Maharaja Maha Dewa II

Seri Paduka Maharaja Maha Dewa II adalah Maharaja Kalaha ke-6. Baginda merupakan putera kepada Maharaja Karma. Baginda telah dimasyhurkan sebagai Maharaja Kalaha bagi menggantikan ayahandanya dan bersemayam di Kota Arung-Arungan. Baginda bersama Jemaah menterinya sering berulang alik ke Bandar Bukit Meriam. Kadang kala baginda melawat pulau-pulau berhampiran dan bermain-main di Pantai Sungai Babur (Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda). Baginda telah bermuafakat bersama Jemaah menterinya untuk membina suatu kebun dan taman di bukit yang kecil berhampiran Sungai Babur. Apabila siap dibina, kebun yang diberi nama Bukit Puteri itu dihadiahkan kepada adinda baginda iaitu Maha Puteri dan suaminya. Baginda telah mangkat akibat kegeringan[1].

Didahului oleh
Maharaja Karma
Kedah Tua
{{{years}}}
Diikuti oleh:
Maharaja Darma Raja

Rujukan sunting

  1. ^ Haji Buyong Adil (1980). Sejarah Kedah. Dewan Bahasa dan Pustaka.