen Micro-watch, yang memfokuskan berita berkenaan Microsoft.[6].

In-Depth Topics dan Listener Feedback memuatkan huraian dan maklum balas pengacara dan pendengar. Segmen lain termasuk Tip of the Week.

Terdapat beberapa episod istimewa yang membicarakan mengenai sesuatu topik, termasuk pelepasan Ubuntu 8.04 dan temu bual dengan Bradley M. Kuhn (aktivis perisian bebas).[7][8]

Sejarah sunting

Episod pertama Linux Outlaws di keudarakan pada 5 September 2007. Pada masa tersebut Dan dan Fab turut menghoskan sebuah podcast lain iaitu "Rathole radio" [1] Diarkibkan 2008-09-08 di Wayback Machine. Stefano Forenza berkata dalam laman sesawangnya "you know you’re someone when you get cited 2 times in a single episode of LinuxOutlaws". [9] Dan kemudiannya menjadikan Rat Hole Radio sebagai podcast muzik pada tahun 2009.

Penerbitan sunting

Linux Outlaws dirakam secara bersama oleh pengacaranya di rumah masing-masing - Bonn, Jerman dan Merseyside, England - dan dihasilkan dalam format Ogg Vorbis dan MP3. Proses rakaman dilakukan oleh setiap pengacara di mesin masing-masing, dan rakaman analog oleh Fabian.[10] Rakaman biasanya disiarkan pada hari Isnin secara langsung, menggunakan IRC dilepaskan pada hari Rabu. Perubahan jadual akan berlaku sekiranya terdapat acara istimewa, seperti temu bual.

Senarai episod sunting

Semua episod boleh diperolehi di Arkib Diarkibkan 2011-12-24 di Wayback Machine.

Linux Outlaws mencapai episod ke 100 pada 6 Julai 2009.

  • Fail audio "linuxoutlaws100.ogg" tidak ditemui

Mereka mencapai episod ke 200 pada 10 April 2011.

Rujukan sunting

  1. ^ "Linux Outlaws". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-28. Dicapai pada 2009-07-06.
  2. ^ "Linux Outlaws". Dicapai pada 2009-06-21.
  3. ^ http://faif.us/
  4. ^ "Linux Outlaws Podcast - Great for people wanting to get into Linux". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-14. Dicapai pada 2009-04-28.
  5. ^ "pyr02k1.com". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-10. Dicapai pada 2009-04-28.
  6. ^ "Linux Outlaws 43". Dicapai pada 2008-11-26.
  7. ^ "Linux Outlaws 35". Dicapai pada 2008-11-26.
  8. ^ "Linux Outlaws 40". Dicapai pada 2008-11-26.
  9. ^ "Did you know LinuxOutlaws?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-21. Dicapai pada 2009-04-28.
  10. ^ "Disaster Strikes". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-04. Dicapai pada 2008-11-26.
Nota

Pautan luar sunting