Majlis Daerah Kerian

MDK telah ditubuhkan dan diwartakan pada 1 September 1979. Pengisytiharan MDK telah dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Idris Al Mutawakkil Alallahi Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasallah pada 5 September 1979. Sebelum penubuhan Majlis Daerah Kerian (MDK), satu pentadbiran di peringkat kerajaan tempatan telah ditubuhkan bagi memainkan fungsi dan peranannya mentadbir dan mengurus pentadbiran di peringkat daerah yang dikenali sebagai Lembaga Bandaran Kerian pada 1 Julai 1975.

Majlis Daerah Kerian

MDK
Jenis
Jenis
Moto
Bersatu Membina Kemakmuran
http://www.mdkerian.gov.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Misi & Visi

MISI

KERIAN SEBAGAI PERBANDARAN LESTARI DAN MAMPAN


VISI

MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN TADBIR URUS, BERPAKSIKAN KUALITI, KETELUSAN DAN KECEKAPAN BAGI MEMENUHI KEHENDAK PELANGGAN

FUNGSI DAN PERANAN

Melaksanakan dasar-dasar kerajaan persekutuan dan negeri terutamanya dasar pembangunan Negara dan wawasan 2020. Merancang, melaksana dan mengawal semua aspek pembangunan fizikal dengan berasaskan kepada rancangan pemajuan, kehendak undang-undang, piawaian perancangan dan polisi-polisi yang diterima pakai oleh Majlis. Menyedia dan meningkatkan peluang-peluang perniagaan dan perdagangan secara teratur, komprehensif dan berpotensi ke atas nilai-nilai ekonomi. Menyediakan kemudahan infrastruktur dan rekreasi yang selesa dan harmoni dengan penekanan kepada usaha membaikpulih kemudahan yang sedia ada. Meningkatkan kawalan kesihatan, kebersihan dan pengindahan untuk mewujudkan suasana kehidupan yang selesa dan harmoni. Menguatkuasakan undang-undang yang diterima pakai. Memastikan setiap tindakan dan pelaksanaan tugas dengan mengambil kira "Value for Money". Memberi keselesaan dan keharmonian kepada orang ramai melalui usaha-usaha perkhidmatan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan


Objektif

- Memantapkan tadbir urus majlis dan sumber manusia yang berwibawa dan berjiwa murni.

- Mempertingkatkan dan memperkukuhkan sumber hasil majlis.

- Menyediakan kemudahan perbandaran yang berkualiti.

- Memantapkan dan membudayakan pengguna teknologi yang lebih efisyen.

- Mempertingkatkan kualiti hidup komuniti dan persekitaran yang mampan.

Info Kerian