Mahmoud Sadeghi (Parsi: محمود صادقی) adalah ahli politik, peguam, ahli undang-undang dan reformis Iran yang kini menjadi anggota Parlimen Iran yang mewakili daerah perwakilan Tehran, Rey, Shemiranat dan Eslamshahr.

Mahmoud Sadeghi
Ahli Parlimen Iran
Memegang jawatan
28 Mwi 2016
Kawasan pilihan rayaTehran, Rey, Shemiranat and Eslamshahr
Majoriti1,164,368 (35.85%)
Butiran peribadi
LahirMahmoud Sadeghi
(1962-03-22) 22 Mac 1962 (umur 62)
Aligudarz, Iran
Parti politikPersatuan Pengajar Universiti Islam[1]
Alma materUniversiti Tehran
Universiti Tarbiat Modares
Seminari Qom
PekerjaanPeguam, Ahli Akademik
ProfesionAhli undang-undang[1]
Laman web rasmimahmoudsadeghi.com
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Iran
Perkhidmatan/
cawangan
Basij
PertempuranPerang Iran-Iraq  (WIA)[1]

Pada 25 Februari 2020, semasa penularan wabak COVID-19 2019-20 di Iran, Sadeghi diuji positif untuk COVID-19, virus yang berasal dari SARS-CoV-2.[2]

Kehidupan awal sunting

Sadeghi dilahirkan di Aligoudarz pada tahun 1962 dan dari keluarga agamawan.[3] Bapanya, Mohammad Hossein Sadeghi, adalah salah seorang ulama yang menentang Dinasti Pahlavi, dan merupakan seorang pelajar Ayatollah Khomeini. Selepas revolusi, Mohammad Hossein Sadeghi terbunuh dalam pengeboman Hafte Tir.

Pendidikan sunting

Sadeghi menerima ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang dari Universiti Tehran pada tahun 1990. Beliau menerima Sarjana dalam undang-undang persendirian dari Universiti Tarbiat Modares pada tahun 1993, dan menerima ijazah doktornya dalam undang-undang persendirian dari universiti yang sama pada tahun 2000.

Kerjaya sunting

Sadeghi adalah profesor berkait di Universiti Tarbiat Modares dan bidang kepakarannya adalah undang-undang persendirian.[1]

Sejarah pilihan raya sunting

Tahun Pilihan Raya Undi % Kedudukan Nota
2016 Parlimen 1,164,368 35.85 17th Menang[4]
2020 Parliamen Disingkirkan

Kehidupan peribadi sunting

Pada 25 Februari 2020, selepas wabak COVID-19 2019-20 diketahui telah tersebar ke Iran, Sadeghi menyatakan bahawa dia telah dijangkiti COVID-19, yang berasal dari virus SARS-CoV-2.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d "اين 30 نفر". Shargh (dalam bahasa Parsi) (2523). 17 Februari 2016. m/s. 1. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Jun 2016. Dicapai pada 7 June 2016.
  2. ^ a b https://www.msn.com/en-us/news/world/coronavirus-live-updates-irans-deputy-health-minister-tests-positive/ar-BB10lO9z?ocid=spartandhp
  3. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2016. Dicapai pada 15 Julai 2018.CS1 maint: archived copy as title (link)
  4. ^ "ريز آمار نتايج 1021 کانديداي نمايندگي مجلس در تهران + فيلم مرور روز انتخابات", Iranian Students' News Agency (dalam bahasa Parsi), 27 Februari 2016, dicapai pada 27 Februari 2016