Maharaja Itoku (Jepun: 懿徳天皇, Hepburn: Itoku-tennō); juga dikenali sebagai Ooyamatohikosukitomo no Mikoto merupakan Maharaja Jepun keempat[2] mengikut susunan tradisi perwarisan.[3]

Itoku
Maharaja Jepun
Pemerintahan510 SM – 477 SM (tradisional)[1]
Keputeraan553 SM
Mangkat477 SM (76 tahun)
DimakamkanUnebi-yama no minami no Masago no tani no e no Misasagi (Nara)
PendahuluMaharaja Annei
PenggantiMaharaja Kōshō

Tiada tarikh yang tepat untuk kehidupan maharaja ini, tetapi kebiasaanya dianggap memerintah dari 510 SM-476SM.[4]

Kisah Lagenda sunting

Para sarjana moden mempersoalkan tentang kewujudan sekurang-kurangnya sembilan maharaja terawal. Keturunan Maharaja Itoku, iaitu Maharaja Sujin merupakan maharaja pertama yang diakui kewujudannya.[5] Nama Itoku-tennō diberikan kepada beliau sebagai nama manumerta atau nama selepas kematian oleh generasi kemudian.[6]

Maharaja Itoku dianggap oleh ahli sejarawan sebagai "maharaja lagenda" dan informasi tentang beliau amat sedikit. Terlalu sedikit bahan yang ada untuk kajian yang lebih lanjut.[7] Maharaja Kimmei (509?–571 M), iaitu maharaja ke 29,[8] merupakan maharaja pertama yang dapat disahkan tarikhnya oleh penulisan sejarah kontemporari. [9] Walaubagaimanapun, kebiasaannya nama dan tarikh maharaja-maharaja terawal yang tidak dapat dipastikan dianggap "tradisional" sehingga zaman pemerintahan Maharaja Kammu (737-806), maharaja ke 50 Dinasti Yamato.[10]

Hanya nama beliau dan susur galurnya sahaja direkodkan didalam Kojiki dan Nihonshoki. Beliau dipercayai anak lelaki kepada Maharaja Annei, ibunya ialah Nunasoko-Nakatsu-hime, cucu kepada Kotoshiro-Nushi-no-kami.[11] Orang Jepun menerima sejarah kewujudannya, dan tempat pemakaman atau Imperial misasagi beliau sekarang dalam proses senggaran. Walaubagaimanapun, tidak wujud sebarang rekod kontemporari yang memastikan bahawa beliau sebenarnya pernah memerintah. Beliau merupakan maharaja ketiga daripada lapan maharaja tanpa sebarang lagenda yang mempunyai kaitan dengan mereka, juga dikenali sebagai "Lapan Monarki tanpa Dokumen" (Jepun: 欠史八代,, Hepburn: Kesshi-hachidai).[12]

Jien merekodkan bahawa Maharaja Itoku merupakan anak kedua atau ketiga Maharaja Annei[13] tetapi, dokumen yang masih wujud tidak dapat menyatakan sebab anak sulung atau anak-anak yang lain diketepikan menjadi maharaja.[14] Beliau dianggap memerintah dari Istana Migario-no-miya di Karu yang mana ianya dikenali sebagai Wilayah Yamato.[13]

Nama postumus beliau secara terjemahannya bermaksud "baik hati sifat baik" atau dalam Bahasa Inggeris "benign virtue". Namanya tidak dapat dipertikaikan bahawa identifikasi ini seperti ini berbentuk China dan mempunyai implikasi Buddha, dimana nama tersebut telah diusul atau dibuat supaya teratur beberapa abad selepas kehidupan Maharaja Itoku, kemungkinan besar semasa zaman di mana lagenda tentang asal-usul Dinasti Yamato dikumpulkan menjadi rekod peristiwa yang dikenali sebagai Kojiki.[12]

 
Makam memorial Shinto dan makam diraja Maharaja Itoku.

Tempat sebenar makam Maharaja Itoku masih belum dapat dikenalpasti.[2] Maharaja ini dimuliakan di makam memorial Shinto (misasagi) di Nara.

Agensi Kerabat Diraja Imperial menamai lokasi ini sebagai makam Maharaja Annei. Secara rasminya, tempat ini dikenali sebagai Unebi-yama no minami no Masago no tani no e no misasagi.[15]

Lihat juga sunting

Nota sunting

Artikel ini disalin dan diterjemah daripada Wikipedia Bahasa Inggeris

 
Mohor Imperial Jepunbunga kekwa (chrysanthemum) berkembang yang diolah
  1. ^ "Genealogy of the Emperors of Japan" at Kunaicho.go.jp; retrieved 2013-8-28.
  2. ^ a b Imperial Household Agency (Kunaichō): 懿徳天皇 (4); retrieved 2013-8-22.
  3. ^ Titsingh, Isaac. (1834). Annales des empereurs du japon, p. 4; Brown, Delmer M. (1979). Gushankō, p. 251; Varley, H. Paul. (1980). Jinnō Shōtōki, p. 89.
  4. ^ Ponsonby-Fane, Richard. (1959). The Imperial House of Japan, pp. 29-30.
  5. ^ Yoshida, Reiji. "Life in the Cloudy Imperial Fishbowl," Japan Times. March 27, 2007; retrieved 2013-8-22.
  6. ^ Brinkley, Frank. (1915). [ A History of the Japanese People from the Earliest Times to the end of the Meiji Era, p. 21], m/s. 21, di Buku Google; excerpt, "Posthumous names for the earthly Mikados were invented in the reign of Emperor Kammu (782-805), i.e., after the date of the compilation of the Records and the Chronicles.
  7. ^ Kelly, Charles F. "Kofun Culture," Japanese Archaeology. April 27, 2009.
  8. ^ Titsingh, pp. 34–36; Brown, pp. 261–262; Varley, pp. 123–124.
  9. ^ Hoye, Timothy. (1999). Japanese Politics: Fixed and Floating Worlds, p. 78; excerpt, "According to legend, the first Japanese emperor was Jimmu. Along with the next 13 emperors, Jimmu is not considered an actual, historical figure. Historically verifiable Emperors of Japan date from the early sixth century with Kimmei.
  10. ^ Aston, William. (1896). Nihongi, pp. 109.
  11. ^ Varley, p. 89.
  12. ^ a b Aston, pp. 142-143.
  13. ^ a b Brown, p. 251.
  14. ^ Ponsonby-Fane, p. 29; Varley, p. 89.
  15. ^ Ponsonby-Fane, p. 418.

Rujukan sunting

Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Maharaja Annei
Maharaja Lagenda Jepun
510 SM–477 SM
(tarikh tradisional)
Diikuti oleh:
Maharaja Kōshō